Polisi & Terma

Syarat-syarat Penggunaan

Mengakses ke dan penggunaan Amway2u serta produk dan perkhidmatan yang disediakan menerusi Laman web ini adalah tertakluk kepada Syarat Penggunaan berikut. Perkataan 'kami', 'kita' dan 'Amway' bererti Amway (Malaysia) Sdn Bhd, Amway (B) Sdn Bhd, Amway (Singapore) Pte Ltd dan Amway2u. Istilah 'anda' merujuk kepada ABO, pelanggan dan orang awam.

  1. Perakuan & penerimaan Syarat Penggunaan
    Syarat penggunaan ini diguna pada masa sekarang tetapi mungkin dipinda atau disunting dari semasa ke semasa. Sila baca syarat penggunaan dengan teliti sebelum anda menggunakan laman web ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda secara nyata bersetuju untuk diikat oleh syarat-syarat seperti yang ada pada masa sekarang ini atau selepas dipinda atau disunting dari semasa ke semasa dan mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan menerimanya. Namun, jika sesudah membaca syaraT penggunaan ini dan anda tidak bersetuju dengannya anda mestilah berhenti mengggunakan laman ini.
     
  2. Undang-undang yang Mentadbir
    Semua hal dan isu becrkaitan dengan penggunaan dan interpretasi syarat penggunaan ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia untuk warganegara Malaysia dan/atau pemastautin tetap. Semua hal dan isu berkaitan dengan penggunaan dan interpretasi syarat penggunaan ini akan ditadbir oleh Brunei untuk warganegara Brunei dan/atau pemastautin tetap.
     
  3. Tujuan Penggunaan
    Laman ini adalah laman perniagaan dan komersial, dan oleh itu tidak ditujukan untuk individu yang berusia bawah 18 tahun. Jika anda berusia bawah 18 tahun, anda hendaklah berbincang dengan ibu bapa, penjaga, atau orang dewasa yang bertanggungjawab serta mendapatkan kebenaran untuk menggunakan laman ini.
     
  4. Penafian dan Had Liabiliti
    Maklumat, bahan dan perkhidmatan yang terkandung dalam laman ini diberikan kepada anda di atas asas "seadanya", dan "seperti yang tersedia". Kami tidak memberi waranti atau menjamin ketepatan atau kesempurnaan maklumat, pernyataan, kandungan atau bahan ini, serta secara nyata menafikan tuntutan sebarang liabiliti ke atas sebarang kesilapan, ketinggalan dan/atau ketidaktepatan dalam maklumat, pernyataan, kandungan dan bahan. Amway2u berusaha sebaik yang boleh tetapi tidak bertanggung jawab untuk membetulkan sebarang ketidaktepatan, kesilapan, peninggalan atau kesilapan tipografi dalam maklumat yang dihantar ke Laman Web ini, dan maklumat sedemikian termasuk maklumat mengenai perletakan harga dan penawaran barangan mungkin diubah, dipinda atau dikemaskini tanpa notis.

    Sehingga ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, melainkan ditetapkan sebaliknya, kami menolak tuntutan semua gambaran dan sebarang jenis jaminan, sama ada dinyatakan, dibayangkan atau berkanun. Di samping itu, kami tidak memberi waranti, menjamin atau membuat sebarang gambaran mengenai keselamatan akaun, atau bahawa laman ini bebas daripada bahan merosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada virus komputer, penggodam, atau sabotaj teknikal lain, juga kami tidak memberi waranti, menjamin atau membuat sebarang gambaran bahawa akses ke laman ini boleh diakses sepenuhnya pada setiap masa, tanpa gangguan, atau bebas daripada kesilapan.

    Sehingga ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, kami menafikan liabiliti terhadap sebarang kerosakan termasuk, tanpa had, secara langsung atau tidak langsung, khusus, kebetulan, pampasan, gantai-rugi teladan atau kerosakan lanjutan, kerugian atau perbelanjaan, termasuk tanpa had kehilangan atau pesanan silap haluan, keuntungan yang hilang, pendaftaran yang hilang, hilang nama baik, program atau data lain yang hilang atau dicuri, walau disebabkan apa cara jua dan di bawah sebarang teori liabiliti yang terbit daripadanya atau yang berkaitan dengan:
     
    i. penggunaan laman ini, atau ketidakmampuan melihat laman ini oleh mana-mana kumpulan; atau
    ii. sebarang kegagalan atau pelaksanaan, kesilapan, ketinggalan, gangguan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi; atau
    iii. kegagalan talian atau sistem atau kemasukan virus komputer, atau sabotaj teknikal lain, walaupun sekiranya kami atau pekerja atau wakil kami dimaklumkan mengenai kemungkinan atau kebarangkalian kerosakan, kerugian atau perbelanjaan sedemikian.


    Sekiranya sebarang peruntukan yang terkandung dalam Syarat Penggunaan ini dianggap tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan atas sebarang alasan, ketidaksahan atau ketidakbolehkuatkuasakan tersebut tidak akan memberi kesan kepada syarat-syarat selebihnya yang akan dianggap dan dikuatkuasakan seolah-seolah syarat(-syarat) atau peruntukan yang tidak sah atau tidak boleh boleh dikuatkuasakan itu tidak pernah wujud. Kegagalan Amway untuk mendesak atau menguatkuasa pelaksanaan ketat kepada sebarang syarat(-syarat) atau peruntukan(-peruntukan) yang terkandung di dalamnya tidak boleh dianggap sebagai satu penepian sebarang syarat, peruntukan atau hak.
  5. ​​​​

  6. Hak Harta Intelek
    Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua reka bentuk Laman Web, teks dan grafik adalah Hak cipta Amway 2001.

    Semua Hak cipta terpelihara. Kecuali seperti dinyatakan di dalamnya, tiada sebarang bahan boleh disalin, dimuat turun, dipapar, dipos, dihantar, diguna atau diterbitkan semula secara keseluruhan atau sebahagian dalam bentuk apa jua atau melalui cara apa jua untuk sebarang tujuan kecuali penggunaannya dibenarkan oleh Amway.

    Cap Dagang
    Semua nama dagang, nama bidang, jenama, simbol dagang, logo, slogan, cap dagang atau cap perkhidmatan yang mengandungi nama AMWAY dan sama ada diikuti dengan asterisk (*) atau TM adalah cap dagang atau kepentingan hak milik Alticor Inc dan Amway Corporation, Ada, Michigan, Amerika Syarikat. Terdapat nama dagang, nama jenama, simbol dagang, logo, slogan, cap dagang, cap perkhidmatan lain yang dinyatakan di Laman Web ini yang menjadi hak pemilik masing-masing.
     
  7. Pautan
    Tapak Web ini mungkin mengandungi banyak pautan kepada Tapak Internet lain termasuk, tanpa had, iaitu tapak syarikat gabungan lain dan tapak lain yang mungkin memberikan nasihat atau barangan dan perkhidmatan yang dikendalikan oleh pembekal pihak ketiga. Peruntukan pautan tidak bererti bahawa kami mengesah atau menerima tanggungjawab untuk kandungan, penggunaan, atau produk dan perkhidmatan yang disedia menerusi Tapak Web bersekutu. Dengan mempergunakan pautan ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab untuk tindakan, kandungan, ketepatan, privasi, polisi, pendapat yang dinyatakan, perkhidmatan yang disedia, barangan yang dijual, atau pautan lain yang disediakan oleh laman-laman ini. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak langsung terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan atau pergantungan ke atas tapak yang dipautkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan tapak-tapak ini, anda hendaklah ditujukan terus kepada pentadbir laman berkenaan.
     
  8. Penyelesaian Pertelingkahan
    Sebarang pertelingkahan yang timbul berkaitan dengan Syarat-syarat Penggunaan atau berkaitan dengan penggunaan tapak web Amway2u yang tidak boleh diselesaikan melalui perundingan secara jujur hendaklah dirujuk kepada orang tengah atau timbangtara.
     
  9. Tiada Penggunaan yang Menyalahi Undang-undang atau Dilarang
    Sebagai syarat anda mengguna Laman Web ini, anda hendaklah mematuhi semua undang-undang, kanun, ordinan dan peraturan yang berkenaan penggunaan anda terhadap perkhidmatan kami dan sebarang aktiviti berkaitan mengenainya. Di samping itu, anda menjamin bahawa anda tidak akan menggunakan Laman Web ini untuk sebarang tujuan yang melanggar undang-undang atau dilarang oleh undang-undang atau oleh terma, syarat dan notis ini. Anda bersetuju:
     
    i. Tidak memuat naik, mengepos, e-mel atau sebaliknya menghantar sebarang kandungan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengugut, mendera, mengganggu, menyeksa, memalukan, biadap, lucah, memfitnah, menceroboh privasi orang lain, penuh kebencian, atau bersifat perkauman, atau etnik atau menjelekkan.
    ii. Tidak memuat naik, mengepos, e-mel atau sebaliknya menghantar sebarang bahan yang mengandungi virus perisian atau sebarang kod, fail atau program komputer lain yang dicipta untuk mengganggu, merosak atau menghadkan fungsi sebarang perisian atau perkakasan komputer atau peralatan telekomunikasi.
    iii. Tidak mengumpul atau menyimpan data peribadi pengguna lain.
    iv. Tidak mengganggu atau menggendalakan perkhidmatan atau perkhidmatan-perkhidmatan atau rangkaian-rangkaian yang disambungkan kepada perkhidmatan, atau melanggar sebarang keperluan, prosedur, polisi atau peraturan rangkaian yang disambungkan kepada perkhidmatan.

  10. Serahan
    Sebarang bahan, maklumat atau idea yang anda hantar atau poskan ke Laman ini dengan apa jua cara akan dilayan sebagai tidak sulit dan tidak berpemilik, dan mungkin disebar atau diguna oleh Amway atau syarikat-syarikat yang berkaitan dan bergabung dengannya untuk sebarang tujuan, termasuk, tetapi tidak terhad, penyalinan semula, transmisi, penerbitan, penyiaran, penghantaran, perkembangan, pengilangan dan pemasaran produk. Walaupun terdahulu, semua data peribadi yang diberi kepada Amway akan dikendali mengikut Polisi Privasi Amway. Amway tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberi maklum balas kepada mesej yang dihantar ke laman ini.
     
  11. Keselamatan
    Kami faham bahawa semasa membeli-belah di Internet, keselamatan adalah paling utama bagi anda. Kami memberi jaminan bahawa semua langkah keselamatan untuk melindungi urus niaga Amway2u anda telah diambil supaya anda membeli-belah dengan selamat dan terjamin seperti yang boleh diberi secara munasabah.

    Apabila anda membuat pemesanan di Amway2u, urus niaga anda disulitkan mengguna teknologi penyulitan Lapisan Soket Selamat (SSL). Penyulitan mengaraukan maklumat yang disiar melalui Internet, termasuk nama dan alamat. SSL juga mengesah betulkan identiti penyedia khidmat dan mengesahkan mesej asal selamat tiba di destinasinya.

POLISI PRIVASI
Kami mengiktiraf bahawa privasi anda amat penting untuk anda dan untuk kebanyakan orang yang mengguna Internet. Polisi kebersendirian kami dihuraikan di bawah ini dan kami cadangkan anda membacanya dengan teliti. Polisi ini mungkin berubah dari semasa ke semasa dan semua perubahan akan dihantar ke Laman Web ini. Apabila sudah dihantar, ia berkuatkuasa serta merta. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memantau perubahan-perubahan yang sudah dihantarkan ini.

Polisi ini menumpukan kepada apa maklumat yang kami kumpul, bagaimana kami menggunakannya, bagaimana membetulkan atau mengubahnya, dan bagaimana kami melindungi dan menyimpannya.

Kami mengumpul maklumat peribadi dan kami menggunakan maklumat itu terutamanya untuk membantu kami memahami keperluan anda supaya kami boleh memberi khidmat kepada anda dengan lebih baik.

Jenis maklumat peribadi yang kami mungkin kumpul daripada anda dan cara kami menggunakannya bergantung kepada cara anda menggunakan Laman Web ini.

Kewajipan Pendaftaran

Anda hendaklah:

i. Memberikan maklumat sebenar, tepat, terkini dan lengkap mengenai diri anda seperti yang dikehendaki oleh borang Pendaftaran.
ii. Menjaga dan mengemaskini data dengan segera Pendaftaran supaya ia sentiasa benar, tepat, terkini dan lengkap.


Semua ABO mestilah mengguna kata laluan sulit, yang akan anda perlukan, bersama-sama nombor pengenalan yang Amway akan berikan pada anda untuk log masuk ke bahagian-bahagian yang dilindungi oleh kata laluan di Tapak Web ini. Anda hendaklah menjaga kerahsiaan sebarang nombor pengenalan, PIN atau kata laluan yang disediakan. Anda hendaklah segera memaklumkan Amway mengenai sebarang penggunaan Pengenalan yang tidak sah, atau sebarang pelanggaran keselamatan lain. Anda bertanggungjawab penuh ke atas semua aktiviti yang berlaku terhadap Pengenalan-pengenalan ini. Amway tidak bertanggungjawab terhadap sebarang salah guna akaun anda oleh seseorang yang menggunakan Pengenalan anda.

Penamatan
Anda bersetuju bahawa Amway, menurut budi bicaranya sendiri, mungkin menamatkan kata laluan anda, akaun (atau sebarang bahagian daripadanya) atau kegunaan perkhidmatan, dan membuang dan menghapuskan sebarang kandungan di dalamnya, untuk sebarang alasan, termasuk, tanpa had, sebab kurang diguna atau jika Amway percaya bahawa anda telah melanggar atau bertindak tidak konsisten dengan syarat atau semangat Syarat Penggunaan.

Kajian dan Soal selidik
amway2u mungkin mengandungi beberapa kajian dan soal-selidik pilihan di seluruh tapak bertanyakan maklumat. Kami mengguna maklumat yang anda beri untuk membantu membuat pengalaman beli-belah anda sesuatu yang dikhususkan untuk anda, menunjukkan anda kandungan yang kami percaya anda mungkin berminat, mengikut rujukan anda, dan juga untuk memberi nasihat dan cadangan pembelian.

Bagaimana kami guna maklumat anda
Maklumat peribadi anda mungkin diguna oleh kami untuk beberapa tujuan termasuk, tanpa had, penyelidikan dan analisis statistik serta pemasaran. Dari segi pemasaran, dari semasa ke semasa kami mungkin menghantar keluar bahan-bahan promosi dan pemasaran mengenai perkara-perkara seperti tawaran produk yang hebat atau ciri-ciri Laman Web baru kepada pengguna yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga
Kecuali ditentukan sebaliknya atau dikehendaki oleh undang-undang atau kecuali diperlukan untuk tujuan melakukan perkhidmatan berkaitan penggunaan Laman Web ini, kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, kecuali nama, nombor pengenalan, butiran untuk dihubungi dan nilai belian yang anda sudah buat, akan disediakan kepada ABO rujukan atau penajaan anda, atau ABO yang berkhidmat dengan anda pada masa sekarang. Di samping itu, Platinum anda akan mempunyai akses kepada nombor Kuasa ABO Amway anda dan nilai belian anda.

Apabila perlu, maklumat peribadi anda mungkin didedahkan oleh Amway kepada ejen atau kontraktor Amway untuk tujuan melaksanakan perkhidmatan bagi Amway. Ejen atau kontaktor ini akan dilarang daripada menggunakan maklumat ini dalam apa jua cara lain selain daripada menyediakan perkhidmatan yang dikontrakkan oleh Amway.

Cookies di amway.my
'Cookies' ialah fail teks kecil yang boleh digunakan oleh Amway2u untuk membantu mengenali anda. Di Laman Web ini, Amway2u mengguna 'cookies' untuk dua perkara: pemeribadian dan pengesahan. Dalam erti kata lain, untuk membantu anda menjadikan pengalaman Web suatu yang peribadi dan menentusahkan siapa diri anda. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa 'cookies' kami adalah selamat.

Peraturan Tatacara & Tingkah Laku

Section:

1. Pengenalan
2. Definisi
3. Menjadi ABO
4. Tangungjawab dan Kewajipan semua ABO
5. Tangungjawab dan Kewajipan semua Penaja
6. Pengekalan Barisan Penajaan
7. Bahan Sokongan Perniagaan Bukan Keluaran Amway
8. Penyampaian Pelan Penjualan & Pemasaran Amway
9. Penggunaan Nama Dagang, Cap Dagang dan Bahan-bahan Berhak cipta Amway
10. Kematian dan Pewarisan
11. Pelanggaran Kontrak; Prosedur
12. Pelanggaran Kontrak; Sekatan
13. Pelupusan Pemilikan ABO yang Ditamatkan atau Tidak Diperbaharui


Seksyen 1 – Pengenalan

Peraturan Tatacara & Tingkah Laku (“Peraturan” atau “ROC”) mendefinisikan dan mewujudkan:

1. Prinsip-prinsip tertentu yang harus dipatuhi dalam pembangunan dan penyenggaraan sesebuah Perniagaan AMWAY.
2. Hak-hak, tugas dan tanggungjawab setiap ABO.


Terma dan syarat hubungan ini telah ditetapkan dalam:

1. Kontrak ABO AMWAY.
2. Manual Perniagaan, yang termasuk Peraturan Tatacara & Tingkah Laku ini.
3. Bahan maklumat, penerbitan, pemberitahuan atau komunikasi rasmi AMWAY yang lain.


Walaupun Peraturan secara asasnya mendefinisikan hubungan antara AMWAY dan ABO, ia juga mengambil berat hubungan antara para ABO. Objektifnya ialah:

  • Memastikan peluang yang sama rata untuk ABO menerusi amalan perniagaan yang beretika dan bertanggungjawab.
  • Melindungi dan membina suasana yang kondusif bagi perniagaan AMWAY yang menguntungkan dan berjangka panjang.
  • Menggalakkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan ABO.
  • Mengekalkan faedah-faedah Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY secara adil bagi semua ABO.


Dari semasa ke semasa, kandungan dokumen-dokumen ini diubah. AMWAY akan memaklumkan tentang perubahan-perubahan tersebut kepada kepimpinan ABO. Setelah AMWAY membuat pemakluman akhir tentang perubahan-perubahan tersebut kepada kepimpinan ABO, perubahan-perubahan tersebut akan disampaikan kepada semua ABO dalam AMAGRAM dan komunikasi serta bahan maklumat rasmi AMWAY yang lain tepat pada masanya dan berkuat kuasa selepas ia diterbitkan. Bagi mengekalkan matlamat dan tujuan Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY, AMWAY berhak secara mutlak untuk meminda, mengubah suai, menambah atau membatalkan mana-mana atau semua Peraturan ini, jika perlu.


