Gerakkan tetikus ke atas untuk mengezum dekat

NUTRILITE Salmon Omega Complex (60 gel lembut)

NUTRILITE Salmon Omega Complex ialah suplemen semula jadi berkualiti tinggi kaya asid lemak omega-3 yang merangsang fungsi tubuh. Formula ini mengandungi omega-3 daripada salmon yang diternak di perairan Norway yang bersih lagi sejuk dan ikan-ikan lain (makarel, bilis dan sardin) dari Arus Humbolt Lautan Pasifik.

Harga runcit
RM 87.50
 

Item #: 100066

Saiz:

Paling laris

Asid lemak perlu (EFA) adalah asid lemak politaktepu yang diperlukan oleh tubuh. Walau bagaimanapun, tubuh tidak mampu menghasilkan asid lemak perlu dan kerana itu mesti dibekalkan oleh diet. Kerana itulah ia dikenali sebagai asid lemak “perlu”.

Ikan berlemak seperti salmon, tuna, tenggiri, trout dan sardin sangat kaya dengan asid lemak omega-3 (terutama DHA dan EPA). Ikan tanpa lemak seperti kod, sole dan flounder kurang mengandungi nutrien penting ini. Bentuk asid lemak perlu omega-3 yang berasaskan tumbuhan didapati dalam walnut, kacang brazil, bijian flaks dan minyaknya, minyak kanola dan sayur-sayuran berdaun hijau tua.

IU bererti “International Unit”. Ia adalah ukuran yang diguna untuk menstandardkan potensi vitamin A, D dan E yang larut lemak. Unit ini mengukur aktiviti sebatian berbanding beratnya.

Semua produk NUTRILITE, yang dikelaskan sebagai makanan kesihatan dan dijual di Malaysia, adalah berdaftar dengan Jabatan Kawalan Dadah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta membawa nombor kelulusan KKM pada label (contoh, MAL12345678).

Yakinlah bahawa AMWAY komited dalam mematuhi keperluan yang ditetapkan dan menghormati isu-isu keagamaan semua negara di mana kami memasarkan produk, terutamnyaa keperluan unik komuniti Muslim.

Kami memberi anda jaminan kami bahawa produk yang pada masa ini didapati melalui AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd tidak mengandungi bahan-bahan yang berasal daripada sumber yang tidak Halal atau terbitannya.

Kami berbesar hati menyatakan bahawa produk-produk dengan nama jenama NUTRILITE dalam rangkaian Pemakanan & Kesejahteraan yang dijual oleh AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd adalah disahkan Halal oleh Majlis Makanan dan Pemakanan Islam Amerika (IFANCA). Pengilang kontrak AMWAY untuk produk-produk gel lembut NUTRILITE, RP Scherer, juga mempunyai sijil Halal dari IFANCA.

Tambahan lagi, gelatin lembu yang diguna dalam produk gel lembut kami juga adalah disahkan Halal.

Ya, boleh.

Sembelit boleh berlaku disebabkan kurang serat atau kurang pengambilan air. Adalah penting untuk makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari bagi memastikan pengambilan serat yang mencukupi. Anda boleh cuba mengambil NUTRILITE Concentrated Fruits and Vegetables atau Nutri Fibre Blend, yang mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut untuk menambah diet anda.

Produk-produk Lain