Gerakkan tetikus ke atas untuk mengezum dekat

NUTRILITE Bio C Plus All Day Formula (60 tab)

NUTRILITE Bio C Plus All Day Formula adalah suplemen dietari yang membantu menambah lagi vitamin C sepanjang hari. Bio C Plus All Day Formula memberikan anda pembebasan berterusan vitamin C, yang membolehkan tubuh anda menyerap dan mengguna nutrien itu dengan lebih efisien. Ia juga memberikan cara mudah dan ringkas untuk menyokong diet harian yang sihat.

Harga runcit
RM 82.10
 

Item #: 109745

Saiz:

Paling laris

NUTRILITE Bio C Plus All Day Formula memberi 500 mg vitamin C dalam bentuk tablet pembebasan berterusan yang memberikan sokongan imun sepanjang hari dalam satu tablet yang mudah.

Ia memberi kemudahan satu tablet yang memberikan pembebasan perlahan lagi berterusan vitamin C, suatu nutrien yang tidak dihasilkan atau disimpan di dalam tubuh manusia dan oleh itu perlu ditambah lagi. Ia lebih efektif dalam menyokong kesihatan keseluruhan kerana penggunaan vitamin C yang ditambahbaikkan di dalam tubuh. Ia juga membolehkan kami memacu pengiktirafan ke atas komitmen kami terhadap bahan-bahan bersumber semula jadi dalam produk kami disebabkan kami mengguna ceri aserola - yang ditanam di ladang-ladang kami yang disahkan organik - dalam kombinasi dengan antioksidan yang disumber daripada lemon, oren dan limau gedang.

Orang dewasa yang sibuk lagi aktif yang mengambil vitamin C tetapi mahukan cara lebih efektif untuk menjadikan pertahanan semula jadi tubuh mereka kuat. Perokok, individu yang menjalani gaya hidup penuh tekanan dan mereka yang mengambil berat mengenai kulit yang sihat.

Bio C Plus All Day Formula adalah cara mudah untuk menambah diet yang sihat dengan vitamin C, aserola dan sitrus bioflavonoid untuk memastikan pengambilan secukupnya nutrien penting ini . Penyelidikan saintifik menunjukkan vitamin C memiliki aktiviti antioksidan yang memainkan peranan penting dalam menjaga tisu-tisu sihat dan menyokong fungsi sistem imun. Bioflavonoid juga berfungsi sebagai antioksidan, melengkapkan aktiviti vitamin C.

Pembentukan fisiologi profil pembebasan ini dalam usus manusia digabungkan dengan eksperimen penyerapan menunjukkan bahawa Bio C Plus All Day Formula dibebaskan pada rentak lebih perlahan dan lebih stabil di dalam usus dan dijangkakan akan diserap pada kadar efisien 73% daripada dos yang diberi. Ini bererti pada dos 500 mg, 134 mg akan terbazir dan dikumuhkan dari sistem usus. Berbeza dengan pembebasan berterusan, tablet pembebasan vitamin C yang serta-merta mengandungi vitamin C pada 1,000 mg hanya 43.5% tersedia secara bio, bermakna 569.5 mg daripada dos itu akan terbazir dan dikumuhkan dari sistem usus.

Profil pembebasan dan kadar penyerapan Bio C Plus All Day Formula menunjukkan paras plasma lebih rendah vitamin C dan, formulasi ini menghadkan ambang ginjal, membolehkan vitamin C diguna oleh tisu-tisu tubuh dan menyimpannya berbanding perkumuhan melalui air kencing. Bila paras vitamin C dalam darah berada di bawah ambang ginjal, pengangkut vitamin C yang bergantung pada natrium menyerap semula vitamin itu. Ketika pekatan vitamin C tetap rendah dalam darah, pengangkut mengepam semula vitamin itu kembali ke dalam aliran darah, dengan demikian menghadkan kehilangannya oleh pembersihan ginjal.