Seksyen 2 – Definisi

- Amway: “Amway” merujuk kepada AMWAY Malaysia Sdn. Bhd./AMWAY B Sdn. Bhd.
- Perniagaan AMWAY: Sebuah perniagaan, seperti yang dikenal pasti melalui nombor Pengesahan ABO dan Borang Permohonan AMWAY untuk Perlantikan sebagai ABO yang Sah kepada Produk AMWAY.
- Kit Perniagaan AMWAY: Koleksi bahan maklumat, alat bantu jualan atau bahan-bahan lain yang harus dimiliki oleh ABO berkaitan dengan penerimaan permohonan mereka oleh AMWAY dan Kontrak ABO.
- Polisi Perniagaan AMWAY: Peraturan dan polisi yang dinyatakan dalam bahan maklumat rasmi AMWAY, termasuklah Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan pelbagai polisi dan buletin lain yang mungkin disenggarakan oleh AMWAY dari semasa ke semasa yang digabungkan dengan rujukan ke dalam; (1) Kontrak ABO (2) Manual Perniagaan, dan (3) bahan maklumat atau komunikasi rasmi AMWAY yang lain.
- Peluang Perniagaan AMWAY: Produk, pemasaran, sokongan dan sistem imbuhan yang ditawarkan oleh AMWAY.
- Bahan Sokongan Perniagaan yang Dihasilkan oleh AMWAY (“AMWAY BSM”): BSM dihasilkan oleh, atau bagi pihak AMWAY.
- Produk AMWAY: Semua barangan dan perkhidmatan, termasuk bahan maklumat dan bahan sokongan atau tambahan yang lain, yang dihasilkan oleh AMWAY Malaysia/Brunei untuk ABO.
- Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY (“Pelan”): Sistem yang digunakan untuk mengira imbuhan Bonus dan pengiktirafan untuk ABO berasaskan jualan produk seperti yang diterangkan dalam Manual Perniagaan AMWAY dan bahan maklumat rasmi AMWAY yang lain.
- Bonus: Ganjaran wang yang AMWAY bayar kepada ABO menurut Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY.
- Bahan Sokongan Perniagaan (“BSM”): Definisi BSM adalah bertujuan untuk diinterpretasi secara meluas dan termasuklah, melalui contoh yang berikut; penghasilan bahan bercetak, audiovideo dan multimedia, produk dan perkhidmatan yang berasaskan internet, sistem pengiktirafan dan anugerah, mesyuarat dan acara-acara lain, serta bahan dan peralatan lain bukan keluaran AMWAY yang digunakan untuk memberi maklumat atau sokongan jualan produk dan perkhidmatan AMWAY dan juga kupon, baucar, tiket atau program arahan tersedia/langganan berkaitan dengan mana-mana yang disebut sebelum itu. Apabila istilah BSM diguna tanpa prakata “Dihasilkan oleh AMWAY”, ia merujuk kepada BSM yang bukan dihasilkan oleh AMWAY sahaja.
- Komunikasi Digital: Komunikasi digital adalah penghantaran teks, data, imej, video, suara dan maklumat lain secara elektronik (umumnya menggunakan komputer atau peranti mudah alih) termasuk, tanpa had, sebarang siaran atau penerbitan yang dibuat dalam ruang digital termasuk e-mel, video, penstriman langsung, podcast, blog post, aplikasi mudah alih (apps), pengiklanan, forum, laman web, dan melalui sebarang media sosial atau platform mesej, contohnya Facebook®, Instagram®, Line®, Snapchat®, Telegram®, Twitter®, WeChat®, WhatsApp® atau YouTube®.
- Standard Komunikasi Digital (“DCS”): Dokumen yang diterbitkan oleh Amway dan dipinda dari masa ke masa, mengandungi istilah-istilah yang mesti dipatuhi oleh ABO apabila berurusan dalam sebarang komunikasi digital berkenaan peluang Amway, produk Amway atau perkhidmatan Amway (secara langsung atau tidak langsung). DCS digabungkan sepenuhnya ke dalam dan boleh dikuatkuasakan sebagai sebahagian daripada Peraturan Tatacara & Tingkah Laku.
- ABO: Kontraktor bebas yang mana Borang Permohonan AMWAYnya telah diterima oleh AMWAY.
- Kontrak ABO: Merujuk kepada Permohonan ABO bersama dengan dokumen-dokumen bergabung yang membentuk syarat-syarat perjanjian berkontrak antara ABO dan AMWAY.
- ABO yang Bereputasi Baik: ABO boleh diiktiraf dan diberikan pampasan oleh Amway dalam pelbagai cara. Pelan Pampasan ABO Amway menawarkan bonus bulanan dan tahunan yang boleh diperoleh oleh ABO. ABO juga layak mendapat Insentif Pertumbuhan (GI), Anugerah Pencapaian Pengasas (FAA), dan anugerah bukan wang tunai seperti lawatan insentif, yang merupakan faedah budi bicara yang berasingan daripada pelan pampasan teras ABO.

Semua anugerah pencapaian dan bonus tertakluk kepada penilaian dan kelulusan Amway. ABO mesti sentiasa patuh kepada syarat kontrak ABO, Pelan Pampasan ABO Amway dan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway. Untuk layak mendapat faedah budi bicara seperti GI, FAA, dan lawatan insentif, ABO mesti mempamerkan secara konsisten bahawa mereka berada dalam kedudukan yang Bereputasi Baik.

ABO yang Bereputasi Baik akan bekerjasama dengan Amway untuk mengukuhkan perniagaan dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan atau merosakkan perniagaan Amway. ABO dianggap Bereputasi Baik dan layak menerima anugerah serta ganjaran budi bicara:

i.

Jika ABO mematuhi tatacara, undang-undang, dan peraturan dalam mana-mana pasaran.
ii. Jika ABO tidak mempertahankan atau menyokong tindakan ABO lain yang tidak mematuhi kriteria ini.
iii. Melainkan ABO telah melanggar Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan tindakan yang dikenakan tidak dipatuhi.
iv. Melainkan kelakuan ABO boleh mempengaruhi reputasi Amway dan perniagaan Amway yang berkaitan, atau ABO yang berafiliasi dengan Amway dan entiti yang berkaitan.
v. Melainkan ABO menyedari pelanggaran peraturan oleh pengedar yang ditajanya dan gagal menangani isu berkenaan atau, jika aktiviti tersebut berterusan, ABO gagal memaklumkan kepada Amway.

ABO yang mempunyai Perniagaan Berbilang yang ditamatkan akibat daripada tindakan sekatan peraturan dalam satu pasaran juga akan kehilangan Reputasi Baik dalam pasaran-pasaran yang lain. Reputasi Baik akan dinilai di semua pasaran untuk ABO dengan Perniagaan Berbilang yang kehilangan Reputasi Baik bukan disebabkan oleh penamatan dalam tindakan sekatan peraturan di sesebuah pasaran. Kehilangan Reputasi Baik berterusan sehingga ia dipulihkan mengikut budi bicara Amway atau sehingga ABO mematuhi tindakan sekatan peraturan.
- Pemilikan ABO: Pemilikan ABO adalah satu lagi cara untuk menjelaskan perniagaan AMWAY yang dikenal pasti melalui nombor ABO.
- Cabang: ABO dan semua ABO bawahan daripada individu itu.
- Barisan Penajaan atau (“LOS”): Struktur organisasi ABO yang diwujudkan melalui hubungan berkontrak yang dimiliki oleh setiap ABO dengan AMWAY.
- Maklumat LOS: termasuk semua maklumat yang mendedahkan atau berkaitan dengan semua atau sebahagian penyusunan berstruktur bagi ABO dalam lingkungan Barisan Penajaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada bilangan ABO dan data pengenalan perniagaan ABO lain, maklumat hubungan peribadi ABO, maklumat prestasi perniagaan ABO, dan semua maklumat yang dihasilkan atau diperoleh daripadanya, dalam bentuk sekarang atau pada masa akan datang.
- Platinum: ABO yang telah mencapai satu tahap perniagaan tertentu seperti yang dinyatakan dalam Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY.
- Prospek: Bakal ABO atau pelanggan.
- Peraturan Tatacara & Tingkah Laku (“Peraturan” atau “ROC”): mendefinisikan dan mewujudkan:
(1) prinsip-prinsip tertentu yang harus dipatuhi dalam pembangunan dan penyenggaraan sesebuah Perniagaan AMWAY.; dan
(2) hak-hak, tugas dan tanggungjawab setiap ABO.
- Penaja: Ia boleh menjadi satu daripada tiga hubungan -
i. Penaja Perseorangan: ABO yang memperkenalkan dan menaja Prospek ke dalam Peluang Perniagaan AMWAY;
ii. Penaja Antarabangsa: ABO yang memperkenalkan Peluang Perniagaan AMWAY kepada prospek dari negara lain dan beliau menjadi (“Penaja Antarabangsa”) apabila prospek ini mendaftar dan ditaja angkat oleh ABO lain dalam pasaran itu.
iii. Penaja Angkat: ABO AMWAY dalam syarikat gabungan yang dilantik untuk memberi latihan dan sokongan kepada ABO Tajaan Antarabangsa.


Seksyen 3 - Menjadi ABO

3.1 Borang Permohonan ABO dan Kit Perniagaan:
Untuk menjadi ABO yang sah seperti yang sepatutnya yang mampu menjual produk dan perkhidmatan AMWAY serta menaja ABO lain, seseorang pemohon mestilah memohon untuk pengesahan daripada AMWAY dengan melengkapi dan menandatangani Borang Permohonan ABO dan memiliki Kit Perniagaan AMWAY. Permohonan ABO yang lengkap mestilah dihantar ke AMWAY serta-merta, dan diterima oleh AMWAY seperti yang disahkan menurut peruntukan dalam Peraturan 3.3. ABO tidak seharusnya mempersembahkan Peluang Perniagaan AMWAY sebagai apa sahaja selain daripada peluang perniagaan yang terbuka kepada warganegara Malaysia dan Brunei.
3.2 ABO Suami dan Isteri:
Individu yang merupakan suami dan isteri haruslah, apabila diterima oleh AMWAY, diberi pengesahan sebagai satu Pemilikan ABO. Seseorang yang pasangannya adalah ABO yang sah tidak layak untuk memohon sebagai ABO yang sah bagi Pemilikan ABO yang lain.
3.2.1 AMWAY boleh mengikut budi bicaranya yang mutlak menamatkan Pemilikan ABO jika AMWAY berpendapat (yang mana pendapatnya adalah muktamad) bahawa sebarang tindakan ABO dan/atau pasangannya (sama ada pasangannya adalah pasangan yang berdaftar ataupun tidak) didapati menyalahi mana-mana Peraturan Tatacara & Tingkah Laku AMWAY.
3.2.2 Jika dua orang ABO, setiap seorang memiliki dan mengendalikan Pemilikan ABO di dalam Barisan Penajaan yang berbeza atau sama (tiada seorang pun berada pada tahap Platinum atau ke atas), berkahwin antara satu sama lain, satu Pemilikan ABO mesti ditamatkan. Jika tiada seorang pun ahli pasangan yang baru berkahwin itu yang mencapai status Platinum atau ke atas, maka pasangan yang baru berkahwin itu boleh mengendalikan kedua-dua Pemilikan ABO, setiap satu yang mana akan, walau bagaimanapun, dikendalikan di dalam Barisan Penajaannya yang asal. ABO mesti memaklumkan AMWAY secepat mungkin.
3.2.3 Di dalam Pemilikan ABO suami dan isteri, jika pasangan berhenti dari AMWAY atas apa jua sebab selaras dengan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, AMWAY berhak untuk menamatkan Pemilikan ABO pasangan yang tinggal tanpa memberikan sebarang sebab-musabab. Walau bagaimanpun, AMWAY boleh membenarkan pasangan yang tinggal untuk terus mengendalikan Pemilikan ABO di mana pasangan yang tinggal dan pasangan yang berhenti akan tertakluk kepada Peraturan Tatacara & Tingkah Laku ini dan terma dan syarat yang lain yang AMWAY fikir patut dikenakan.
3.2.4 Suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri yang sah hanya boleh memilih seorang isteri untuk perkongsian suami dan isteri, tertakluk kepada perundangan tempatan yang sesuai. Isteri-isteri lain yang mahu menjadi ABO mestilah ditaja di bawah perkongsian suami/isteri ini.
3.3 Keperluan:
Tanpa mengehadkan hak-hak AMWAY, berikut adalah keperluan untuk menjadi seorang ABO atau memperbaharui Pemilikan ABO.
3.3.1 ABO mestilah berumur sekurang-kurangnya berumur 18 tahun.
3.3.2 Mestilah bukan pasangan kepada ABO yang pada masa ini disahkan melainkan beliau layak di bawah 3.2.2.
3.3.3 Mestilah belum pernah ditamatkan kerana melanggar kontrak di bawah Pemilikan ABO terdahulu atau Pemilikan ABO dengan syarikat gabungan AMWAY yang lain; dan
3.3.4 Mestilah mematuhi Seksyen 6.4 dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku ini jika pemohon dahulunya beroperasi di bawah Pemilikan ABO yang telah ditamatkan atau tamat tempoh (dan belum lagi diperbaharui).
3.3.5 Mestilah bukan kakitangan syarikat jualan langsung pada masa permohonan awal atau sewaktu tempoh pengesahan beliau sebagai ABO.
3.3.6 Mestilah seorang warganegara Malaysia atau Brunei atau pemastautin yang telah diberikan hak oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk menjalankan perniagaan di Malaysia dan Brunei.
3.3.6.1 Menetap di negara yang sama tempat perniagaan didaftarkan, jika ini adalah perniagaan pertama Amway bagi ABO di mana Amway beroperasi. Syarikat mengekalkan budi bicara untuk membenarkan pendaftaran melebihi batasan.
3.3.7 Mestilah bukan seseorang yang sedang menjalani hukuman penjara atau sebaliknya dikurung dalam mana-mana pusat pemulihan atau mempunyai rekod sabitan lampau atas kesalahan yang berkaitan dengan pengeluaran (dan/atau) perdagangan barangan tiruan, iklan palsu, pengendalian perniagaan haram, pengelakan cukai (atau) penipuan pelanggan, atau kesalahan berkaitan penipuan peruntukan aset, tidak amanah dalam memperuntukkan aset (atau) pemilikan aset yang menyalahi undang-undang.
3.4 Penerimaan atau Penolakan Permohonan atau Pembaharuan ABO:
AMWAY berhak menerima atau menolak mana-mana Permohonan ABO. Begitu juga, AMWAY berhak untuk enggan menerima mana-mana permintaan untuk Memperbaharui dan boleh membatalkan Pemilikan ABO jika aktiviti-aktiviti seseorang ABO tidak mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau jika ABO itu tidak Bereputasi Baik atau tidak mematuhi keperluan dalam Peraturan 3.3.
3.5 ABO Beroperasi melalui Entiti Sah:
Satu pihak bagi Kontrak ABO boleh memohon kepada AMWAY untuk mengendalikan Pemilikan ABO melalui entiti yang sah, dengan syarat ia mematuhi keperluan dan syarat tertentu, termasuk di mana munasabah di sisi undang-undang tujuan utama entiti ialah pengendalian Peluang Perniagaan AMWAY. Hubungi AMWAY untuk maklumat terkini. Orang yang menandatangan Kontrak ABO bagi pihak entiti yang sah mestilah wakil yang sah bagi entiti sah tersebut dan mestilah secara peribadi memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan dalam Peraturan 3.3 di atas. Entiti sah mungkin dikehendaki untuk menyerahkan, selain dokumen-dokumen lain, bukti kewujudan dan kelayakan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti yang dijangkakan dalam Kontrak ABO, bukti pematuhan keperluan pendaftaran yang boleh diguna pakai, satu dokumen (seperti Borang Pengesahan untuk Entiti Sah) yang mengandungi pelbagai maklumat tentang dan perjanjian antara entiti sah dan pengasas serta pengurusan entiti sah, atau maklumat dan dokumentasi serupa yang lain seperti yang AMWAY mungkin minta.
3.6 Tarikh Pengesahan:
Tarikh pengesahan sebagai ABO AMWAY ialah apabila Permohonan ABO telah diproses oleh AMWAY.
3.7 Amalan Penajaan yang Dilarang:
Penaja tidak seharusnya mengenakan terhadap Prospek, atau mana-mana ABO, sebagai syarat untuk menerima bantuan daripada Penaja dalam pengembangan Pemilikan ABO seseorang, seperti:
3.7.1 Membeli mana-mana produk atau perkhidmatan tertentu.
3.7.2 Mengekalkan inventori minimum yang khusus.
3.7.3 Membeli mana-mana “pek permulaan”, “keputusan” atau “pek” atau “kit” lain yang bukan dihasilkan oleh AMWAY.
3.7.4 Membeli bahan maklumat, alat bantuan audiovisual atau bahan-bahan lain.
3.7.5 Membeli tiket untuk dan/atau menghadiri atau menyertai rali, seminar atau mesyuarat lain.
3.8 Tempoh dan Peluputan:
Sesuatu Pemilikan ABO akan luput atau mungkin ditamatkan menurut syarat-syaratnya kecuali tempohnya diperbaharui menurut Peraturan 3.9 dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan Polisi Perniagaan AMWAY. Seperti yang dinyatakan dalam Kontrak ABO, Pemilikan ABO akan luput pada ulang tahun pertama permohonan asalnya kecuali ia telah ditamatkan lebih awal oleh ABO atau AMWAY.
3.8.1 Peraturan Beli Balik: Apabila berlaku peluputan atau penamatan Kontrak ABO secara sukarela, ABO boleh memohon kepada AMWAY untuk mengembalikan inventori produk AMWAY yang tidak terjual yang mungkin beliau miliki, dengan syarat produk-produk sedemikian adalah dalam keadaan baru, asal dan belum digunakan. AMWAY akan membeli semula produk tersebut pada kos semasa ABO membeli produk AMWAY tersebut daripada AMWAY, menurut polisi yang ada (sila rujuk Manual Perniagaan). Sekiranya Pemilikan ABO ditamatkan akibat salah laku ABO, AMWAY akan mempunyai budi bicara untuk membeli semula produk di bawah Peraturan Beli Balik.
3.9 Pembaharuan:
Pemilikan ABO boleh diperbaharui atas budi bicara AMWAY dengan syarat ABO tidak melanggar atau menyalahi Peraturan dan Polisi AMWAY dan syarat-syarat Kontrak ABO dalam mana-mana pasaran. Untuk layak mendapat pelanjutan, ABO mestilah menyerahkan (tahunan) notis kepada AMWAY meminta Pemilikan ABO diperbaharui (tahunan).

Jika diterima oleh AMWAY, sebarang pelanjutan tempoh Kontrak ABO dan Polisi serta Peraturan AMWAY haruslah berkuat kuasa dari tarikh pelanjutan dan termasuklah dua belas bulan selepas itu. Istilah pelanjutan sedemikian haruslah menjadi syarat-syarat Kontrak ABO berkuat kuasa pada masa pelanjutan. Tanpa mengehadkan budi bicara AMWAY untuk menolak pelanjutan Pemilikan ABO, perkara-perkara berikut secara automatik tidak melayakkan ABO untuk pelanjutan Pemilikan ABOnya.
3.9.1 ABO menjalankan perniagaan dalam cara yang bertentangan dengan reputasi dan kepentingan AMWAY; atau
3.9.2 ABO tidak mematuhi atau melanggar Pemilikan ABO dalam tempoh 12 bulan sebelum tempoh pelanjutan diminta; atau
3.9.3 Kegagalan memenuhi keperluan yang digariskan dalam Peraturan 3.3 dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku ini.
3.10 Penamatan:
Seseorang ABO boleh menamatkan Pemilikan ABO pada bila-bila masa dengan memberi notis penamatan secara bertulis kepada AMWAY di alamat AMWAY. AMWAY boleh menamatkan Pemilikan ABO pada bila-bila masa dengan memberi notis penamatan secara bertulis kepada ABO di alamat khusus beliau jika beliau gagal mematuhi Polisi Perniagaan AMWAY, termasuk Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY dan polisi-polisi lain yang disenggarakan oleh AMWAY dan yang telah dimasukkan dalam Kontrak ABO.
3.11 Jemputan Terhad kepada Suami dan Isteri sahaja:
Jemputan untuk menyertai seminar perniagaan, lawatan insentif dan acara-acara lain yang dikendalikan oleh AMWAY akan hanya diberikan kepada ABO yang sah dan pasangan yang sah dan berdaftar setiap Pemilikan ABO. Individu-individu ini akan disenaraikan dalam rekod AMWAY.
3.12 Konspirasi; Pendorong untuk Pelanggaran:
Seseorang ABO tidak seharusnya berkomplot dengan orang lain untuk melanggar atau mendorong pelanggaran mana-mana Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan AMWAY atau mendorong atau cuba mendorong ABO lain untuk melanggar mana-mana Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan AMWAY. Sebarang aktiviti sedemikian akan dianggap sebagai pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan AMWAY.
3.13 Melampaui Skop Pemberian Kuasa:
Seseorang ABO tidak seharusnya melampaui skop pemberian kuasa yang diberi selaras dengan Kontrak ABO. Sebarang aktiviti sedemikian akan dianggap sebagai pelanggaran Kontrak ABO.
3.14 Pernyataan dan Jaminan:
Seseorang ABO tidak seharusnya membuat sebarang gambaran atau pernyataan palsu kepada AMWAY, mahupun mendorong AMWAY untuk mengikat Kontrak ABO di bawah dakwaan palsu, mahupun melanggar sebarang pernyataan atau jaminan yang dinyatakan dalam kontrak ini atau mengikut undang-undang. Sebarang aktiviti sedemikian akan dianggap sebagai pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan AMWAY.
3.15 Berbilang Pelanggaran:
Ia merupakan pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan AMWAY bagi seseorang ABO yang membiarkan mana-mana pelanggaran kekal tidak dibetulkan selepas pemakluman daripada AMWAY tentang kewujudan pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan AMWAY yang sama, atau berbilang, serentak, berturutan atau berulang kali.
3.16 Peraturan Toleransi Sifar:
Ia merupakan pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku AMWAY atau Polisi Perniagaan AMWAY apabila seseorang ABO mengendalikan aktiviti-aktiviti ABO di pasaran di mana beliau tidak dibenarkan untuk mengendalikan perniagaan. Ia merupakan pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan AMWAY untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti ABO di pasaran di mana AMWAY tidak menjalankan perniagaan. Aktiviti yang tidak sah sedemikian boleh menyebabkan penggantungan serta-merta hak-hak ABO tanpa menjejaskan sebarang hak dan remedi yang sebaliknya tersedia.
3.17 Pemintasan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku:
Sekiranya cubaan untuk memintas atau bertindak bertentangan dengan niat dan semangat Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, AMWAY boleh pada bila-bila masa mengambil tindakan pembetulan mengikut budi bicaranya.
3.17.1 Semua ABO akan tertakluk kepada Prosedur Penguatkuasaan yang ditetapkan dalam Manual Perniagaan dengan syarat AMWAY berhak dengan jelas untuk menamatkan, pada bila-bila masa dan dengan berkuat kuasa serta-merta, pengesahan seseorang ABO yang telah memberikan maklumat palsu dalam Permohonan atau yang telah menerima pengesahan sebagai seorang ABO dan melanggar Peraturan ini atau yang telah berkelakuan dalam cara yang menurut pendapat AMWAY mencemarkan Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY.