Bila pekatan vitamin C darah melebihi ambang ginjal, tubuh mengumuhkan vitamin C dengan pantas. Profil pembebasan dalam tablet, pembebasan berterusan mengelakkan pembebanan ambang ginjal oleh itu sedikit sahaja yang terbazir. Memiliki jumlah vitamin C yang lebih rendah tetapi tetap di dalam aliran darah untuk tempoh lebih lama membolehkan penggunaan lebih efektif di dalam tubuh.

Bio C Plus All Day Formula adalah suplemen dietari kegunaan harian yang membantu menambah lagi vitamin C penting yang mengekalkan kekuatan pertahanan tubuh. Vitamin C juga membantu menggalakkan kesihatan tulang, gigi, gusi dan keseluruhan tubuh.

Ia boleh diambil sebagai pelengkap DOUBLE X atau Daily Multivitamin/ Multimineral untuk meningkatkan jumlah pengambilan vitamin C. Ia boleh juga diambil dengan Multi Carotene and Lecithin-E untuk meningkatkan pengambilan antioksidan. Ia boleh menjadi sebahagian daripada regimen keimunan dengan Triple Guard Echinacea. Sebagai sebahagian kesihatan kulit dan untuk meningkatkan pengeluaran kolagen, ia boleh diambil dengan Protein Powder.

  • Sokongan sepanjang hari. Pembebasan perlahan lagi berterusan meningkatkan penggunaan serta mengelakkan pembaziran yang dikaitkan dengan dos yang besar.
  • Lembut pada perut. Pembebasan perlahan lagi berterusan sepanjang hari bererti tiada sakit perut ataupun gangguan pencernaan.
  • Nutrien berasaskan tumbuhan; mempunyai asas viamin C semula jadi dari ceri aserola dalam kombinasi dengan antioksidan semula jadi sitrus bioflavonoid dari lemon, oren dan limau gedang.
  • Teknologi pembebasan berterusan.
  • Penyerapan lebih baik, kurang pembaziran.
  • 500 mg dalam satu tablet nipis.

Ambil 1 tablet sehari, dengan atau tanpa sajian.

Ia akan dikumuhkan.

Tablet dicipta untuk membebaskan sepenuhnya semua vitamin C dalam masa 8 jam.

Tablet boleh diambil pada bila-bila masa, dengan atau tanpa sajian.

Produk ini sesuai untuk vegetarian dan vegan. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, wanita hamil atau menyusui, atau sesiapa dengan penyakit harus menghubungi doktor sebelum menggunakan produk ini.

Tidak. Had Atas untuk Suplemen bagi vitamin C, menurut Majlis bagi Pemakanan Bertanggungjawab, adalah 2,000 mg sehari (berdasarkan pengambilan 1,000 mg setiap dos satu masa).

Ya, ia disahkan Kosher dan Halal.

Ya, ia boleh diguna dalam kombinasi dengan produk NUTRILITE yang lain. Ini memberikan pengguna kefeksibelan untuk menyesuaikan regimen suplemen mereka bagi memenuhi gaya hidup dan keperluan pemakanan. Kewaspadaan, walau bagaimanapun, harus diambil bila menggabungkan suplemen supaya had keselamatan tidak dilampaui.

Sepertimana kebanyakan nutrien, Bio C Plus All Day Formula boleh terjejas oleh keadaan lembap dan pendedahan kepada haba, cahaya dan oksigen. Untuk kualiti terbaik, produk ini harus disimpan dalam tempat yang sejuk, kering dalam bekas asal yang bertutup.

Ya, tetapi tidak disyorkan. Mengunyah tablet atau memotong tablet akan mengurangkan manfaat ciri pembebasan berterusan kerana vitamin C akan dibebaskan lebih cepat berbanding sebiji tablet. Tambahan lagi, ia tidak dirumus sebagai tablet boleh kunyah dan rasanya mungkin tidak enak.

Majoriti ceri aserola yang digunakan datang dari ladang milik NUTRILITE, yang disahkan organik. Selebihnya datang dari ladang-ladang yang, walaupun tidak dimiliki oleh NUTRILITE, adalah disahkan oleh NUTRILITE menerusi program NUTRICERT yang ditanam sebagai organik.

Produk ini disyorkan untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas, dan juga dewasa.

1. Semua bahan dicampurkan bersama-sama dengan bahan berserat dan dimampati untuk membentuk tablet.
2. Selepas ditelan, tablet menjadi basah di dalam perut dan bahan berserat mengembang untuk membentuk jaringan.
3. Tablet basah beransur-ansur membebaskan bahan-bahan utama dengan pembauran terkawal menerusi jaringannya apabila ia melalui seluruh usus kecil.
4. Kadar pembebasan nutrien dari tablet adalah perlahan dan stabil dengan tablet basah beransur-ansur menyusut dari segi saiz sehingga ia betul-betul larut.

Dalam satu tablet, 30 mg vitamin C semula jadi disumbang oleh 120 mg serbuk aserola.

Asas untuk Bio C Plus All Day Formula yang baru bermula dengan vitamin C semula jadi dari ceri aserola dalam kombinasi dengan antioksidan semula jadi dari sitrus bioflavonoid lemon, oren dan limau gedang. Bahan-bahan tumbuhan yang diguna dikeringkan dari seluruh makanan. 120 mg serbuk ceri aserola menyumbang 30 mg vitamin C semula jadi setiap tablet bersamaan 50% RDI (USA) — sumbangan penting untuk pengambilan harian. Asid askorbik, bahan yang sangat diproses juga diguna dalam formula.

Tidak. Di samping menggunakan bahan tumbuhan, Bio C Plus All Day Formula mengandungi vitamin C dari asid askorbik. Asid askorbik adalah bahan yang sangat diproses diperbuat daripada glukosa menggunakan proses penapaian 2 langkah.

Tablet NUTRILITE Chewable Natural C mengandungi dos vitamin C yang kecil — 30 mg vitamin C setiap tablet. Dos kecil vitamin C diguna dengan sangat efisien oleh tubuh. Disebabkan tiada yang terbazir, ciri pembebasan berterusan tidak perlu. Selain itu, tablet kunyah sering diguna oleh kanak-kanak di bawah 12 tahun. Tablet boleh dikunyah mengurangkan nilai ciri pembebasan berterusan yang ditawarkan.

Formula ini mengandungi serbuk aserola yang lebih baru, lebih pekat. Jumlah sama vitamin C semula jadi diberikan dalam formula asal (30 mg setiap tablet), tetapi kami guna jumlah serbuk aserola lebih kecil, lebih pekat (120 mg). Ini membantu mengekalkan tablet berkeadaan kecil dan mudah ditelan.

Tidak. Kami tidak menyingkirkan fitonutrien secara berpilih. Penyumbang terbesar kepada kemujaraban vitamin C yang lebih tinggi dalam pekatan aserola baru ini ialah untuk mengawal dengan lebih baik buah segar yang masuk. Penambahbaikan ketara dibuat di hujung proses kami — pemetikan awal, pemilihan, varieti yang lebih baik dan penjenisan mengikut warna untuk buah yang paling tinggi vitamin C. Kami juga menggunakan proses pemekatan yang lembut, sebahagan besarnya kini dijalankan dengan osmosis songsang(RO). RO hanya menyingkirkan air (bukan fitonutrien) dan ia melakukannya secara efisien tanpa haba untuk meminimumkan kehilangan vitamin C.

Tidak, ia tidak mengandungi gluten, laktosa, fruktosa, perisa tiruan, pewarna tiruan, pengawet atau apa-apa pemanis tiruan.

Mereka yang kerap berjalan jauh menyentuh permukaan yang turut disentuh oleh beratus-ratus jika tidak pun beribu-ribu oleh orang lain setiap hari. Mereka juga terdedah kepada bakteria dan kuman di negara dan persekitaran berbeza yang sistem imun tubuh mereka mungkin belum pernah alami.Ini belum lagi melintasi zon-zon masa yang memaksa jam tubuh individu melaras semula dan berdepan dengan kelesuan yang meningkat, selanjutnya membebankan sistem imun mereka.