Seksyen 4 – Tanggungjawab dan Kewajipan semua ABO

4.1 Mematuhi Polisi Perniagaan/Pemindaan/ Melaksanakan Tanggungjawab dengan Niat Ikhlas:
Pada sepanjang masa, ABO mestilah mematuhi dengan tegas garis panduan, prosedur dan polisi yang dinyatakan dalam Polisi Perniagan Amway yang mana Peraturan Tatacara & Tingkah Laku ini adalah sebahagian, selain Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY, dan, dalam setiap kes, sebarang pemindaan akan dibuat dari masa ke masa. Semua ABO ditugasi melaksanakan tanggungjawab dengan niat ikhlas dan cara perlakuan yang saksama di bawah syarat-syarat Kontrak ABO.
4.1.1 Bekerjasama dengan Penyiasatan: ABO harus bekerjasama dalam mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh AMWAY terhadap aktiviti-aktiviti yang berkemungkinan melanggar Pemilikan ABOnya atau Pemilikan ABO lain.
4.2 Pembelian atau Penjualan/Pembekalan Silang Kumpulan:
ABO tidak seharusnya terlibat dalam pembelian atau penjualan/pembekalan silang kumpulan. “Pembelian dan penjualan/pembekalan silang kumpulan” wujud apabila ABO menjual atau membekal produk dan/atau perkhidmatan yang diedar atau dibekalkan oleh AMWAY kepada ABO lain yang tidak ditaja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hinggalah ke Platinum yang seterusnya.
4.2.1 Seseorang ABO mestilah hanya membeli produk dan perkhidmatan AMWAY dan Bahan Sokongan Perniagaan AMWAY terus daripada Penajanya, atau AMWAY.
4.2.2 Seseorang ABO tidak harus menjual atau membekalkan produk dan perkhidmatan AMWAY kepada ABO lain yang tidak ditaja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hinggalah ke Platinum yang seterusnya.
4.3 Kedai Runcit:
4.3.1 ABO tidak seharusnya membenarkan produk dan perkhidmatan AMWAY dijual atau dipamerkan di institusi runcit yang mana tujuan utamanya ialah menjual produk dan perkhidmatan kepada orang awam, termasuk tetapi tidak terhad pada tempat-tempat seperti sekolah, pesta, kedai, pasar lambak, tempat lelong, kiosk, laman internet atau pangkalan tentera; mahupun beliau tidak seharusnya membenarkan mana-mana produk atau perkhidmatan AMWAY muncul di lokasi-lokasi sedemikian walaupun produk dan perkhidmatan AMWAY adalah bukan untuk dijual. Tiada bahan promosi yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan AMWAY atau bahan maklumat AMWAY dipamerkan di institusi runcit.
4.3.2 ABO tidak dibenarkan, melakukan sendiri atau menggunakan pihak ketiga bukan ABO, untuk menjual atau mempromosikan produk atau perkhidmatan Amway di mana-mana hak milik runcit digital yang tujuan utamanya untuk menjual produk atau perkhidmatan kepada orang awam. Produk atau perkhidmatan Amway tidak dibenarkan untuk muncul dalam hak milik ini walaupun produk atau perkhidmatan tersebut bukan untuk dijual.
4.3.3 Seseorang ABO yang bekerja di atau memiliki kedai runcit mestilah mengendalikan Pemilikan ABOnya berasingan daripada kedai runcitnya. ABO sedemikian mestilah mendapatkan pelanggan untuk perniagaan AMWAYnya dalam cara yang sama seperti ABO yang tidak mempunyai hubungkait dengan kedai runcit dan sebaliknya mematuhi Peraturan 4.3 ini. Jenis institusi runcit yang lain, yang bukannya stor secara teknikal, seperti kedai gunting rambut, kedai kecantikan, atau pejabat profesional, dsbnya, begitu juga ia tidak boleh digunakan untuk mempamerkan produk AMWAY, maklumat tentang perkhidmatan AMWAY, atau bahan-bahan promosi berkaitan dengan produk atau perkhidmatan atau bahan maklumat AMWAY.
4.3.4 Dalam persekitaran dalam talian, ABO dibenarkan untuk bersosial dan memanfaatkan komuniti dan perniagaan bukan Amway, mempromosikan dan menjual produk Amway, dan mencari kenalan prospek yang diperoleh melalui perniagaan atau komuniti itu, hanya dengan mematuhi Standard Komunikasi Digital.
4.4 Benar dan Tepat:
ABO tidak seharusnya membuat sebarang tawaran untuk menjual mana-mana produk atau perkhidmatan AMWAY yang tidak tepat dan benar mengenai harga, gred, kualiti, prestasi dan ketersediaannya. ABO tidak seharusnya:
4.4.1 Membuat dakwaan produk yang berlebih-lebihan yang tidak dibenarkan oleh AMWAY berkaitan dengan produk AMWAY atau produk yang diedarkan oleh AMWAY;
4.4.2 Dalam apa cara sekalipun, menggambarkan AMWAY secara tidak betul berkaitan dengan harga, kualiti, standard, gred, kandungan, stail atau model, tempat asal atau ketersediaan produk AMWAY atau produk yang diedarkan oleh AMWAY;
4.4.3 Menyatakan bahawa produk AMWAY atau produk yang diedarkan oleh AMWAY adalah disokong, diluluskan, atau menunjukkan mana-mana ciri berkaitan hasil, aksesori, kegunaan atau faedah yang tidak dimilikinya, atau
4.4.4 Bertindak atau mempersembahkan dalam apa carapun AMWAY, produknya atau produk yang diedarkan oleh AMWAY, dalam cara yang palsu atau mempromosikan produk yang tidak dimiliki oleh AMWAY seolah-olah ianya benar.
4.5 Pembungkusan Semula:
ABO tidak boleh membungkus semula produk, mengubah kandungan produk atau sebaliknya mengubah atau meminda mana-mana label pembungkusan produk atau perkhidmatan AMWAY.
4.6 Resit Jualan Bertulis:
Seorang ABO yang mengambil dan/atau menghantar pesanan secara peribadi haruslah menghantar kepada pelanggan pada masa jualan, satu pesanan atau resit yang bertulis dan bertarikh yang harus:(a) menerangkan produk(-produk) yang dijual, (b) menyatakan harga yang dikenakan, dan (c) menyatakan nama, alamat, dan nombor telefon ABO yang menjual.
4.7 Jaminan Kepuasan:
Bila-bila masa pelanggan meminta khidmat Jaminan Kepuasan dalam tempoh jaminan yang dinyatakan, seseorang ABO harus menawarkan serta-merta pilihannya kepada individu tersebut tentang: (a) bayaran balik penuh; (b) pertukaran produk yang seumpama; atau (c) kredit penuh untuk pembelian produk lain.
4.7.1 ABO haruslah memaklumkan AMWAY mengenai sebarang aduan berkenaan Jaminan Kepuasan daripada pelanggan dan memberi salinan semua surat-menyurat dan butiran tentang semua perbualan mengenai aduan-aduan seperti yang diminta.
4.7.2 ABO tidak diberi kuasa untuk membuat sebarang  jenis tawaran atau kompromi atau meletakkan tanggungjawab ke atas AMWAY atas sebarang aduan atau pemulangan produk
4.7.3 ABO akan dipertanggungawabkan sepenuhnya terhadap dakwaan-dakwaan yang mereka buat yang melebihi syarat-syarat Jaminan Kepuasan dan haruslah melindungi AMWAY daripada kesan akibat dakwaan yang dibuat.
4.8 Mematuhi Undang-undang, Peraturan dan Kod yang Boleh Diguna Pakai:
ABO haruslah mematuhi semua undang-undang, peraturan dan kod-kod yang berkaitan dengan pengendalian Pemilikan ABO mereka di mana sahaja perniagaan mereka dikendalikan. ABO mestilah tidak mengendalikan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan reputasi ABO dan/atau AMWAY. Apabila diminta, ABO haruslah berterus-terang dalam memberi sebarang maklumat yang diminta tentang aktiviti-aktiviti ABO atau mana-mana aktiviti lain yang diketahui oleh ABO (walaupun mengenai ABO lain). Dalam semua komunikasi dengan AMWAY, ABO haruslah bertindak dengan benar-benar jujur dan ikhlas.
4.9 Amalan Dagangan yang Mengelirukan atau Menyalahi Undang-undang:
ABO tidak harus terlibat dalam amalan perniagaan yang mengelirukan atau menyalahi undang-undang.
4.10 Perusahaan atau Aktiviti Perniagaan yang Menyalahi Undang-undang:
ABO tidak harus mengendalikan sebarang perusahaan perniagaan yang menyalahi undang-undang, melibatkan diri atau menyertai sebarang aktiviti perniagaan haram atau menyalahi undang-undang.
4.11 Profesionalisme:
Seseorang ABO haruslah sentiasa menjaga tingkah lakunya, berbudi bahasa dan bertimbang rasa serta tidak harus terlibat dalam sebarang taktik bertekanan tinggi, tetapi harus membuat pernyataan yang saksama tentang produk atau perkhidmatan AMWAY, atau Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY, bila dan di mana perlu.
4.12 Hubungan ABO:
ABO tidak seharusnya menggambarkan bahawa beliau mempunyai hubungan pekerjaan dengan AMWAY atau mana-mana syarikat gabungannya dan/atau ABO lain.
4.12.1 ABO tidak seharusnya memberi gambaran yang palsu tentang sifat hubungan antara AMWAY dan ABOnya, atau membuat sebarang gambaran, kecuali sejajar dengan penjelasan yang diberikan dalam Manual Perniagaan AMWAY dan Polisi Perniagaan AMWAY atau risalah rasmi AMWAY yang lain. ABO dikehendaki melindungi AMWAY daripada kos, kerosakan atau prejudis yang berpunca daripada gambaran palsu sedemikian, termasuk mana-mana yuran undang-undang AMWAY yang mungkin telah dikenakan.
4.12.2 ABO tidak seharusnya membayangkan bahawa mereka adalah kakitangan AMWAY, mahupun merujuk diri mereka sebagai “agen”, “pengurus,” atau “wakil syarikat”, mahupun mengguna istilah atau frasa-frasa deskriptif pada alat tulis mereka atau bahan-bahan bercetak yang lain.
4.12.3 ABO tidak boleh menggunakan kad perniagaan mereka untuk menimbulkan tanggapan bahawa mereka mempunyai hubungan pekerjaan dengan AMWAY.
4.13 Francais dan Wilayah:
ABO tidak seharusnya menggambarkan kepada sesiapa bahawa terdapat francais atau wilayah yang eksklusif ditawarkan di bawah Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY.
4.14 Aktiviti Jualan yang Lain:
Melainkan seperti yang terdapat dalam Standard Komunikasi Digital, ABO tidak boleh mengambil kesempatan daripada pengetahuan mereka tentang atau hubungan dengan ABO lain, termasuk pengetahuan mereka hasil daripada atau berkaitan dengan Barisan Penajaan, bagi mempromosikan dan mengembangkan usaha niaga yang lain. Tingkah laku sedemikian merupakan gangguan yang tidak wajar dan tidak munasabah terhadap kontrak perniagaan ABO lain dan Amway.
4.14.1 ABO tidak harus mendapatkan, secara langsung atau tidak langsung, ABO lain untuk membeli, menawarkan untuk menjual, atau mempromosikan produk, perkhidmatan, atau peluang perniagaan lain yang tidak ditawarkan atau dipasarkan oleh AMWAY. Peraturan ini juga diguna pakai ke atas pelaburan, sekuriti, dan pinjaman, tanpa merngira sumbernya.
4.14.2 ABO tidak seharusnya menjual, menawarkan untuk menjual, atau mempromosikan mana-mana peluang perniagaan, produk, atau perkhidmatan lain berkaitan dengan Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY.
4.15 Gangguan dalam Pemilikan ABO yang lain; Pendorong:
Ia merupakan pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan AMWAY untuk ABO:
4.15.1 Mengganggu atau cuba untuk mengganggu Pemilikan ABO yang lain; atau
4.15.2 Mendorong atau cuba untuk mendorong ABO lain menukar Barisan Penajaannya, untuk memindahkan atau meninggalkan Pemilikan ABOnya atau untuk menaja atau tidak menaja Prospek tertentu; atau
4.15.3

Untuk mendorong atau cuba untuk mendorong ABO lain untuk tidak memberikan latihan, pendidikan, motivasi atau sokongan lain kepada ABO bawahan; atau

4.15.4 Untuk mendorong atau cuba untuk mendorong ABO lain untuk melanggar mana-mana Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan AMWAY.
4.16 Mengeksport Produk AMWAY:
ABO tidak boleh mengeksport atau mengimport, atau menjual kepada sesiapa yang mengimport atau mengeksport, produk AMWAY dari negara lain yang mana AMWAY telah mewujudkan operasinya, ke dalam mana-mana negara tanpa mengira sama ada AMWAY menjalankan perniagaan atau tidak di negara tersebut.

ABO boleh membawa produk Amway keluar sempadan untuk kegunaan peribadi sekiranya:
4.16.1 ABO melawat negara lain dan secara peribadinya membuat pesanan produk di negara tersebut.
4.16.2 ABO secara fizikalnya mengambil/menerima produk di satu negara dan secara peribadi membawa produk tersebut ke negara lain. Tidak ada kurier, syarikat perkapalan atau pengangkut barang yang terlibat.
4.16.3 Jika ABO mempunyai Perniagaan Berbilang di negara yang dilawati, pesanan itu tidak boleh diterima sebagai pesanan pelanggan untuk pelanggan luar negera.
4.16.4 Produk ini hanya untuk penggunaan peribadi ABO.
4.16.5 Produk-produk itu tidak boleh dijual semula, diedarkan, atau diberikan dalam apa jua keadaan.
4.16.6 Produk yang dipesan tidak boleh didapati di pasaran asal ABO.
4.16.7 Produk tahan lama (contohnya sistem rawatan air, sistem rawatan udara) tidak boleh dibawa dari satu pasaran ke pasaran yang lain dalam apa jua keadaan.
4.16.8 Pesanan ABO mestilah tidak melebihi satu jumlah produk yang munasabah; bawah ASD$1,000.00 setiap tahun, tidak termasuk mana-mana produk yang boleh dibeli dan dibawa sendiri semasa menghadiri Seminar Kepimpinan di pasaran lain.
4.16.9 Pengecualian penggunaan peribadi tidak boleh digunakan sebagai strategi pembangunan perniagaan.
4.17 Peraturan Usaha Runcit:
AMWAY membayar bonus di bawah Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY berdasarkan jualan kepada pengguna akhir. Untuk ABO layak mendapat bonus dan/atau kelayakan di bawah Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY, pembelian ABO itu mestilah digunakan atau dijual kepada pengguna akhir dalam tempoh yang munasabah seperti yang ditentukan oleh AMWAY. AMWAY berhak untuk menidakkan semua kelayakan, anugerah dan ganjaran jika dalam pertimbangan AMWAY, pembelian ABO itu tidak mematuhi peraturan ini.
4.17.1 AMWAY tidak memerlukan penyimpanan stok atau pembelian inventori. ABO tidak boleh membeli atau menasihati ABO lain untuk membeli produk bagi sebarang tujuan selain daripada peruntukan produk sedemikian kepada pengguna akhir.
4.18 Komunikasi Digital:
Komunikasi Digital seperti yang diguna dalam Peraturan ini bermaksud penghantaran teks, data, imej, video, suara dan maklumat lain secara elektronik (umumnya menggunakan komputer atau peranti mudah alih) termasuk, tanpa had, sebarang siaran atau penerbitan yang dibuat dalam ruang digital termasuk e-mel, video, penstriman langsung, podcast, post blog, aplikasi mudah alih (apps), pengiklanan, forum, laman web, dan melalui sebarang media sosial atau platform mesej, contohnya Facebook®, Instagram®, Line®, Snapchat®, Telegram®, Twitter®, WeChat®, WhatsApp® atau YouTube®.

Peraturan itu berkaitan dengan Komunikasi Digital ABO berkenaan Amway, peluang Amway, produk dan perkhidmatan Amway (secara langsung atau tidak langsung), atau apabila komunikasi digital membentuk sebagai BSM sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Peraturan dan Polisi BSM. Oleh kerana ruang digital adalah unik, Amway telah mewujudkan Standard Komunikasi Digital (DCS) untuk memastikan bahawa Komunikasi Digital ABO adalah selaras dengan Peraturan tersebut. DCS digabungkan dan menjadi sebahagian daripada Peraturan ini, dan ABO mestilah mematuhi DCS tersebut. Satu salinan DCS yang diguna pakai pada masa ini boleh diminta daripada Amway.
4.19 Penubuhan Tabung:
ABO tidak harus menggunakan produk AMWAY bersama dengan sebarang jenis aktiviti penubuhan tabung. Penubuhan tabung termasuklah tetapi tidak terhad kepada kegiatan mendapatkan pembelian produk atau perkhidmatan AMWAY berdasarkan gambaran bahawa kesemua itu, atau sebahagain daripada perolehan, hasil, bonus atau keuntungan yang dihasilkan oleh jualan sedemikian akan memberi faedah kepada kumpulan, organisasi atau tujuan tertentu.
4.20 Manipulasi Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY:
ABO tidak harus memanipulasi Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY atau jumlah anugerah dalam apa sahaja cara yang mengakibatkan pembayaran Bonus atau anugerah lain dan pengiktirafan yang tidak diperoleh menurut syarat-syarat Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY dan/atau Manual Perniagaan AMWAY. Dalam hal ini, penstrukturan strategik dan buatan Barisan Penajaan AMWAY bagi tujuan membina kedalaman, sama ada terdapat atau tidak hubungan antara mereka yang ditaja dan mereka yang menaja, adalah dianggap sebagai manipulasi dan amalan perniagaan yang tidak boleh diterima. AMWAY mengikut budi bicaranya yang mutlak akan menentukan apa yang dikatakan sebagai manipulasi Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY.
4.21 Pengemaskinian Maklumat Peribadi/Perniagaan:
Semua ABO adalah bertanggungjawab untuk menyampaikan sebarang pengemaskinian atau perubahan terhadap maklumat peribadi mereka (contohnya, nama, alamat, dan nombor telefon dsbnya) atau maklumat perniagaan (contohnya, perubahan status perniagaan, dsbnya) kepada AMWAY.
4.22 Maklumat Proprietari:
Selain peruntukan yang terkandung dalam Peraturan 9 dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, berkaitan dengan penggunaan nama dagang, cap dagang dan bahan-bahan berhak cipta AMWAY, maklumat perniagaan yang sulit dan proprietari termasuk, sebagai contoh dan bukan had, maklumat Barisan Penajaan (iaitu, maklumat yang dikumpul oleh AMWAY yang mendedahkan atau berkaitan dengan semua atau sebahagian daripada susunan penajaan yang khusus dalam perniagaan AMWAY, termasuk, tanpa had, senarai ABO, salasilah penajaan, dan semua ABO atau maklumat perniagaan AMWAY yang dihasilkan dari sana, dalam bentuk masa kini dan masa depan), maklumat perniagaan, pengilangan dan pembangunan produk, pelan perniagaan, dan jualan ABO, perolehan dan maklumat kewangan yang lain, dsbnya.., merupakan rahsia perdagangan proprietari dan rahsia perniagaan AMWAY yang menguntungkan secara komersial, unik dan yang ia memastikannya kekal proprietari dan sulit dan menganggapnya sebagai rahsia perdagangan dan rahsia perniagaan dan merupakan “Maklumat Proprietari” tertakluk kepada Kontrak ABO.
4.22.1 AMWAY adalah pemilik eksklusif semua Maklumat Proprietari, yang diperoleh, dikumpul, disusun dan disenggarakan oleh AMWAY. ABO mengakui semua maklumat proprietari adalah dimiliki oleh AMWAY melalui penggunaan usaha masa dan sumber yang banyak.
4.22.2 ABO diberikan hak peribadi, tidak eksklusif, tidak boleh dipindahkan dan boleh batal oleh AMWAY untuk mengguna Maklumat Proprietari hanya bila perlu untuk memudahkan Perniagaan AMWAY mereka seperti yang dipertimbangkan di bawah Peraturan Tatacara & Tingkah Laku termasuklah, contohnya, Polisi Kerahsiaan dan terma dan syarat yang lain bagi Kontrak ABO. AMWAY berhak untuk menafi atau memansuhkan hak ini, selepas notis yang munasabah kepada ABO menyatakan sebab(-sebab) untuk penafian atau pemansuhan sedemikian, bila-bila masa, pada pendapat AMWAY yang wajar, yang mana adalah perlu untuk melindungi kerahsiaan atau nilai Maklumat Proprietari.
4.22.3 Semua ABO haruslah mengekalkan Maklumat Proprietari dengan penuh kerahsiaan dan harus mengambil semua langkah yang wajar dan tindakan-tindakan yang sepatutnya untuk melindungi Maklumat Proprietari dan mengekalkan kerahsiaan.
4.22.4 Seseorang ABO tidak seharusnya mengumpul, menyusun, mengakses, mewujudkan senarai, atau sebaliknya menggunakan atau mendedahkan Maklumat Proprietari kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh AMWAY. Seseorang ABO tidak seharusnya mendedahkan Maklumat Proprietari kepada mana-mana pihak ketiga, atau menggunakan Maklumat Proprietari berkaitan dengan mana-mana perniagaan lain.
4.22.5 Penggunaan atau pendedahan Maklumat Proprietari, selain daripada seperti yang dibenarkan oleh AMWAY, boleh menyebabkan bahaya yang ketara dan tidak boleh dibaiki kepada AMWAY, dan AMWAY boleh menuntut pampasan yang sewajarnya atas kerosakan dan meminta ABO menahan diri daripada tingkah laku yang berbahaya serta mendapatkan sebarang remedi yang lain di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai.
4.22.6 Sekiranya berlaku pendedahan Maklumat Proprietari, secara sukarela atau tidak, oleh seorang ABO kepada mana-mana pihak ketiga, ABO tersebut haruslah serta-merta memaklumkan AMWAY tentang kenyataan itu dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi (a) mencegah pendedahan seterusnya oleh pihak ketiga dan (b) mewajibkan pihak ketiga untuk menandatangani perjanjian kerahsiaan dan tiada pendedahan untuk faedah AMWAY dan di bawah syarat-syarat yang tidak kurang ketatnya, seperti yang diberikan dalam Peraturan 4.22 ini.
4.22.7 Seseorang ABO haruslah mengembalikan dengan segera sebarang dan semua Maklumat Proprietari atau mana-mana naskhah yang sama kepada AMWAY apabila berhenti menjadi ABO, tamat tempoh, gagal untuk memperbaharui, penolakan pelanjutan atau penamatan Pemilikan ABOnya dan haruslah menahan diri daripada sebarang penggunaan seterusnya.
4.22.8 Kewajipan kerahsiaan yang dinyatakan dalam Peraturan 4.22 ini haruslah bertahan semasa tempoh Kontrak ABO dan juga selepas tarikh tamat tempohnya atau penamatan akibat sebarang punca.
4.23 Peraturan Penyampaian
Kandungan penyampaian yang termasuk atau menyokong promosi penjualan produk dan perkhidmatan AMWAY atau Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY, mestilah sebaliknya mematuhi yang berikut:
4.23.1 ABO tidak seharusnya:
a) melebih-lebihkan gambaran pendapatan dengan mengaitkannya dengan atau menggabungkannya dengan pendapatan lain dan menyatakan bahawa ia adalah hasil membina perniagaan AMWAY;
b) menggantikan identiti kumpulan atau organisasi bukan AMWAY dengan perniagaan AMWAY. Perniagaan AMWAY mestilah sentiasa dikenal pasti dengan jelas tanpa sebarang keraguan kepada para peserta semasa penyampaian tersebut;
c) menyokong, membayangkan atau memberikan tanggapan bahawa kejayaan boleh dicapai dengan mempromosikan penggunaan peribadi tanpa keperluan untuk menjual atau mempromosikan kegunaan produk dan/atau dakwaan yang tidak sesuai;
d) mempromosikan Barisan Penajaan seseorang, syarikat gabungan atau kumpulan dalam apa jua cara yang akan menyebabkan atau berkemungkinan mengakibatkan kemarahan atau menjejaskan orang lain;
e) menyalahgambarkan sama ada secara langsung atau tidak langsung dan melalui apa sahaja cara hubungan ABO dengan AMWAY, contohnya, menyatakan atau menggambarkan AMWAY “hanya pembekal”, atau bahawa ABO mewakili peluang perniagaan yang mana “AMWAY adalah sebahagian”, atau bahawa ABO “menyumberluar” sokongan pentadbiran kepada AMWAY, dsbnya.;
f)

mempromosikan mana-mana peluang perniagaan selain daripada Perniagaan AMWAY atau memujuk mana-mana peserta untuk menghadiri mesyuarat bagi tujuan menyampaikan peluang perniagaan lain pada bila-bila masa; atau,

g) menggunakan mesyuarat sebagai platform untuk mempromosi atau menyokong kepercayaan agama, politik dan/atau sosial yang bersifat peribadi.
4.23.2 Gambaran peribadi terhadap yang berikut adalah tidak wajar:
a) isu sosial dan budaya;
b) kecenderungan berkenaan pandangan politik, parti, calon atau pegawai yang dilantik secara khusus.
4.23.3 Perbincangan mestilah hanya berkaitan dengan etika dan sikap positif yang akan membantu dan menggalakkan produk, perkhidmatan dan perniagaan ABO dan AMWAY.
4.23.4 Gambaran pendapatan, sama ada langsung atau yang tersirat, mestilah menggambarkan potensi pendapatan yang realistik daripada penyertaan dalam Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY.
4.24 Aktiviti Di Luar Malaysia atau Aktiviti Di Luar Pasaran Di Mana ABO Didaftarkan:
ABO yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, dalam sebarang aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan AMWAY di luar bidang kuasa Malaysia mestilah berbuat demikian dalam cara yang mematuhi apa yang tersurat dan tersirat dalam undang-undang, peraturan, polisi dan prosedur syarikat gabungan AMWAY yang diguna pakai dalam bidang kuasa itu, tanpa mengira sama mereka adalah ABO berdaftar dalam bidang kuasa itu. Kegagalan berbuat demikian adalah dianggap melanggar Kontrak ABO.
4.25 Pengiklanan:
ABO tidak boleh membentangkan Pelan Perniagaan Amway atau mendapatkan penyertaan dalam Pelan Perniagaan Amway melalui sebarang kaedah komunikasi penyiaran yang termasuk pengeposan secara besar-besaran, telepemasaran, pengiklanan dalam negara atau antarabangsa, radio, televisyen, perkhidmatan faksimili atau sebarang cara lain yang mana hubungan peribadi dengan Prospek tidak wujud. Pengiklanan dibenarkan dalam konteks yang terhad seperti yang diterangkan dalam Standard Komunikasi Digital.


Seksyen 5 - Tanggungjawab dan Kewajiban Semua Penaja/Platinum

Setiap Pemilik Perniagaan Amway (ABO) bertanggungjawab untuk membina perniagaan Amway sendiri. Amway tahu bahawa sokongan, latihan dan motivasi yang bersesuaian daripada Penaja/Platinum juga penting kepada pertumbuhan perniagaan Amway yang berterusan. Walau bagaimanapun, aktiviti Penaja dan Pengedar Atasan lain tidak boleh merendahkan kebebasan dan usaha peribadi setiap perniagaan Amway atau mengganggu secara tidak wajar akan hubungan antara Amway dengan setiap ABO. Selanjutnya, Seksyen 5 melarang penglibatan Pengedar Atasan yang berlebihan atau tidak wajar yang juga boleh memanipulasi Pelan Jualan dan Pemasaran Amway (Seksyen 4.20).

Amway berhak untuk menilai jenis dan kekerapan penglibatan Pengedar Atasan untuk menentukan sama ada ia merupakan gangguan yang melanggar Peraturan Tatacara & Tingkah Laku.

5.1 Tugas dan Tanggungjawab Penaja
ABO yang terlibat dalam aktiviti menaja atau yang menaja ABO haruslah:
5.1.1 Menjual Kit Perniagaan AMWAY yang tidak diubah kepada ABO yang ditaja, dan memaklumkannya tempoh masa yang boleh digunakan untuk memulangkan Kit bagi mendapatkan bayaran balik.
5.1.2 Mematuhi Kontrak ABO dan memenuhi semua keperluan yang dinyatakan dalam Kontrak ABO termasuk Polisi Perniagaan AMWAY.
5.1.3 Melatih dan memotivasi ABO yang ditaja menurut Polisi Perniagaan AMWAY, atau bekerjasama dengan ABO atasan Platinum untuk memastikan bahawa latihan dan motivasi ini berlaku.
5.1.4 Memastikan bahawa ABO yang mereka telah taja secara perseorangan mematuhi sepenuhnya Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway dan syarat-syarat Kontrak ABO termasuk Polisi Perniagaan Amway, dan semua undang-undang dan peraturan yang boleh diguna pakai.
5.1.5 Menggalakkan ABO yang mereka telah taja secara perseorangan untuk menghadiri mesyuarat dan majlis rasmi Amway.
5.1.6 Menjelaskan tanggungjawab dan kewajipan ABO di bawah Kontrak ABO, termasuk Polisi Perniagaan AMWAY dan arahkan ABO yang ditaja itu tentang cara mengendalikan Pemilikan ABO menurut Polisi Perniagaan AMWAY, selain Manual Perniagaan AMWAY dan bahan maklumat rasmi AMWAY yang lain.
5.1.7 Menyokong dan mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan mendidik serta memastikan bahawa ABO lain yang mereka telah taja secara perseorangan untuk melakukan perkara yang sama.
5.1.8 Melindungi hak-hak penajaan setiap ABO yang mereka telah taja secara perseorangan.
5.2 Tugas dan Tanggungjawab Platinum
Berikut adalah beberapa tanggungjawab dan fungsi ABO Platinum:
5.2.1 Memastikan bahawa ABO yang mereka telah taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hinggalah ke Platinum yang seterusnya, mematuhi sepenuhnya Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway dan syarat-syarat Kontrak ABO termasuk Polisi Perniagaan Amway, dan semua undang-undang dan peraturan yang boleh diguna pakai.
5.2.2 Menggalakkan ABO yang mereka telah taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hinggalah ke Platinum yang seterusnya, untuk menghadiri mesyuarat dan majlis rasmi Amway.
5.2.3 Menyokong dan mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan mendidik serta memastikan bahawa ABO lain yang mereka telah taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hinggalah ke Platinum yang seterusnya untuk melakukan perkara yang sama.
5.2.4 Melindungi hak-hak penajaan setiap ABO yang mereka telah taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hinggalah ke Platinum yang seterusnya.