Ia adalah penting untuk memastikan pertahanan badan dilindungi apabila melakukan perjalanan. Vitamin C menyediakan sokongan utama kepada sel-sel darah putih anda. buah-buahan dan sayur-sayuran seperti brokoli, kubis daun, lada benggala dan kubis bunga adalah sumber vitamin C yang anda boleh dapatkan daripada diet anda. Tetapi anda perlu makan secukupnya setiap hari untuk memberikan badan anda apa yang diperlukan.

Menambahkan dengan Bio C Plus All Day Formula memberikan tubuh anda sokongan perjalanan yang diperlukan. Ia memaksimumkan jumlah penggunaan nutrien kerana ia dilepaskan sepanjang tempoh 8 jam. Jadi, ia adalah lebih berkesan dalam menyokong kesihatan keseluruhan kerana meningkatkan penggunaan vitamin C dalam badan.

Banyak kajian saintifik telah dijalankan mengenai pengambilan vitamin C oleh atlet, dan terdapat kesepakatan umum bahawa vitamin C adalah nutrien penting untuk mereka.

Atlet Endurance dan ultra-endurance mungkin memerlukan paras vitamin C lebih tinggi disebabkan tempoh lebih panjang dan intensiti senaman mereka, oleh itu mereka boleh menggunakan dos yang lebih besar. Masalahnya ialah jika mereka memilih dos mega dengan tablet vitamin C pembebasan segera, majoriti nutrien dikeluarkan dari tubuh. Teknologi pembebasan berterusan yang terdapat dalam Bio C Plus All Day Formula memaksimumkan penggunaan nutrien kerana ia dibebaskan dalam masa 8 jam. Oleh itu, adalah lebih efektif menyokong kesihatan keseluruhan disebabkan penggunaan vitamin C yang ditambahbaik di dalam tubuh.

All NUTRILITE products, which are classified as health supplements, are not subjected to premarket approvals and licensing for their importation, manufacture and sales in Singapore.

Please be assured that AMWAY is committed to meeting the regulatory requirements and respecting the religious issues of all the countries in which we market products, particularly the unique requirements of the Muslim community.

We give you our assurance that the products currently available through AMWAY (Singapore) Pte Ltd do not contain ingredients originating from non-Halal sources or its derivatives.

We are very pleased to advise that products with the NUTRILITE brand name in the Nutrition & Wellness range sold by AMWAY (Singapore) Pte Ltd are certified Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). AMWAY's contract manufacturer for NUTRILITE softgel products, RP Scherer, also has Halal certifications from IFANCA.

Additionally, the beef gelatin used in our softgel products are also certified Halal.

Ya, boleh.

Produk NUTRILITE adalah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang mereka sendiri yang disahkan organik. Dakwaan ini disahkan berdasarkan kaji selidik oleh Euromonitor International. Teknik perladangan organik adalah disahkan oleh badan-badan bebas seperti yang ditunjukkan di bawah:

Ladang Brazil
Pensijilan oleh IBD (Instituto Biodinamico), Brazil
Disahkan organik dan mematuhi standard IBD yang bersamaan dengan standard ECC2092/91 dan IFOAM .

Ladang El-Petacal, Mexico
Pensijilan oleh Oregon Tilth Certified Organic (OTCO), Kelas O (Ditanam Secara Organik).

Trout Lake, Missouri
Pensijilan oleh Jabatan Pertanian Washington - menurut Program Organik Nasional Tajuk 7CFR Bahagian 205.

Sembelit boleh berlaku disebabkan kurang serat atau kekurangan pengambilan air. Adalah penting untuk makan sekurang-kurang empat hingga lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap harian untuk memastikan pengambilan serat yang mencukupi. Anda boleh ambil NUTRILITE Concentrated Fruits and Vegetables atau Nutri Fibre Blend, yang mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut untuk menambah diet anda.

Produk-produk Lain