Seksyen 6 - Pengekalan Barisan Penajaan

6.1 Perlindungan Barisan Penajaan:
Pemilikan ABO, memerlukan kelulusan terlebih dahulu oleh AMWAY. Kelulusan ini haruslah mengikut budi bicara AMWAY yang mutlak.
6.1.1 Memindahkan ABO, dengan atau tanpa ABO yang beliau taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, menggerakkan penajaan Pemilikan ABO itu dari satu ABO ke ABO yang lain.
6.1.2 Apabila Pemilikan ABO dijual, Pemilikan ABO tersebut haruslah kekal di kedudukan yang sama dalam Barisan Penajaan.
6.1.3 Pemindahan mungkin tidak boleh digunakan untuk menstruktur secara strategik atau secara buatan mana-mana bahagian Barisan Penajaan.
6.2 Pemindahan Individu:
Pemindahan individu melibatkan pemindahan seorang ABO tanpa mana-mana ABO yang beliau taja. Tanpa mengehadkan atau menyekat dalam apa-apa cara kuasa dan budi bicara AMWAY di bawah Peraturan 6.1 di atas:
6.2.1 Mana-mana ABO yang ingin menukar Penaja mestilah menghantar permintaan bertulis kepada AMWAY berserta dengan (1) pelepasan bertulis yang ditandatangani oleh semua ABO atasan sehingga dan termasuk Platinum yang pertama layak atau ke atas, dan (2) penerimaan bertulis daripada Penaja baru dan Platinum atau ke atas yang baru. Penerimaan bertulis daripada Penaja dan Platinum atau ke atas yang baru mengesahkan bahawa mereka akan memikul semua tanggungjawab ABO yang berpindah.
6.2.2 AMWAY juga akan menghubungi mana-mana Penaja Antarabangsa dan penerima Bonus Kepimpinan Antarabangsa dan akan membenarkan 30 hari untuk memberi komen.
6.3 Pemindahan Kumpulan:
Pemindahan kumpulan melibatkan pemindahan seorang ABO dengan semua atau beberapa ABO yang beliau taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja. Tanpa mengehadkan atau menyekat dalam apa-apa cara kuasa dan budi bicara AMWAY di bawah seksyen 6.1 di atas:
6.3.1 Seorang ABO yang ingin berpindah ke Penaja yang berbeza dengan semua atau sebahagian daripada ABO yang beliau taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, mestilah menghantar pemintaan bertulis kepada AMWAY yang disertakan dengan persetujuan bertulis daripada semua ABO bawahan, yang ingin berpindah, hinggalah ke ABO pertama yang layak pada tahap Platinum atau ke atas dan semua ABO yang layak pada tahap Platinum atau ke atas hinggalah ke dan termasuk ABO pertama yang layak pada tahap Zamrud atau ke atas.
6.3.1.1 Jika ABO atasan pertama yang layak pada tahap anugerah rasmi adalah Zamrud atau ke atas yang layak, persetujuan bertulis mestilah diterima daripada ABO seterusnya yang layak pada tahap Platinum atau ke atas yang merupakan ABO atasan dari Zamrud tersebut.
6.3.1.2 AMWAY kemudiannya akan memaklumkan Intan atasan pertama yang layak dan membenarkan 14 hari untuk memberi komen.
6.3.2 Permintaan pemindahan mestilah disertakan dengan persetujuan bertulis semua ABO itu, termasuk mereka yang ditaja di peringkat antarabangsa, yang ingin dibawa bersama oleh ABO yang berpindah dan penerimaan bertulis ABO dalam Barisan Penajaan yang pemohon mahu dipindahkan.  
6.3.2.1 AMWAY juga akan menghubungi mana-mana Penaja Antarabangsa dan penerima Bonus Kepimpinan Antarabangsa dan akan membenarkan 30 hari untuk memberi komen.
6.3.3 Tiada ABO yang pada masa ini diiktiraf oleh syarikat sebagai Pemimpin Kumpulan (contohnya, Penaja Perak, Penyandang Emas, Platinum, atau Delima, dsbnya) boleh dipindahkan dengan ABO yang beliau taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja di bawah Peraturan ini.
6.3.3.1 Bekas ABO Pemimpin Kumpulan boleh dipindahkan dengan ABO yang beliau taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja sahaja jika lebih daripada 2 tahun penuh telah berlalu semenjak bulan yang terakhir yang mana ABO telah diiktiraf dalam erti kata yang sebenarnya, dengan syarat telah berlaku pematuhan prosedur yang telah digariskan di atas.
6.4 Tidak Aktif Enam Bulan:
Seorang ABO yang ingin menamatkan (dengan berhenti atau gagal untuk menyambung) Pemilikan ABOnya di bawah Penaja semasa beliau dan yang selepas itu menjadi tidak aktif untuk tempoh enam bulan atau lebih berturut-turut haruslah berhenti menjadi ABO yang diberi kuasa dan boleh, berikutan luputnya tempoh tidak aktif yang dinyatakan, memohon sebagai ABO baru di bawah Penaja baru. Tarikh AMWAY menerima surat berhenti bermulanya tempoh tidak aktif. Seseorang yang belum memperbaharui Pemilikan ABOnya akan dianggap sudah tamat tempoh dan mestilah kekal tidak aktif enam bulan dari permulaan bulan yang berikutnya.
6.4.1 Untuk menaja seorang ABO di bawah Peraturan ini, pemohon mestilah mengisi Kontrak ABO baru yang boleh diperoleh daripada Amway. Jika bukti aktiviti sepanjang tempoh enam bulan adalah berasas, Amway akan menolak untuk memberi penajaan di bawah Penaja baru. Hak ABO untuk mempertikaikan penajaan bekas ABO yang kini ditaja di bawah Penaja yang berbeza terhapus apabila dua tahun telah berlalu sejak tarikh Amway menerima permohonan di bawah Penaja baru.
6.4.2 Definisi Tidak Aktif: Tidak aktif untuk tujuan Peraturan ini harus bermakna bahawa sepanjang tempoh tidak aktif, ABO haruslah benar-benar tidak aktif, yang bermakna ABO tersebut:
6.4.2.1 Tidak seharusnya membeli produk atau perkhidmatan AMWAY sebagai ABO untuk kegunaan peribadi (walaupun beliau boleh melakukan sedemikian sebagai pelanggan)
6.4.2.2 Tidak seharusnya menjual atau membekalkan mana-mana produk atau perkhidmatan AMWAY kecuali menurut polisi “beli balik”, tidak seharusnya terlibat dalam mana-mana fasa penjualan/pembelian produk (contohnya mengambil pesanan, membuat penghantaran atau menerima pembayaran);
6.4.2.3 Tidak seharusnya menyampaikan Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY kepada mana-mana Prospek;
6.4.2.4 Tidak seharusnya memfailkan Niat untuk Meneruskan sebagai pelanjutan Pemilikan ABOnya; dan
6.4.2.5 Tidak seharusnya menghadiri mana-mana mesyuarat pengambilan ahli baru, latihan atau motivasi ABO baru yang dikendalikan oleh mana-mana ABO atau mana-mana mesyuarat yang ditaja oleh AMWAY;
6.4.2.6 Untuk tujuan Peraturan ini, perkara-perkara berikut TIDAK seharusnya merupakan aktiviti dan oleh itu, tidak mengganggu perjalanan tempoh tidak aktif enam bulan asalkan bekas ABO adalah sebaliknya tidak aktif:
6.4.2.6.1 Memperoleh dan/atau menyerahkan permintaan bertulis untuk pemindahan;
6.4.2.6.2 Memfailkan permintaan untuk mengkaji semua keputusan AMWAY oleh Panel Penilaian Antarabangsa; atau  
6.4.2.6.3 Mengarahkan pertanyaan kepada AMWAY tentang status Pemilikan ABOnya.
6.4.2.7 Semasa tempoh tidak aktif, bekas ABO mestilah tidak menyertai sebarang aktiviti di bawah Pemilikan ABO lain menggunakan nama ibu bapa beliau, adik-beradik, atau lain-lain atau beliau akan diputuskan sebagai “aktif” untuk tujuan Seksyen ini.
6.4.2.8 Apabila sama ada suami atau isteri adalah seorang ABO, kedua-duanya mestilah memenuhi keperluan tidak aktif enam sebelum seseorang boleh ditaja sekali lagi sebagai ABO.
6.4.2.9 Jika ABO yang menukar Penaja di bawah peraturan ini juga mempunyai mana-mana ABO yang ditaja di peringkat antarabangsa, ABO yang ditaja di peringkat antarabangsa beliau itu akan dilupuskan sebaik sahaja tempoh tidak aktif enam bulan bermula.
6.4.2.10 Jika ABO yang menukar Penaja di bawah Peraturan ini juga memiliki perniagaan AMWAY di pasaran lain, beliau mestilah memilih satu daripadanya untuk menjadi Penaja Antarabangsa bagi Pemilikan ABO baru beliau apabila melengkapkan Kontrak ABO baru.
6.4.3 Tidak Aktif Dua Tahun: ABO yang berpindah ke atau yang selepas tidak aktif enam bulan atau lebih memohon untuk penajaan di bawah seorang Penaja dalam Barisan Penajaan yang berbeza menurut peruntukan dalam peraturan ini, mungkin tidak ditaja oleh mana-mana ABO yang sebelum ini berada di atasnya dalam Barisan Penajaan asal sehingga dan termasuk ABO pertama yang layak pada tahap Platinum atau ke atas, atau berada di bawahnya dalam bekas ABO yang beliau taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hinggalah ke dan termasuk ABO pertama yang layak pada tahap Platinum atau ke atas, melainkan dua tahun telah berlalu semenjak penamatan Pemilikan ABOnya.
6.4.4 ABO yang berpindah ke, atau yang selepas tidak aktif enam bulan atau lebih, ditaja di bawah Penaja dalam Barisan Penajaan yang berbeza menurut peruntukan dalam Peraturan ini, seharusnya tidak berhak untuk menaja dalam Barisan Penajaan yang baru mana-mana ABO yang sebelum ini berada di atasnya dalam Barisan Penajaan asal sehingga dan termasuk ABO pertama yang layak pada tahap Platinum atau ke atas, atau di bawahnya dalam bekas ABO yang beliau taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hinggalah ke dan termasuk ABO pertama yang layak pada tahap Platinum atau ke atas. Walau bagaimanapun, seseorang ABO yang telah tidak aktif dalam tempoh dua tahun selepas beliau berhenti boleh ditaja oleh mana-mana penaja, termasuk bekas Penajanya yang mungkin telah pun dipindahkan ke atau ditaja oleh Penaja yang berbeza.
6.4.5 ABO yang telah mengisytiharkan tidak aktif dalam satu pasaran boleh terus beroperasi sebagai seorang ABO dalam mana-mana pasaran lain yang mana beliau mempunyai Pemilikan ABO, semasa tempoh tidak aktifnya dalam pasaran lain.
6.4.6 ABO yang dahulunya ditaja angkat boleh menaja sekali lagi tertakluk pada perenggan 6.4.1, 6.4.2, 6.4.3, dan 6.4.4 dan syarat-syarat yang berikut:
6.4.6.1 Pada masa permohonan, bekas ABO mestilah menentukan sama ada beliau mahu atau tidak ditaja di peringkat antarabangsa atau ditaja angkat sekali lagi, dan
6.4.6.2 Bekas ABO mungkin tidak ditaja secara perseorangan oleh Penaja yang sebelum ini berada di atasnya dalam barisan penajaan angkat yang asal sehingga dan termasuk ABO pertama yang layak pada tahap Platinum atau ke atas, atau berada di bawahnya dalam Barisan Penajaan asalnya hinggalah ke dan termasuk ABO pertama yang layak pada tahap Platinum atau ke atas kecuali dua tahun atau lebih telah berlalu semenjak penamatan Pemilikan ABOnya.
6.4.7 Tindakan Pembetulan: Jika mana-mana peruntukan dalam Peraturan ini dilanggar, AMWAY boleh mengambil tindakan pembetulan, yang boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penamatan Pemilikan ABO yang melanggar, dan pemindahan bekas ABO yang beliau taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja dan/atau Jumlah Perniagaan yang dihasilkan semasa tempoh pelanggaran ke Barisan Penajaan yang sewajarnya.
6.5 Penjualan Pemilikan ABO:
ABO yang memiliki Pemilikan ABO, sama ada layak atau tidak sebagai Platinum atau ke atas boleh menjual Pemilikan ABOnya hanya kepada ABO lain yang diberi kuasa seperti yang dinyatakan dalam peraturan ini. AMWAY mengkehendaki bahawa syarat-syarat penjualan yang khusus dimasukkan dalam mana-mana perjanjian jualan. Bagi mengekalkan Barisan Penajaan, ABO yang menjual mestilah menawarkan Pemilikan ABOnya mengikut aturan keutamaan yang dinyatakan di bawah dan ABO yang berminat untuk membeli Pemilikan ABO mestilah memenuhi semua terma dan syarat seperti yang ditetapkan dalam Peraturan ini. Perniagaan yang dibeli haruslah kekal berasingan daripada perniagaan AMWAY pembeli yang lain dan Barisan Penajaan tidak seharusnya diubah dalam apa jua cara hasil daripada jualan itu.
6.5.1 Pilihan pertama untuk membeli adalah milik Penaja Antarabangsanya, yang mengekalkan sepanjang rundingan jualan untuk menjual Pemilikan ABO hak untuk mendapatkan yang sama dengan memenuhi harga dan syarat-syarat sebarang tawaran ikhlas yang diterima oleh dan dianggap boleh diterima kepada Penjual.
6.5.2 Pilihan kedua untuk membeli adalah milik Penaja Angkat tempatannya asalkan pilihan pertama belum dilaksanakan. Sekiranya ABO yang menjual tidak mempunyai Penaja Antarabangsa, Penaja tempatan mengekalkan sepanjang rundingan jualan untuk menjual Pemilikan ABO hak untuk mendapatkan yang sama dengan memenuhi harga dan syarat-syarat sebarang tawaran ikhlas yang diterima dan dianggap boleh diterima oleh Penjual;
6.5.3 Pilihan ketiga, boleh dijalankan asalkan pilihan pertama dan kedua di atas belum dilaksanakan, milik mana-mana satu daripada ABO yang ditaja secara perseorangan kepada Penjual;
6.5.4 Pilihan keempat, boleh dijalankan asalkan pilihan yang pertama, kedua atau ketiga di atas belum dilaksanakan, milik mana-mana Platinum atau ke atas yang layak sama ada ke atas atau ke bawah Barisan Penajaan hinggalah ke Intan yang layak seterusnya;
6.5.5 Pilihan terakhir, boleh dijalankan asalkan pilihan yang pertama, kedua, ketiga, atau keempat di atas belum dilaksanakan, milik mana-mana Zamrud yang layak pada masa itu.
6.5.6 Semua ABO yang membeli mestilah bereputasi baik seperti yang ditentukan oleh AMWAY. Semua jualan (kecuali harga) mesti disemak dan diluluskan oleh AMWAY sebelum ia menjadi muktamad. AMWAY berhak untuk meluluskan semua jualan mengikut budi bicaranya. Tiada perubahan dalam pemilikan akan dilaksanakan dan tiada perubahan hak milik perniagaan yang akan dimuktamadkan sehinggalah perjanjian jualan telah diterima dan diluluskan oleh AMWAY dan salinan perjanjian jualan yang akhirnya dilaksanakan diberikan kepada AMWAY untuk rekodnya.
6.5.7 Jika ABO ingin menjual Pemilikan ABOnya di bawah terma dan syarat yang berbeza daripada tawarannya yang pertama, Pemilikan ABO itu mestilah sekali lagi ditawarkan untuk dijual di bawah terma dan syarat yang telah disemak menurut aturan keutamaan pesanan yang dinyatakan di atas.
6.5.8 Semua ABO yang membeli mestilah memenuhi kriteria yang berikut seperti yang ditetapkan sewajarnya oleh AMWAY. Kegagalan untuk memenuhi kriteria berikut akan bertindak seolah-olah tawaran untuk membeli telah ditarik balik atau pilihan untuk membeli tidak pernah dilaksanakan:
6.5.8.1 Memiliki kepakaran yang mencukupi dalam perniagaan bagi menunjukkan pemahaman yang lengkap dan tepat dalam Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY dan Peluang Perniagaan AMWAY;
6.5.8.2 Memiliki pemahaman dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku yang lengkap dan tepat dan menunjukkan kesanggupan untuk mematuhinya;
6.5.8.3 Memiliki sumber yang mencukupi untuk mengendalikan Pemilikan ABO penjual dan untuk memberi latihan dan sokongan yang perlu;
6.5.8.4 Memiliki pemahaman dalam mana-mana faktor pasaran yang berkaitan yang boleh memberi impak kepada pengendalian Pemilikan ABO penjual; dan,
6.5.8.5 Pada masa ini tidak terlibat dalam mana-mana pertikaian atau mempunyai sebarang konflik yang boleh memberi impak kepada keupayaannya untuk mengendalikan Pemilikan ABO penjual.
6.5.9 Bonus Pencapaian Bulanan yang kena dibayar kepada perniagaan selepas tarikh jualan akan dibayar kepada pemilik baru. Bonus tahunan (seperti Bonus Zamrud dan Intan) harus dibayar kepada pemilik barunya. Bonus tahunan (seperti Bonus Zamrud dan Intan) harus dibayar seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Jualan seperti yang diberi kuasa oleh AMWAY. Semua anugerah yang sebelum ini diberikan kepada perniagaan tersebut tidak akan dipindahkan kepada pemilik baru. Kelayakan untuk anugerah bagi perniagaan tersebut akan ditentukan hanya melalui aktiviti-aktiviti yang berlaku selepas tarikh jualan.
6.6 Satu Peraturan Perniagaan AMWAY:
Seorang ABO boleh memiliki, mempunyai kepentingan, menjadi penandatangan atau disenaraikan sebagai orang yang dilantik untuk menjalankan tugas atau wakil kepada hanya satu Pemilikan ABO sahaja, kecuali seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 6.6.1 – 6.6.5. Hanya di bawah keadaan-keadaan berikut seseorang ABO boleh mempunyai kepentingan pemilikan dalam lebih daripada satu Pemilikan ABO:
6.6.1

Apabila dua ABO berkahwin dan seorang atau kedua-duanya telah memperoleh tahap Platinum atau ke atas sebelum berkahwin menurut Seksyen 3.2.2;

6.6.2

Apabila Pemilikan ABO yang sedia ada membeli Pemilikan ABO lain menurut Seksyen 6.5;

6.6.3 Apabila seseorang ABO (pemindah), bagi memudahkan pemindahan Pemilikan ABOnya sekiranya beliau meninggal dunia, meminta untuk menyerahkan Pemilikan ABO itu kepada ABO lain menurut Seksyen 10; atau,
6.6.4 Apabila ABO yang sedia ada mewarisi Pemilikan ABO menurut Seksyen 10.
6.6.5 Sekiranya ABO memiliki atau mempunyai kepentingan pemilikan dalam dua atau lebih Pemilikan ABO menurut peraturan ini, AMWAY akan terus mengiktiraf Pemilikan ABO tersebut sebagai Pemilikan ABO yang berasingan dan hanya akan mengiktiraf kedua-duanya sebagai Pemilikan ABO yang berasingan untuk semua tujuan termasuk, untuk tujuan anugerah dan Bonus.
6.7 Penggabungan dan Penyatuan Pemilikan ABO:
Penggabungan atau penyatuan dua atau lebih Pemilikan ABO yang sedia ada disebabkan oleh tindakan mengiakan yang disengajakan oleh pihak pemilik tidak harus dibenarkan yang mengakibatkan Pemilikan ABO yang bergabung memperoleh mana-mana tahap pencapaian.
6.7.1

Hanya penggabungan atau penyatuan hasil daripada kegagalan untuk memfailkan borang Notis Niat untuk Memperbaharui, penamatan, berhenti, kematian (tiada pelantikan pewarisan oleh waris), atau beberapa kejadian tidak sengaja atau punca di luar kawalan mana-mana pemilik, harus dibenarkan, dengan syarat, walau bagaimanapun, bahawa perniagaan yang bergabung itu mempunyai kurang daripada dua (2) cabang yang layak. Penggabungan yang dibenarkan mestilah tidak dilaksanakan sehinggalah yang sama telah disemak dan diluluskan oleh AMWAY.

6.7.2

Dalam apa jua keadaan, AMWAY tidak akan meluluskan penggabungan yang mengakibatkan seorang ABO mendapat tahap anugerah yang lebih tinggi.

6.8 Perceraian, Pemisahan, atau Pembubaran yang Lain:
Bila sesebuah perniagaan diarahkan untuk dipisahkan atau dibahagikan akibat perceraian, pembubaran sesebuah perbadanan atau perkongsian (di mana sesuai), pemisahan atau pembahagian mestilah dicapai dalam cara yang tidak akan memberi kesan yang buruk terhadap kepentingan dan/atau pendapatan ABO dalam Barisan Penajaan. Sewaktu proses pembahagian atau pemisahan, kedua-dua belah pihak tidak harus mentadbirkan atau mengendalikan, bersama-sama atau berasingan, mana-mana Pemilikan ABO lain tanpa persetujuan bertulis yang nyata daripada AMWAY.
6.8.1 Perceraian: Apabila perceraian pasangan suami isteri yang mana seorang daripadanya merupakan penandatangan Kontrak ABO. AMWAY akan terus mengiktiraf penandatangan Kontrak ABO sebagai ABO dan akan membayar Bonus dan memberi anugerah dan ganjaran kepada ABO tersebut sahaja. AMWAY akan terus menganggap Pemilikan ABO tersebut sebagai entiti tunggal dan untuk tujuan kontrak ini individu-individu yang sebelum ini pernah berkahwin adalah masih terikat dengan Seksyen 3.2, 3.11 dan 4.14 kerana ia membincangkan isu-isu pasangan. Sebarang persetujuan antara pasangan yang bercerai yang berkaitan dengan keuntungan daripada Perniagaan AMWAY seorang daripada pasangan itu mestilah ditangani oleh pasangan yang bercerai. Tanpa persetujuan bertulis yang nyata daripada AMWAY, penyelesaian tidak harus dilakukan untuk membahagikan keuntungan atau untuk berkongsi anugerah dan ganjaran antara pasangan yang bercerai.
6.8.2 Pembubaran Entiti Sah yang Mengendalikan Pemilikan ABO: Tanpa perjanjian bertulis daripada AMWAY, kecuali diberitahu sebaliknya, sebelum pembubaran entiti sah yang merupakan penandatangan Kontrak ABO, Kontrak ABO boleh diserahkan kepada wakil bagi entiti sah yang diberi kuasa yang menandatangani Kontrak ABO asalnya bagi pihak syarikat, atau Pemilikan ABO boleh dijual menurut Seksyen 6.5 dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku. Kegagalan sama ada untuk menyerahkan Kontrak ABO kepada wakil yang diberi kuasa atau untuk menjual Pemilikan ABO menurut Seksyen 6.5 dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku akan mengakibatkan penghentian Pemilikan ABO menurut Seksyen 13 dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku.
6.9 Pelupusan Pemilikan ABO:
Jika seseorang ABO menamatkan Pemilikan ABOnya dengan AMWAY, atau gagal untuk memohon pelanjutan Pemilikan ABO dalam tempoh masa yang dikehendaki, atau meninggal dunia tanpa meninggalkan waris yang sanggup dan dapat menerima tanggungjawab untuk Pemilikan ABO tersebut, AMWAY, mengikut budi bicaranya yang mutlak, haruslah memutuskan masa depan Pemilikan ABO menurut Seksyen 13.
6.10 Tidak Bersaing/Larangan Melakukan Penghasutan:
(a)

Tidak Bersaing:

Seorang ABO, yang atau telah layak pada tahap Platinum atau ke atas, tidak harus, sepanjang kewujudan kontrak Pemilikan ABO beliau dengan AMWAY, dan untuk tempoh 6 bulan selepas penamatan Kontrak Pemilikan ABO beliau dengan AMWAY, terlibat dalam atau meneruskan mana-mana perniagaan atau perkhidmatan sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang boleh dianggap bersaing dengan atau serupa dengan perniagaan AMWAY, sama ada untuk akaun beliau, atau untuk akaun orang lain di Malaysia dan Brunei, menggunakan atau mengeksploitasi mana-mana maklumat sulit milik AMWAY, pelanggan atau ABOnya. Maklumat sulit termasuklah maklumat proprietari di bawah Seksyen 4.22, tetapi ia tidak terhad kepada: maklumat Barisan Penajaan AMWAY, Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY, strategi pemasaran, teknologi, pengetahuan, senarai pelanggan dan nombor untuk dihubungi, senarai ABO dan nombor untuk dihubungi, portfolio pelanggan, kos pengeluaran dan pemasaran, kos produk, harga, sebut harga, keperluan dan kehendak pelanggan dan pembekal yang khusus, status semua rundingan yang sedang berlangsung dengan pelanggan, senarai harga, dan sebarang maklumat lain yang mana sifatnya boleh dianggap sulit.
(b) Larangan Melakukan Penghasutan:
Seorang ABO tidak seharusnya, sepanjang kewujudan kontrak Pemilikan ABOnya dengan AMWAY, dan untuk tempoh 24 bulan selepas penamatan kontrak Pemilikan ABOnya dengan AMWAY, sama ada untuk akaun beliau, atau untuk akaun orang lain di Malaysia dan Brunei, menghasut, mendorong, cuba untuk menghasut, cuba untuk mendorong, atau sebaliknya menarik daripada AMWAY, mana-mana ABOnya di Malaysia dan Brunei. Tambahan pula, seseorang ABO tidak seharusnya menggunakan atau mengeksploitasi maklumat sulit dan proprietari AMWAY yang termasuklah tetapi tidak terhad kepada maklumat Barisan Penajaan AMWAY, Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY, strategi pemasaran, teknologi, pengetahuan, senarai pelanggan dan nombor untuk dihubungi, senarai ABO dan nombor untuk dihubungi, portfolio pelanggan, kos pengeluaran dan pemasaran, kos produk, harga, sebut harga, keperluan dan kehendak pelanggan dan pembekal yang khusus, status rundingan yang sedang berlangsung dengan pelanggan, senarai harga, dan mana-mana maklumat lain yang mana disifatnya boleh dianggap sulit.


Seksyen 7 - Bahan Sokongan Perniagaan (BSM) Bukan Keluaran AMWAY

Walaupun Amway tidak memerlukan sesiapapun untuk membeli mana-mana BSM, ABO boleh memutuskan bahawa mereka boleh memainkan peranan yang berguna dalam membina perniagaan yang menguntungkan atau mencapai matlamat. BSM adalah tidak diwajibkan dan mana-mana ABO yang memilih untuk mempromosikan, menggunakan, menjual atau mengedarkan BSM mestilah menekankan bahawa pembelian adalah secara sukarela semata-mata. Semua BSM yang digunakan dalam membina Pemilikan ABO atau menjual produk Amway mestilah mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, Polisi Bahan Sokongan Perniagaan, Standard Komunikasi Digital dan Polisi Perniagaan Amway. BSM tidak boleh dijual kepada mereka yang bukan ABO mahupun pembelian mana-mana BSM dianggap sebagai satu syarat untuk menjadi ABO. Amway tidak mengendors mana-mana BSM. Mengikut budi bicaranya yang mutlak, Amway boleh menyemak mana-mana BSM dan menentukan sama ada ia sesuai atau tidak untuk digunakan di pasaran. Semakan semula Amway adalah semata-mata untuk penentuan pematuhan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, Standard Semakan Semula, Amalan Perniagaan, Standard Komunikasi Digital dan Polisi Perniagaan Amway, termasuk prosedur kawalan kualiti (Kawalan Kualiti). ABO bertanggungjawab untuk mematuhi semua undang-undang berkenaan kandungan, pengeluaran, pengedaran, dan jualan atau penggunaan BSM.

Untuk penjelasan lanjut tentang Peraturan ini, rujuk Polisi BSM Syarikat Gabungan.

7.1 ABO Sahaja:
ABO boleh menghasilkan BSM yang membincangkan subjek umum yang bersifat “bagaimana caranya”; walau bagaimanapun, mereka mestilah menpunyai keterangan “Untuk ABO Sedia Ada Sahaja – Bukan untuk digunakan dengan Prospek”.
7.1.1 ABO yang memilih untuk mengguna, menjual atau mengedarkan BMS, termasuk tiket-tiket untuk ke seminar dan acara, tidak boleh menyatakan atau membayangkan bahawa semua bahawa penggunaan bahan-bahan sedemikian akan menjamin kejayaan. Semua BSM haruslah mengandungi yang berikut atau bahasa yang sebahagian besarnya sama dalam format dan peletakan yang ditunjukkan oleh AMWAY:

“Tiada siapa boleh menjamin bahawa teknik dan pendekatan ini akan berjaya untuk anda. Walau bagaimanapun, kami harap idea yang kami sampaikan di sini, akan membantu anda membina perniagaan yang kukuh dan menguntungkan. Bahan-bahan ini telah diterbitkan secara bebas selain daripada AMWAY. ”

Bahasa di atas atau yang sama dengannya mestilah tertera pada semua tiket seminar dan acara.
7.2 Semakan Semula:
AMWAY berhak untuk mengkehendaki penyerahan semua BSM untuk semakan semula dan pengesahan mengikut budi bicaranya yang mutlak. Hasil daripada semakan semula tersebut, AMWAY boleh menghendaki BSM tersebut diubah suai dan/atau mengambil tindakan lain yang sesuai.


Seksyen 8 - Penyampaian Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY

8.1 Mestilah Tidak Memberi Tanggapan yang Palsu:
Apabila menjemput prospek untuk mendengar penyampaian Pelan Penjualan & Pemasaran, seseorang ABO tidak seharusnya secara langsung atau tidak langsung:
8.1.1 Memberi tanggapan bahawa Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY berkait dengan peluang pekerjaan (menurut Seksyen 4.11);
8.1.2 Membayangkan bahawa jemputan adalah ke acara sosial;
8.1.3 Menyelindungi jemputan sebagai “kaji selidik pasaran;”
8.1.4 Mempromosikan acara sebagai “seminar cukai;” seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 8.3.3;
8.1.5 Mempromosikan Peluang Perniagaan AMWAY sebagai hubungan perniagaan dengan seseorang, syarikat atau organisasi selain daripada AMWAY sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 4.23.1 subperkara (e) di atas;
8.1.6 Menyatakan secara langsung atau tidak langsung bahawa produk sedemikian adalah hanya satu rangkaian produk yang diedarkan melalui atau sebagai sebahagian daripada pembrokeran, konsainan, atau perniagaan perantaraan yang dikendalikan oleh seseorang, syarikat atau organisasi selain daripada AMWAY;
8.1.7 Menyatakan secara langsung atau tidak langsung bahawa Peluang Perniagaan AMWAY, ABO atau produk dan perkhidmatan yang diperdagangkan melalui AMWAY adalah sebahagian daripada mana-mana perniagaan selain daripada Peluang Perniagaan AMWAY seperti yang didefinisikan dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan bahan maklumat rasmi AMWAY;
8.1.8 Gagal menyatakan dengan tegas berkaitan dengan jemputan sedemikian ciri sebenar penyampaian sedemikian dan bahawa penyampaian tersebut adalah tentang Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY dan Peluang Perniagaan AMWAY; atau
8.1.9 Terlibat dalam mana-mana gambaran yang salah secara langsung atau tidak langsung tentang Peluang Perniagaan AMWAY dan hubungan ABO dengan AMWAY dan ciri-ciri Perniagaan AMWAY, atau meninggalkan mana-mana maklumat yang sepatutnya dijangka diperlukan untuk menilai dengan betul Peluang Perniagaan AMWAY, produk dan perkhidmatan AMWAY oleh seseorang yang menerima jemputan sedemikan atau menghadiri atau sebaliknya menyertai penyampaian atau acara tersebut.
8.1.10 Atau dalam apa-apa cara lain melanggar Seksyen 4.23 di atas.
8.2 Hubungan Pertama dengan Prospek:
Ia merupakan pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan Polisi Perniagaan AMWAY apabila ABO mengelirukan atau gagal memaklumkan ABO Prospek tentang ciri-ciri aktiviti ABO dan, oleh itu, ketika hubungan pertama dengan Prospek, seseorang ABO mestilah:
8.2.1 Memperkenalkan diri dengan nama;
8.2.2 Menyampaikan Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY, produk dan/atau perkhidmatannya secara jujur dan ikhlas;
8.2.3 Memberikan maklum balas secara jujur dan ikhlas terhadap mana-mana soalan yang diajukan oleh Prospek dengan penuh ketelusan berkaitan dengan Peluang Perniagaan AMWAY, produk dan perkhidmatan AMWAY, ABO atau AMWAY.
8.3 Etika Penajaan:
Dalam mencari penyertaan prospek dalam Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY, ABO yang menaja mestilah mematuhi Seksyen 4.23 di atas dan juga yang berikut:
8.3.1 Mestilah tidak menyebut bahawa Pemilikan ABO yang berjaya boleh dibina dalam bentuk “kelab pembelian borong”, di mana satu-satunya produk yang dibeli dan dijual adalah yang dipindahkan kepada ABO lain untuk kegunaan peribadi mereka.
8.3.2 Mestilah tidak menyebut bahawa jualan runcit atau pemasaran produk oleh ABO adalah tidak diperlukan.
8.3.3 Mestilah tidak mempromosikan faedah potongan cukai sebagai alasan terbaik dan utama untuk menjadi ABO.
8.3.4 Mestilah tidak menyatakan bahawa perniagaan ini adalah peluang untuk “cepat kaya” yang mana kejayaan mudah dicapai dengan memerlukan sedikit atau tiada langsung dari segi usaha dan masa. Sekiranya ABO yang lain digunakan sebagai contoh kejayaan, kejayaan ABO itu mestilah boleh disahkan dan dibuktikan.
8.3.5 Mestilah tidak menggunakan mana-mana kaedah komunikasi penyiaran termasuk pengeposan besar-besaran, telepemasaran, pengiklanan nasional atau antarabangsa, radio, televisyen, khidmat faksimili, rangkaian komunikasi komputer, termasuklah Internet, atau mana-mana cara lain yang mana hubungan peribadi dengan prospek tidak wujud. Pengiklanan dibenarkan dalam konteks terhad seperti yang diterangkan dalam Standard Komunikasi Digital.
8.3.6 ABO mestilah tidak memberi gambaran yang salah tentang hubungan antara AMWAY dan mana-mana syarikat lain yang bergabung dengan AMWAY.
8.4 Tiada Wilayah Eksklusif:
ABO tidak harus memberi gambaran bahawa terdapat wilayah eksklusif ditawarkan. Gambaran sedemikian merupakan pelanggaran syarat-syarat Pemilikan ABO.
8.5 Tiada Kemestian untuk Membeli:
ABO tidak seharusnya menyuruh Prospek membeli produk dan/atau perkhidmatan dan/atau bahawa wang pendahuluan diperlukan jika ingin menyertai, dan mahupun terdapat yuran dalam bentuk kursus latihan, seminar, acara sosial atau aktiviti yang serupa bagi mendapatkan hak untuk menyertai, kecuali untuk Kit Perniagaan AMWAY. Memberikan gambaran sedemikian merupakan pelanggaran syarat-syarat Pemilikan ABO.


SEKSYEN 9 - Penggunaan Nama Dagang, Cap Dagang Dan Bahan-Bahan Berhak Cipta AMWAY

Peraturan ini telah dihasilkan untuk mengekalkan integriti harta intelek AMWAY dan untuk memastikan bahawa jenama AMWAY akan tersedia secara eksklusif untuk Perniagaan AMWAY. Selain itu, AMWAY telah melaksanakan program identiti korporat yang memerlukan penggunaan logo korporat AMWAY yang betul dan konsisten tanpa mengira di mana ia muncul. Oleh itu, pengubahan terhadap logo yang diluluskan adalah tidak dibenarkan. Apabila diminta, AMWAY akan memberi contoh logo dan spesifikasi warna yang diluluskan.

9.1 Penyalahgunaan dan Penyelewengan:
ABO tidak seharusnya menyalahgunakan cap dagang AMWAY atau harta intelek atau maklumat proprietari yang lain. Ia merupakan pelanggaran Kontrak ABO jika ABO menggunakan mana-mana cap dagang atau harta intelek atau maklumat proprietari yang dimiliki atau dilesenkan kepada AMWAY kecuali menurut terma, syarat dan prosedur yang boleh diguna pakai yang ditetapkan dalam Kontrak ABO, termasuk Peraturan dan Polisi AMWAY.
9.1.1 Setiap ABO mengakui dan bersetuju bahawa AMWAY adalah pemegang lesen cap dagang tertentu termasuk, contohnya, logo, tanda khidmat dan harta intelek dan harta perindustrian yang lain termasuk nama AMWAY, dan pelbagai cap dagang dan nama dagang dan tanda khidmat yang digunakan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan AMWAY dan pelbagai rekaan atau label.
9.1.2 ABO tidak seharusnya menggunakan, berkaitan dengan Perniagaan AMWAY atau mana-mana perniagaan lain (termasuk tetapi tidak terhad kepada, mana-mana kenderaan perniagaan, pejabat, senarai telefon, premis, atau alat tulis) dan/atau berkaitan dengan mana-mana produk, nama AMWAY, atau cap dagang, tanda khidmat atau harga intelek lain yang dimiliki atau dilesenkan kepada AMWAY tanpa persetujuan bertulis sebelumnya oleh AMWAY dan sentiasa tertakluk kepada mana-mana syarat yang dinyatakan untuk kegunaan sedemikian kecuali dinyatakan sebaliknya di sini. AMWAY berhak untuk menarik balik persetujuannya mengikut budi bicaranya yang mutlak.
9.2 Kain Rentang/Papan Tanda Tercetak untuk Mesyuarat/Acara:
Jika seseorang ABO berada pada tahap Platinum atau ke atas, dan ingin mengadakan sebuah mesyuarat atau acara di mana nama AMWAY akan dipaparkan kepada umum, mula-mula ABO mestilah mendapatkan kelulusan bertulis sebelumnya daripada AMWAY untuk penggunaan nama AMWAY yang sedemikian. (Mesyuarat awam ini boleh dihadiri oleh prospek). ABO haruslah memberi pemintaan bertulis kepada AMWAY untuk setiap mesyuarat; permintaan tersebut haruslah termasuk keterangan tentang kain rentang/papan tanda yang dikemukakan, saiznya, bahan-bahan untuk digunakan pada kain rentang/papan tanda dan lokasi.
9.2.1 ABO mestilah tidak mengeluarkan atau mendapatkan mana-mana produk bercetak daripada sebarang sumber selain daripada AMWAY yang mempunyai nama, cap dagang, logo atau nama dagang AMWAY tanpa kebenaran bertulis. Kebenaran sedemikian mestilah diperbaharui untuk setiap Acara/Mesyuarat.
9.2.2 AMWAY berhak pada sepanjang masa untuk menarik balik kebenaran untuk memaparkan nama AMWAY jika standard yang dinyatakan tidak dipenuhi, di mana AWMAY haruslah menjadi hakim mutlak.
9.3 Kad Perniagaan dan Cek Tercetak:
Dengan syarat ABO mematuhi sepenuhnya Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan semua peruntukan yang lain dalam Kontrak ABO, ABO itu boleh menggunakan nama AMWAY (tetapi bukan cap dagang, logo atau mana-mana cap dagang, nama dagang, atau tanda khidmat yang lain yang dimiliki atau dilesenkan kepada AMWAY), pada cek dan kad perniagaan bercetaknya dengan syarat nama itu digunakan dalam satu daripada cara-cara berikut tanpa sebarang perubahan:
(nama biasa) ATAU (nama biasa)
ABO Amway ABO kepada produk/perkhidmatan AMWAY
9.3.1 Pemberian kuasa untuk penggunaan nama AMWAY pada kad perniagaan/cek ABO mestilah diminta secara bertulis kepada jabatan Jualan AMWAY. Permintaan ini akan dikaji oleh AMWAY sebelum mendapat kelulusan.
9.3.2 Sebarang kelulusan bertulis untuk penggunaan nama AMWAY pada cek dan/atau kad perniagaan mestilah diperbaharui setiap tahun. ABO tidak boleh merujuk dirinya selain daripada ABO pada cek/kad perniagaannya.
9.3.3 Seseorang ABO tidak boleh mempromosikan mana-mana aktiviti lain yang tidak berkaitan dengan perniagaan AMWAY pada cek dan kad perniagaan tercetaknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada perletakan maklumat, cap dagang, nama dagang, logo atau tanda khidmat berkaitan dengan mana-mana latihan atau syarikat pendidikan, sistem atau program yang dimiliki, dikawal atau disertai oleh ABO.
9.4 Bahan Risalah Promosi, Alat Tulis, Premium, dsbnya.:
ABO tidak seharusnya mengeluarkan atau mendapatkan daripada sumber selain daripada AMWAY mana-mana barangan AMWAY yang mempunyai nama atau logo AMWAY atau sebarang cap dagang, nama dagang atau tanda khidmat yang dimiliki atau dilesenkan kepada AMWAY.


Seksyen 10 - Kematian dan Pewarisan

10.1 Kematian dan Pewarisan:
Setelah kematian seseorang ABO, kepentingan ABO dalam Pemilikan ABO boleh diserahkan kepada saudara-mara atau orang lain yang dilantik, tertakluk kepada undang-undang tentang pewarisan dan penerimaan penyerahan Pemilikan ABO oleh AMWAY menurut Seksyen 3. Oleh itu, ABO asal mestilah membuat aturan yang betul semasa hayat mereka untuk pemindahan pemilikan Pemilikan ABO mereka yang teratur dan sah kepada waris mereka. Ini adalah untuk memastikan bahawa ABO bawahan akan terus menerima khidmat, latihan dan motivasi yang betul. Sekiranya waris tidak mengambil langkah untuk mengambil alih Pemilikan ABO, Pemilikan ABO itu akan dianggap ditinggalkan atau dihentikan, waris mereka tidak akan mempunyai hak selanjutnya dalam Pemilikan ABO itu. AMWAY kemudiannya boleh bergerak ke atas dalam Barisan Penajaaan itu ke penaja seterusnya yang layak kecuali pergerakan sedemikian meningkatkan bilangan cabang 21% penaja atasan yang mana Pemilikan ABO itu haruslah dinamai sebagai wakil berkuasa.


SEKSYEN 11 - Pelanggaran Kontrak; Prosedur

11.1 Prosedur
11.1.1 Penyiasatan:
Apabila AMWAY percaya bahawa pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan AMWAY telah berlaku, akan berlaku, atau kelihatan mungkin akan berlaku, AMWAY boleh menyiasat aktiviti ABO yang menjadi isu. AMWAY boleh melakukan penyiasatan ini dengan inisiatifnya sendiri atau apabila diminta oleh ABO lain yang telah menghantar aduan bertulis seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 11.1.2.
11.1.2 Aduan oleh ABO:
Seseorang ABO yang percaya bahawa ABO lain telah melanggar Polisi Perniagaan AMWAY dan/atau Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, atau yang mempunyai pengetahuan peribadi tentang aktiviti-aktiviti yang membawa kepada pelanggaran yang didakwa, haruslah memaklumkan AMWAY secara bertulis tentang pelanggaran yang didakwa itu dan semua fakta yang berkaitan dengannya. Salinan pemakluman ini haruslah diberikan sama ada oleh ABO atau AMWAY kepada Platinum atasan ABO.
11.1.2.1 Apabila menerima notis ini, AMWAY akan memaklumkan kepada ABO yang betul tentang aduan dan meminta maklum balas serta-merta.
11.1.2.2 Jika aduan dan maklum balas tidak mengandungi fakta yang mencukupi untuk membuat keputusan, maklumat tambahan boleh diminta daripada mana-mana pihak oeh AMWAY.
11.1.2.3 Apabila AMWAY percaya bahawa ia mempunyai maklumat yang mencukupi berkenaan fakta dan keadaan yang berkaitan dengan aduan tersebut, AMWAY akan memutuskan sama ada berlaku pelanggaran Polisi Perniagaan AMWAY atau pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku yang lain dan akan mengambil tindakan yang betul menurut Seksyen 12.
11.1.3 Pemberitahuan Tindakan:
11.1.3.1 AMWAY akan menyerahkan surat keputusan kepada ABO yang melanggar undang-undang tersebut, dan juga kepada Penaja dan Platinum atasan yang pertama bagi ABO yang diberi kuasa. Surat keputusan akan menyenaraikan aduan-aduan khusus, menggariskan tindakan pembetulan yang harus diambil dan jika wajar, menetapkan had masa untuk ABO mematuhinya.
11.1.3.2 Sebarang notis haruslah:
11.1.3.2.1 Dipos, die-mel atau difaks atau dihantar dengan surat berdaftar atau kaedah lain yang dapat ditentusahkan dan dibenarkan oleh undang-undang ke alamat atau faks yang AMWAY mempunyai rekod untuk ABO. Dakwaan tentang kegagalan ABO menerima notis tidak harus melewatkan tindakan oleh AMWAY; dan
11.1.3.2.2 Jika boleh diguna pakai, nyatakan Seksyen(-seksyen) Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau peruntukan lain dalam Kontrak ABO yang dicabuli atau dilanggar oleh ABO; dan
11.1.3.2.3 Menyatakan tarikh tindakan sedemikian akan berkuat kuasa; dan
11.1.3.2.4 Jika boleh diguna pakai, nasihati ABO tentang peluangnya untuk mendapatkan Semakan Semula keputusan AMWAY oleh Panel Penilaian.
11.1.4 Panel Penilaian Antarabangsa:
Sekiranya Pemilik Perniagaan Amway (ABO) tidak bersetuju dengan tindakan/keputusan yang diambil oleh AMWAY (seperti yang dinyatakan dalam Dasar Panel Penilaian Antarabangsa), ABO berhak untuk membuat rayuan terhadap kes mereka untuk semakan Panel Penilaian Antarabangsa.
11.1.4.1 Rayuan mesti diserahkan secara bertulis dan boleh disertakan dengan dokumen-dokumen yang menyokong permintaan ini (semua dokumen mestilah disediakan dalam Bahasa Inggeris). Hanya ABO yang perniagaannya dikenakan tindakan dibenarkan untuk membuat rayuan dan mesti berbuat demikian dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh surat keputusan. Rayuan mesti dikemukakan kepada Pentadbir Rayuan sama ada melalui e-mel kepada appeal.administrator@amway.com atau melalui perkhidmatan pos kepada: Amway Corporation, Attn: Appeal Administrator, Global Business Conduct & Rules, 7575 Fulton Street East, Ada Michigan 49355 USA.


Penepian Dakwaan:
Seseorang ABO yang mengetepikan mana-mana dakwaan terhadap AMWAY akibat daripada atau berkenaan mana-mana tindakan yang AMWAY ambil di bawah Pemilikan ABO dan/atau peraturan ini. ABO yang ditamatkan, ditarik hak penajaan atau telah dikenakan tindakan lain akibat pelanggaran eraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan AMWAY, seharusnya tidak mempunyai dakwaan terhadap AMWAY akibat daripada atau berkaitan dengan penamatan atau penarikan hak penajaan.


Seksyen 12 - Pelanggaran Kontrak; Sekatan

12.1 Sekatan:
Sekiranya AMWAY mengikut budi bicaranya yang mutlak menentukan bahawa berlaku pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan AMWAY oleh seseorang ABO, AMWAY boleh mengambil satu atau lebih tindakan berikut:
12.1.1 Menamatkan Pemilikan ABO dengan memberikan notis penamatan bertulis kepada ABO di alamat tetapnya atau dengan beberapa cara lain yang sesuai atau cara elektronik atau seperti yang dibenarkan oleh undang-undang; atau
12.1.2 Mengkehendaki ABO menghadiri latihan; atau
12.1.3 Menangguhkan pemberian kuasa yang khusus di bawah Pemilikan ABO tersebut, seperti melalui contoh dan tanpa pengehadan, peluang ABO untuk Menaja, untuk membeli atau menjual produk dan perkhidmatan AMWAY, atau untuk mengendalikan aktiviti serupa yang dikaitkan dengan Perniagaan AMWAY;
12.1.4 Menyingkirkan ABO sebagai Penaja bagi mana-mana ABO bawahan yang juga dipanggil “penarikan hak penajaan” dan/atau mengehadkan kuasa ABO untuk Menaja yang lain;
12.1.5 Meminta bayaran balik Bonus AMWAY;
12.1.6 Melucutkan mana-mana kelayakan dan meminta pemulangan mana-mana objek yang menjadi bukti kelayakan sedemikian (melalui contoh dan bukan pengehadan, seperti penyemat, sijil, dsbnya); atau;
12.1.7 Meminta pengakuan bertulis tentang pelanggaran itu dan akujanji untuk tidak melanggar Kontrak ABO pada masa hadapan; atau
12.1.8 Mengambil sebarang tindakan kecuali penamatan Pemilikan ABO yang mungkin dibenarkan di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai dan wajar dalam budi bicara AMWAY yang mutlak untuk menangani pelanggaran yang khusus;
12.2 Tiada Penepian:
Kegagalan AMWAY untuk mengambil sebarang tindakan apabila mengetahui tentang pelanggaran atau kemungkinan pelanggaran tidak seharusnya menjadi penepian hak AMWAY untuk menegaskan pelanggaran sedemikian pada masa hadapan. Kegagalan ABO untuk mengambil sebarang tindakan apabila mengetahui tentang pelanggaran tidak seharusnya menjadi satu penepian sebarang hak atau remedi yang lain yang mungkin tersedia di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai.
12.3 Penggantungan:
AMWAY berhak untuk menentukan syarat-syarat khusus setiap Penggantungan berasaskan kes demi kes. Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran kontrak oleh seseorang ABO, AMWAY boleh mengambil tindakan untuk menggantung beberapa atau semua keistimewaan ABO di bawah Pemilikan ABO tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
12.3.1 Menahan Bonus untuk pembayaran wang bagi anugerah yang lebih tinggi sementara menunggu penyelesaian akhir tentang perkara itu; dan/atau
12.3.2 Menggantung pemberian kuasa untuk mengendalikan aktiviti penajaan (menaja, mesyuarat mencari ahli, sesi latihan, penyampaian di rumah, dsbnya); dan atau
12.3.3 Menggantung jemputan ke seminar, lawatan dan acara tajaan syarikat; dan/atau
12.3.4 Mengendalikan mesyuarat orientasi semula dan latihan semula; dan/atau
12.3.5 Meminta ABO memberikan rakaman penyampaian Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY mereka.
12.4 Tindakan terhadap Penamatan:
Selepas penamatan atas apa jua punca, ABO haruslah:
12.4.1 Berhenti untuk memperkenalkan dirinya sebagai ABO.


Seksyen 13 - Pelupusan Pemilikan ABO yang Ditamatkan atau yang Tidak Diperbaharui

13.1 Penghentian:
Apabila Pemilikan ABO ditamatkan atau tidak diperbaharui, Pemilikan ABO dianggap terhenti, dan penandatangan Kontrak ABO seharusnya tidak mempunyai hak-hak yang selanjutnya dalam Pemilikan ABO. AMWAY boleh Melantik atau Membubarkan Pemilikan ABO, menurut Seksyen 13.1.1 dan Seksyen 13.1.2, hak untuk mengendalikan perniagaan AMWAY dalam kedudukan bekas ABO dalam Barisan Penajaan ke ABO yang lain, atau boleh melucutkan kedudukan sedemikian dalam Barisan Penajaan, mengikut budi bicaranya yang mutlak. Dalam melaksanakan prerogatifnya di bawah ini, AMWAY boleh memilih untuk menggunakan satu daripada kaedah-kaedah berikut atau mana-mana kaedah lain yang dibenarkan mengikut undang-undang, dan boleh mengubah dan meminda melalui satu pihak Pemilikan ABO mana-mana ABO yang terjejas untuk menukar Penaja mereka dan Barisan Penajaan yang mungkin perlu untuk melaksanakan keputusan sedemikian:
13.1.1 Penjualan Pemilikan ABO: Jika AMWAY memilih untuk menjual hak bagi mengendalikan perniagaan AMWAY dalam kedudukan bekas ABO dalam Barisan Penajaan, perkara berikut akan dipatuhi:
13.1.1.1 Penjualan harus ditawarkan mengikut aturan keutamaan yang dikenakan dalam Seksyen 6.5 di atas.
13.1.1.2 Syarat-syarat penjualan akan ditetapkan dalam kontrak bertulis yang dilaksanakan antara AMWAY dan pembeli.
13.1.1.3 Pihak pembeli harus mengendalikan perniagaan AMWAY dalam kedudukan dalam Barisan Penajaan yang dipegang oleh ABO sebelumnya.
13.1.2 Pembubaran Pemilikan ABO. Jika AMWAY memilih, Penaja bekas ABO dalam Barisan Penajaan boleh menjalankan kewajipan bekas ABO dan mengambil peranan Penaja untuk semua ABO yang telah Ditaja secara perseorangan atau di peringkat Antarabangsa oleh bekas ABO.
13.2 Tiada Pengehadan terhadap AMWAY:
AMWAY, walau bagaimanapun, tidak terhad kepada mana-mana kaedah pelupusan perniagaan AMWAY di atas dan boleh melakukan mengikut budi bicara sepenuhnya tentang kaedah dan/atau tempoh pelupusan itu.

Prinsip dan Etiket Menggunakan Media Sosial

Orang suka menjalankan perniagaan dengan orang yang mereka kenali, suka dan percaya. Itu sememangnya lumrah dan kami percaya bahawa media sosial sangat mengujakan untuk industri jualan langsung dan untuk anda kerana kuasanya untuk membantu orang lain mengenali, menyukai dan mempercayai AMWAY dan ABOnya.

Media sosial boleh memberi manfaat kepada anda dan perniagaan AMWAY anda dalam beberapa cara, termasuk:

  • - berhubung semula dengan rakan-rakan, rakan sekerja dan pelanggan.
  • - mengukuhkan lagi hubungan-hubungan yang sedia ada
  • - memberikan maklumat produk dan sokongan pelanggan tepat pada masanya.
  • - memberikan inspirasi kepada orang untuk lebih mengetahui tentang peluang perniagaan


AMWAY komited menggunakan media sosial untuk meningkatkan kesedaran jenama, kecenderungan, niat membeli dan kesetiaan serta memacu pelanggan dan bakal ABO ke arah perniagaan ini. Kami mengajak anda untuk turut membuat komitmen iaitu untuk menggunakan media sosial dalam cara yang relevan, bertanggungjawab dan jujur. Untuk membantu anda melakukannya, kami telah menyediakan satu senarai prinsip dan etiket sebagai pedoman:

- Pastikan Ia Ringkas dan Positif
Orang suka menjalankan perniagaan dengan orang yang positif. Berkongsi berita baik dan berusaha untuk memberikan kegembiraan kepada orang setiap hari. Sentiasa pastikan untuk mengelakkan pertelingkahan dan perbualan negatif yang lain. Anda lebih berkemungkinan mencapai keputusan yang positif melalui usaha media sosial anda apabila anda memastikannya kekal positif.
- Cari Gabungan yang Baik
Orang tidak suka dihujani dengan mesej ‘sertai perniagaan saya’ dan ‘beli daripada saya’, mereka juga tidak suka lambakan mesej yang menerangkan butiran sulit kehidupan peribadi anda. Kekalkan keseimbangan perniagaan dan peribadi apabila menghantar mesej anda.
- Media Sosial Tidak Menggantikan Diri Anda yang Sebenar
Jangan lupa untuk bertemu dengan orang dalam kehidupan sebenar anda juga! Jangan biarkan media sosial menggantikan hubungan secara berhadapan. Kepentingan perjumpaan peribadi dan panggilan telefon iaitu interaksi satu dengan satu, secara langsung adalah tidak ternilai.
- Elakkan Spam
Menyediakan pautan ke laman web runcit peribadi anda di sidang perbincangan awam, forum atau tempat-tempat awam yang lain di Internet bukan sahaja suatu tindakan yang kurang bijak, ia juga bertentangan dengan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku AMWAY berkenaan mencari pelanggan dan pengiklanan. Ia juga melanggar terma dan syarat laman web.
- Bersikap Jujur
Bersikap jujur dan tepat sepanjang masa. Apa yang diperkatakan dalam talian biasanya kekal di sana dan boleh tersebar dengan pantas dan meluas melalui pautan atau penyalinan. Memperdaya orang lain atau membuat dakwaan palsu membahayakan reputasi anda dan AMWAY. Jika anda merancang untuk bercakap tentang perniagaan anda, bersikap terbuka tentang hakikat bahawa ia adalah perniagaan AMWAY.
- Relevan dan Boleh Dipercayai
Jika anda mahu menjadi sumber maklumat yang dipercayai tentang topik bagi membantu membina perniagaan anda, gabungkan komen peribadi anda dengan kisah yang disertakan dengan nasihat, petua atau artikel yang bermakna yang orang lain akan beri perhatian. Pastikan untuk memberikan nasihat yang ringkas, bernas dan tepat yang membantu anda mengukuhkan kredibiliti anda dan memperoleh kepercayaan pembaca anda.
- Bersikap Menghormati
Sentiasa ingat bahawa orang lain dalam talian adalah bebas untuk bercakap perkara yang benar kerana mereka telah mengalaminya. Cara terbaik untuk menukar persepsi seseorang ialah melalui tindakan, bukannya kata-kata. Tunjukkan kepada mereka bahawa ABO AMWAY adalah rakan, jiran dan ahli komuniti mereka melalui tindakan anda.
- Patuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku AMWAY
Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dicipta untuk membantu anda mewakili perniagaan anda dan AMWAY, dalam gambaran yang sebaik mungkin. Pastikan anda menyedari dan mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku untuk mendapatkan manfaat yang terbaik daripada usaha pemasaran dalam talian anda.

Berpegang terguh pada yang berikut akan membantu memastikan anda mematuhi Peraturan:
Imej dan Logo Jenama
Mengguna logo AMWAY atau imej produk dalam kehadiran media sosial anda adalah tidak dibenarkan tanpa kebenaran daripada syarikat.
Menamakan Laman Anda: Pengunaan Cap Dagang dan Nama Dagang
AMWAY tidak akan membenarkan penggunaan cap dagang dan nama dagangnya sebagai nama profil atau nama laman. Guna nama anda sendiri kerana orang lebih mengenali anda berbanding nama yang anda cipta.
Mencari Pelanggan atau ABO

Mencari pelanggan atau ABO dibenarkan hanya dalam persekitaran yang tertutup (iaitu hanya rakan atau pengikut anda boleh melihat mesej anda) dan tidak dibenarkan di tempat terbuka atau forum awam.

Tetapan Privasi
Banyak tapak media sosial membenarkan anda menguruskan tetapan privasi anda untuk mengawal siapa yang boleh melihat foto, profil dan pengemaskinian anda serta siapa yang boleh mengikuti anda. AMWAY mengesyorkan anda menguruskan tetapan privasi anda agar hanya rakan, keluarga dan rakan sekerja anda sahaja boleh melihat pengemaskinian anda. Apabila menyertai forum terbuka di mana tetapan privasi tidak disediakan atau digunakan, mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku akan membantu melindungi reputasi AMWAY dan anda.
Dakwaan Perniagaan dan Produk
Dakwaan perniagaan dan produk mestilah tepat dan berasas. Adalah disyorkan bahawa hanya maklumat perniagaan dan produk yang diberikan oleh AMWAY digunakan. Kekal dengan fakta yang anda BOLEH katakan, bukan melampaui peraturan yang boleh menjejaskan perniagaan anda dan AMWAY sebagai syarikat.
Video
Sebarang video yang dihasilkan oleh orang atau entiti selain AMWAY mesti disemak dan disahkan oleh AMWAY sebelum digunakan untuk perniagaan AMWAY anda dalam persekitaran media sosial.
- Mendapatkan Pelanggan
Adalah penting untuk menawarkan produk AMWAY dalam cara yang betul. Anda seharusnya tidak menawarkan produk sebagai pengemaskinian status umum. Mendapatkan pelanggan mesti dilakukan dalam persekitaran yang tertutup untuk memastikan pematuhan peraturan pengiklanan AMWAY. Jika seseorang di media sosial bertanyakan bagaimana untuk membeli produk, hantarkan beliau mesej langsung agar anda boleh membuat susulan secara berkesan.
- Mendapatkan ABO
Peluang Perniagaan AMWAY boleh membuat perbezaan dalam kehidupan insan. Tetapi apabila anda berkongsi dalam talian, adalah penting untuk berbuat demikian dengan cara yang betul agar tidak menyisih orang hubungan anda. Di sini ada beberapa petua untuk diingati sewaktu mencari prospek dalam talian:
1. Apabila anda bercakap tentang peluang perniagaan secara umum dalam talian, cari cara-cara untuk berkongsi tanpa menekankan hasrat menjual. Ingatlah, gambaran yang salah tentang pendapatan dan ganjaran adalah tidak dibenarkan. Elakkan mesej seperti “Perlukan wang tambahan? Anda boleh memperoleh RM5000 seminggu atau lebih dengan AMWAY. Izinkan saya menunjukkan anda satu sistem yang berkesan!”
2. Harus diingat bahawa ini adalah media ‘sosial’, dan orang tidak akan suka dihujani dengan mesej ‘sertai perniagaan ini’ sebagai pengemaskinian status anda.
3. Jika anda memilih untuk mendapatkan peluang perniagaan, ini mesti dilakukan dalam persekitaran yang tertutup, bermakna mereka yang boleh melihat mesej anda adalah rakan atau pengikut anda sahaja.
4. Jika seseorang bertanya tentang perniagaan anda di jaringan sosial, dan sesiapa sahaja boleh melihat konteks di mana anda membuat komen anda, anda boleh memberikan respons terhadap soalan tentang perniagaan anda jika anda berada dalam persekitaran yang tertutup.
5. Sesetengah tapak tidak selalu membenarkan orang untuk melihat konteks perbualan sepenuhnya. Dalam hal ini, adalah lebih baik anda menghantar mesej langsung atau e-mel kepada orang yang telah bertanyakan tentang perniagaan anda yang hanya orang itu sahaja boleh lihat. (Ini membantu melindungi anda daripada dianggap sebagai ‘spammer’ oleh mereka yang tidak memahami konteks mesej anda.)

Kami di Facebook!

AMWAY Malaysia secara rasmi berada di Facebook mulai23 September 2011

Anda kini boleh mengetahui berita terkini tentang AMWAY juga perkembangan, fakta menyeronokkan dan banyak petua produk. Jadilah peminat kami hari ini! ‘Like’ kami di Facebook.

Facebook hari ini adalah alat yang penting agar anda sentiasa berhubung dengan rakan dan prospek anda. Kami harap dengan penyertaan AMWAY Malaysia di Facebook, ia boleh menjadi satu saluran baru yang bergaya untuk anda mengembangkan perniagaan anda.

Kami mengalu-alukan semua komen dan maklum balas tetapi harap maklum bahawa halaman Facebook kami dibuka kepada semua dan dapat dilihat oleh dunia. Jadi berkongsilah komen dan maklum balas yang positif kerana anda adalah wakil AMWAY dan semua jenamanya.

Jumpa anda di FB!

Polisi Bahan Sokongan Perniagaan BSM

ATURAN & PERATURAN

Untuk kestabilan dan keuntungan jangka panjang perniagaan Amway anda, kami gembira mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 April 2003, Amway melaksanakan Polisi Bahan Sokongan Perniagaan (BSM). Kami menggesa semua Pemilik Perniagaan Amway (ABO) memahami dan mematuhi maksud yang tersurat dan tersirat dalam polisi selain g Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway.

POLISI BAHAN SOKONGAN PERNIAGAAN (BSM)/ACARA

Polisi Asas

Asas perniagaan AMWAY dan ABOnya ialah untuk menjual produk dan perkhidmatan serta memberi peluang perniagaan yang sah. Dalam membina perniagaan ini, AMWAY menyedari bahawa Bahan Sokongan Perniagaan (BSM) dan Acara yang bertanggungjawab dan sesuai boleh membantu untuk memberi latihan dan motivasi yang bernilai. Walau bagaimanapun, BSM dan Acara, kecuali diurus dengan betul, boleh menjadi punca kontroversi dan mempunyai kesan negatif terhadap reputasi AMWAY sebagai warga korporat yang dihormati.

Perniagaan AMWAY di Malaysia adalah berlesen di bawah Akta Jualan Langsung 1993. AMWAY mesti mematuhi undang-undang serta syarat-syarat yang dinyatakan dalam Lesen Jualan Langsung kita. ABO diberi kebenaran oleh AMWAY untuk beroperasi di bawah payung Lesen Jualan Langsung yang dikeluarkan kepada AMWAY. Perniagaan ABO adalah sangat berkait dan berjalin dengan AMWAY Malaysia. Oleh itu, pembabitan dalam sebarang aktiviti yang tidak terkawal dan tidak dilaraskan oleh ABO mungkin menjejaskan dan boleh mendedahkan lesen AMWAY terhadap risiko. Sebarang bentuk ganjaran atau faedah yang dibuat untuk jualan dan promosi BSM/Acara ini boleh menjadikan Pihak Berkuasa menganggap bahawa penghasilan, penyebaran, jualan dan promosi BSM/Acara ini adalah suatu bentuk perniagaan jualan langsung yang tidak berlesen yang dikendalikan oleh individu, kumpulan ABO atau syarikat gabungan pihak ketiga. Ini adalah risiko yang serius kerana AMWAY mungkin dilihat sebagai terlibat secara langsung. AMWAY mungkin dilihat sebagai menggalakkan, membantu dan bersubahat dengan BSM sedemikian. Membantu dan bersubahat dengan pelanggaran peruntukan jenayah seperti yang terkandung dalam Akta Jualan Langsung 1993 adalah satu kesalahan jenayah. Selain kemungkinan terdedah kepada jenayah, lesen AMWAY dan juga reputasi baiknya yang dibina selama bertahun-tahun berada dalam risiko.

Berdasarkan perkara yang disebut di atas, maka polisi BSM/Acara adalah perlu untuk melindungi kestabilan AMWAY dan ABOnya dalam jangka masa panjang juga mengekal dan memelihara reputasi cemerlang AMWAY dan ABOnya sebagai pengendali perniagaan yang bertanggungjawab. Oleh yang demikian, BSM/Acara akan dibenarkan di bawah garis panduan AMWAY.


Definisi Bahan Sokongan Perniagaan (BSM)

Bagi tujuan Polisi ini, Bahan Sokongan Perniagaan (BSM) bermakna produk dan perkhidmatan yang bertujuan untuk menyokong dan membantu pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan AMWAY serta Peluang Perniagaan AMWAY. Ia termasuk tetapi tidak terhad pada:

  • Buku, majalah, katalog, surat khabar, surat berita atau sebarang bentuk bahan yang dicetak.
  • Pita, CD, Wav, MP3 atau atau sebarang bahan berbentuk audio yang lain.
  • Kaset video, VCD, DVD atau sebarang bahan berbentuk visual yang lain.
  • Tapak web, laman web, borang Arahan Tersedia atau sebarang bahan multimedia yang lain.


Pernyataan Keperluan

Standard-standard umum yang berikut akan dikenakan:

1. Semua penjualan dan pembelian BSM (termasuk tiket acara) mestilah hanya secara sukarela. Tiada tekanan atau paksaan jualan atau sebagainya yang mungkin diguna untuk memaksa atau meyakinkan ABO untuk membeli atau menjual BSM. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, ABO tidak akan ditawarkan atau ABO tidak boleh dibebani atau dipaksa membeli BSM yang terdiri daripada yang mana boleh merangkumi tetapi tidak terhad pada satu siri BSM, perkhidmatan atau produk atau sebarang kombinasi iaitu mana-mana yang dibungkus, dimasukkan, digabungkan dengan atau ditambah oleh pihak ketiga ke dalam mana-mana BSM. ABO mungkin tidak ditawarkan BSM yang dibungkus bersama dengan produk dan/atau perkhidmatan. Mesti terdapat pernyataan bertulis yang diberi kepada setiap ABO yang dibuat dalam bentuk yang memuaskan pihak AMWAY, yang menunjukkan bahawa pembelian BSM adalah secara sukarela dan sekiranya atas sebarang alasan ABO tidak berpuas hati, beliau boleh menerima bayaran balik penuh.
2. Seseorang ABO tidak boleh diletakkan dalam kedudukan yang merugikan oleh mana-mana ABO atasan atau ABO bawahan akibat daripada tidak menjual dan/atau membeli BSM.
3. ABO tidak seharusnya menerima sebarang pampasan, insentif atau faedah untuk jualan BSM.
4. ABO boleh menjual BSM hanya pada harga kos dan harganya mestilah dinyatakan dengan jelas. Tidak seharusnya ada pengambilan untung daripada jualan mana-mana BSM. ABO sentiasa boleh memberi BSM secara percuma. Oleh itu harga BSM mestilah mematuhi ini tetapi tidak melebihi harga berikut yang dinyatakan di bawah:
a) Pita atau kaset – RM6.00 / B$5.00 setiap unit.
b) CD atau VCD – RM10.00 / B$8.00 setiap cakera.
c) DVD – RM16.00 / B$13.00 setiap cakera.
d) Buku – harga runcit yang disyorkan.
e) Mesyuarat mingguan – RM10.00 / B$8.00 setiap hari setiap orang.
f) Rali/Seminar (6 jam atau kurang) – RM45.00 /B$33.00 setiap hari setiap orang.
g) Seminar (lebih daripada 6 jam) – RM90.00 / B$66.00 setiap hari setiap orang (tidak termasuk makanan dan penginapan dengan harga kos).
Perhatian: Polisi harga di atas adalah tertakluk pada semakan semula atau pindaan yang dianggap sesuai oleh AMWAY Malaysia.
5. Kandungan BSM mestilah benar dan adil serta tidak mengandungi sebarang dakwaan pendapatan, dakwaan produk atau unsur-unsur agama dan politik. Pihak Syarikat berhak menyemak semula sebarang BSM yang ditawarkan oleh ABO untuk jualan (atau percuma) bagi memastikan ia mematuhi Polisi ini.
6. ABO tidak boleh menerima sebarang faedah daripada pihak ketiga yang menghasilkan BSM/Acara.
7. Tiada tanda niaga AMWAY, nama dagang atau logo yang boleh diguna pada sebarang BSM, termasuk BSM pihak ketiga, tanpa kebenaran AMWAY secara bertulis sebelum itu.
8. ABO tidak boleh mempromosi atau menjual tiket acara/BSM yang ditawarkan oleh pihak ketiga yang gagal mematuhi Polisi ini dan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku AMWAY.


Acara, Rali dan Mesyuarat

Berhubung dengan acara, rali dan mesyuarat (‘acara’), selain standard-standard yang dinyatakan sebelum ini, standard-standard tambahan berikut dikenakan.

1.
a) ABO yang merancang atau bercadang untuk mengadakan satu acara atau mengupah pihak lain untuk menganjurkan acara tersebut sebelum ia dipromosikan kepada organisasi ABO mestilah memberitahu AMWAY Malaysia sekurang-kurangnya 3 minggu lebih awal dengan melengkapkan dan menyerahkan borang pemberitahuan acara yang standard ke AMWAY Malaysia.

Klik di sini untuk memuat turun Borang Pemberitahuan Acara
b) ABO yang membuat penyampaian, menganjurkan dan atau mempromosikan acara-acara harus mematuhi dan di mana penyampai dijemput untuk berucap, berikan senaskhah “Peraturan-peraturan yang Menentukan Kandungan Penyampaian di Mesyuarat yang Direka untuk Menyokong Perniagaan AMWAY (Peraturan-peraturan Penyampaian)” kepada semua penyampai dan harus memastikan bahawa semua penyampai mematuhi perkara yang sama.
2. Keuntungan tidak boleh dikutip daripada jualan tiket untuk acara-acara ini.
3. Selepas penutupan acara, satu ringkasan akaun yang mengesahkan tiada keuntungan yang dikutip mesti diserahkan kepada AMWAY apabila diminta.
4. Sekiranya AMWAY tidak boleh mengenal pasti ABO yang bertanggungjawab terhadap mesyuarat, semua Intan dalam Barisan Penajaan akan dipertanggungjawabkan.
5. Kos seperti bayaran bagi sehari dan perbelanjaan perjalanan yang dibayar kepada penceramah jemputan haruslah mematuhi garis panduan AMWAY yang telah diterbitkan.
6. Membekal tiket/pas ke acara yang dianjurkan oleh ABO kepada kumpulan Pemilikan ABO yang lain adalah dilarang sama sekali. Pemimpin harus memastikan promosi acara, jika ada, mestilah di kalangan organisasi mereka sendiri sahaja dan promosi acara kepada kumpulan lain adalah tidak dibenarkan kecuali dengan persetujuan bertulis daripada Intan atasan.
7. Persetujuan Intan atasan adalah diperlukan untuk mana-mana Platinum yang ingin mempromosikannya ke kumpulan lain.
8. Meminta atau memujuk mana-mana ABO dari kumpulan lain untuk mempromosikannya adalah tidak dibenarkan.
9. Identiti organisasi di Mesyuarat Tajaan AMWAY, penerbitan eNEWSGRAM dan AMAGRAM adalah tidak dibenarkan.


Peraturan Penyampaian

Peraturan-peraturan yang Menentukan Kandungan Penyampaian di Mesyuarat yang Direka untuk Menyokong Perniagaan AMWAY.

Untuk melindungi reputasi ABO dan AMWAY juga untuk mengelakkan komen, kenyataan dan pernyataan yang tidak diingini dan tidak sesuai dibuat sewaktu penyampaian yang mana boleh menimbulkan isu, ketidakharmonian dan mendedahkan AMWAY kepada penelitian yang tidak perlu dan tidak wajar, Peraturan-peraturan Penyampaian yang berikut perlu dipatuhi di semua acara yang berkait dengan perniagaan AMWAY.

Kandungan penyampaian mestilah merangkumi atau menyokong promosi penjualan produk dan perkhidmatan AMWAY, dan mestilah hanya mematuhi yang berikut:

1. ABO tidak harus:
a) Membesar-besarkan gambaran pendapatan dengan mengaitkannya atau menggabungkannya dengan pendapatan lain dan mengatakan bahawa ia adalah hasil daripada membina perniagaan AMWAY.
b) Menggantikan identiti kumpulan atau organisasi bukan AMWAY dengan perniagaan AMWAY. Perniagaan AMWAY mestilah sentiasa diperkenalkan kepada peserta dengan jelas tanpa sebarang kesamaran sewaktu penyampaian berlangsung.
c) Menyokong, membayangkan atau memberi tanggapan bahawa kejayaan boleh dicapai dengan mempromosikan penggunaan peribadi tanpa keperluan untuk menjual atau mempromosikan penggunaan produk dan/atau dakwaan yang tidak sesuai.
d) Mempromosikan Barisan Penajaan, penggabungan atau kumpulan seseorang dalam apa jua cara yang akan menimbulkan atau kemungkinan menimbulkan kemarahan atau menjejaskan orang lain.
e) Menyalahgambarkan sama ada secara langsung atau tidak langsung dan dengan apa jua cara hubungan ABO dengan AMWAY, sebagai contoh, mengatakan atau membayangkan bahawa AMWAY ‘hanyalah pembekal’, atau bahawa ABO mewakili peluang perniagaan di mana ‘AMWAY adalah sebahagian’, atau bahawa ABO menyediakan sokongan pentadbiran kepada AMWAY, dll.
f) Mempromosikan mana-mana peluang perniagaan selain Perniagaan AMWAY atau mendapatkan mana-mana peserta untuk menghadiri mesyuarat bagi tujuan menyampaikan peluang perniagaan yang lain pada sebarang tarikh akan datang.
g) Mengguna pentas sebagai platform untuk mempromosikan atau menyokong kepercayaan agama, politik dan/atau sosial yang bersifat peribadi.
2. Pandangan peribadi terhadap yang berikut adalah tidak sesuai:
a) Pilihan berkenaan pandangan politik, parti, calon tertentu atau pegawai yang dilantik.
b) Isu-isu sosial dan budaya.
3. Perbincangan dari peringkat perniagaan mestilah hanya berkait dengan etika dan sikap positif yang akan membantu dan menggalakkan produk, khidmat dan perniagaan ABO dan AMWAY.
4. Penyertaan dalam BSM/Acara mestilah sentiasa diletakkan sebagai aspek pilihan dalam menyokong pembinaan perniagaan AMWAY.
5. Penyertaan dalam BSM/Acara mestilah sentiasa diletakkan sebagai aspek pilihan dalam menyokong pembinaan perniagaan AMWAY.


Akibat Ketidakpatuhan

Jika seseorang ABO melanggar Polisi BSM/Acara, satu surat bertulis meminta ABO berhenti dalam suatu tempoh masa akan dikeluarkan.
Mereka yang gagal mematuhi atau sesiapa yang tidak mengendahkan langsung polisi tersebut seperti yang dibuktikan dengan pelanggaran yang berulang kali mungkin dikenakan satu atau lebih tindakan seperti berikut:
a) Penyingkiran daripada semua anugerah/ganjaran GIP.
b) Tiada jemputan ke lawatan anugerah.
c) Penggantungan aktiviti perniagaan (termasuk bonus ditahan).
d) Niat untuk Meneruskan Pemilikan ABO merangkap Langganan AMAGRAM (ITCCAS) tidak diterima.
e) Penamatan Pemilikan ABO.


Pindaan Polisi

Polisi ini akan disemak dan mungkin dipinda dari semasa ke semasa untuk sentiasa memastikan usaha-usaha terbaik AMWAY Malaysia agar tetap mematuhi Akta Jualan Langsung dan syarat-syarat yang dikenakan ke atas Pembaharuan Lesen kami dan untuk memenuhi keperluan AMWAY Malaysia dan organisasi ABOnya yang pelbagai dan berubah-ubah.

Polisi ini tidak menjejaskan dan tidak mengurangkan peruntukan-peruntukan lain atau Peraturan-peraturan yang terkandung dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku AMWAY.

Keterangan tentang Bahan-bahan Sokongan Perniagaan (BSM) yang dijelaskan dalam Peraturan ini harus sama-sama diguna pakai dengan Peraturan sebelum ini.

Exporting/Importing of Produks

Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway diwujudkan untuk mendukung standard tingkah laku yang perlu bagi menyokong dan memelihara faedah-faedah Pelan Penjualan & Pemasaran Amway secara sama rata kepada semua Pemilik Perniagaan Amway (ABO).

1. Mengapakah mengeksport/mengimport dan menjual produk Amway dari Malaysia ke negara-negara lain atau sebaliknya dilarang?
Larangan ini adalah penting atas sebab-sebab berikut:
a) Untuk memberikan peluang perniagaan yang adil kepada semua ABO Amway dan mendukung perdagangan yang adil dalam perniagaan ini.
b) Untuk melindungi perniagaan dan reputasi Amway.
c) Tindakan sedemikian boleh menyebabkan peragaan produk di kedai runcit, yang melanggar Seksyen 4.3, yang boleh membawa akibat yang serius terhadap ABO yang melanggar peraturan ini.
d) Sekatan oleh peraturan mengenai pembungkusan, pelabelan, kandungan bahan dan perumusan.
e) Duti kastam dan eksais dan undang-undang lain yang berkaitan.
f) Liabiliti produk.
g) Perlindungan nama dagang dan tanda dagang.
h) Keperluan pendaftaran produk untuk menjual semula secara sah produk di negara ini.
i) Kandungan bahan maklumat atau keperluan bahasa.
2. Bolehkah saya menghantar, membekal atau menjual produk Amway yang dibeli di Malaysia ke Brunei dan Singapura memandangkan kesemuanya beroperasi sebagai Barisan Penajaan tunggal?
Menjual produk Amway di negara-negara tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung, merupakan aktiviti merentas sempadan yang dilarang sama sekali, dan melanggar Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway. Oleh itu, semua ABO Amway hanya boleh memesan dan membekal/menjual produk di negara di mana mereka sedang beroperasi.
3. Apakah yang perlu saya lakukan jika pelanggan saya mahu membeli produk tertentu secara pukal?
Anda dinasihatkan agar berwaspada dan mengambil tahu tentang aktiviti peruncitan pelanggan dan juga ABO bawahan anda kerana ketidakpatuhan boleh mengaitkan dan memberi kesan kepada anda.
4. Di manakah saya boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peraturan ini?
Sila rujuk Seksyen 4.3 dan Seksyen 4.16 Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway dalam Manual Perniagaan Amway, halaman 33 dan 34. Kami memohon kerjasama anda untuk melaporkan sebarang insiden tersebut melalui e-mel kepada MyHelpDesk@amway.com, dan untuk memberikan bukti salah laku tersebut kepada Syarikat.

"Organisasi bertaraf dunia mendapat kekuatannya, kestabilannya, semangatnya dan kejayaannya melalui nilai-nilai yang diamalkannya."
Rich DeVos,

Pengasas Bersama Amway

Polisi Aktiviti Pemilik Perniagaan Amway Tanpa Kebenaran Di Pasaran Belum Dibuka

POLISI TOLERANSI SIFAR BERHUBUNG AKTIVITI ABO TANPA KEBENARAN DALAM PASARAN BELUM DIBUKA

PENTING! Pemilik perniagaan AMWAY (ABO) yang menimbang untuk mengembangkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa tidak boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan di pasaran belum dibuka oleh Amway. Penalti untuk aktiviti yang tidak dibenarkan serius boleh menjejaskan perniagaan semasa dan masa depan anda.


Peraturan 3.16 Toleransi Sifar menyatakan bahawa:
Ia merupakan pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku AMWAY atau Polisi Perniagaan AMWAY apabila seseorang ABO mengendalikan aktiviti-aktiviti ABO di pasaran di mana beliau tidak dibenarkan untuk mengendalikan perniagaan. Ia merupakan pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan AMWAY untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti ABO di pasaran di mana AMWAY tidak menjalankan perniagaan. Aktiviti yang tidak sah sedemikian boleh menyebabkan penggantungan serta-merta hak-hak ABO tanpa menjejaskan sebarang hak dan remedi yang sebaliknya tersedia.


Amway pada masa ini dibuka di negara dan wilayah berikut.
Anguilla, Antigua, Argentina, Aruba, Australia, Austria, Azores, Bahama Islands, Barbados, Barbuda, Belgium, Bermuda, Bonaire, Botswana, Brazil, British Virgin Islands (includes Virgin Gorda, Tortola, Anegada, Jost Van Dyke, Peter Island), Brunei, Bulgaria, Caicos Islands, Canada, Cayman Islands (Grand Cayman, Cayman Brac, Little Cayman), Ceuta, Channel Islands (Guensey & Jersey), Chatham Islands, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Croatia, Curacao, Czech Republic, Denmark, Dominica, Dominican Republic, El Salvador, England, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Grenada, Grenadines, Guadeloupe, Guatemala, Guernsey, Guyana, Haiti, Hebrides Islands, Honduras, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Ireland, Islas Baleares (Balearic Islands), Islas Canarias (Canary Islands), Isle of Man, Isle of Wight, Italy, Jamaica, Japan, Kazakhstan, Latvia, Lithuania, Macau, Madeira Islands, Malaysia, Martinique, Melilla, Mexico, Montserrat, Namibia, Netherlands, Nevis, New Zealand, Norway, Panama, Philippines, Poland, Portugal, Puerto Rico, Reunion, Romania, Russia, Saba, Shetland Islands, Singapore, Slovak Republic, Slovenia, South Africa, South Korea, Spain, St. Eustatius, St. Kitts (f.k.a. St. Christopher), St. Lucia, St. Maarten, St. Vincent, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Tobago, Tortola, Trinidad, Turkey, Turks Island, Ukraine, United Kingdom (Northern Ireland, Scotland, Wales), United States, Uruguay, U.S. Virgin Islands, Venezuela, Vietnam.

Di bawah Polisi Toleransi Sifar, mengenai Amway yang pada masa ini dibuka di negara dan wilayah berikut. Sila rujuk senarai dari pautan ini: http://globalnews.amway.com/amway-profile

*Jualan langsung kini tidak dibenarkan di China. Sejak tahun 1998, Amway China telah beroperasi di bawah lesen khas yang membenarkan jualan melalui kedai-kedai dengan jurujual.


ABO digalakkan untuk menghubungi Amway bagi memastikan bahawa mereka mempunyai maklumat terkini mengenai prosedur bagi penajaan antarabangsa. Selain itu, ABO perlu menyedari dan mendukung undang-undang dan peraturan setiap pasaran, serta memahami dan peka terhadap adat resam sosial dan budaya.

NOTIS

AMWAY TELAH MENERIMA PAKAI POLISI TOLERANSI SIFAR YANG MELARANG SEBARANG AKTIVITI ABO DI
PASARAN YANG BELUM DIBUKA SECARA RASMI OLEH AMWAY


Amway mentakrifkan "aktiviti ABO" sebagai sebarang aktiviti yang direka untuk mempromosikan atau membina perniagaan Amway. Semua ABO dilarang daripada melawat negara pasaran baru bagi tujuan menarik minat satu atau lebih bakal ABO ke dalam perniagaan Amway. Amway tidak membenarkan mesyuarat diadakan (walaupun mesyuarat satu dengan satu) di mana-mana negara sebelum pengumuman tarikh pelancaran dan pelan pelancaran.

Pencarian prosek melalui laman web yang ditujukan kepada pasaran belum dibuka juga dianggap sebagai aktiviti ABO yang tidak wajar.

Ia adalah sangat tidak wajar dan melanggar "maksud tersirat" peraturan ini untuk melatih bukan ABO tentang Peluang Amway dan kemudian menggalakkan bakal ABO itu untuk kembali ke negara asalnya bagi tujuan menjana minat lebih awal.

Sekiranya Amway secara rasminya melancarkan pasaran baru, Amway akan mengumumkan pembukaan pasaran melalui komunikasi korporat rasmi. Komunikasi tersebut akan mengumumkan tarikh pelancaran, menunjukkan bentuk aktiviti pra-pelancaran yang dibenarkan dan maklumat lain yang penting untuk penyertaan ABO yang berjaya. Jika Amway belum membuka pasaran secara rasmi, tiada sebarang aktiviti ABO dibenarkan berhubung pasaran itu.

Sebarang sebutan di media berkenaan usaha perhubungan awam Amway atau notis undang-undang yang Amway perlu failkan di pasaran baru tidak boleh ditafsirkan sebagai pengumuman rasmi mengenai niat Amway untuk membuka pasaran baru.


AKTIVITI TIDAK DIBENARKAN PADA BILA-BILA MASA

Amway telah menerima pakai Polisi Toleransi Sifar untuk aktiviti yang tidak dibenarkan di pasaran belum dibuka. Di bawah adalah senarai tingkah laku/aktiviti yang akan tertakluk kepada Polisi Toleransi Sifar tidak kira sama ada aktiviti itu berlaku di pasaran yang belum dibuka atau di pasaran yang telah dilancarkan secara rasmi oleh Amway. Pihak perbadanan berhak untuk mengambil tindakan segera dan atau menolak penerimaan Permohonan di pasaran baru atau mengenakan sekatan yang lain ke atas mana-mana ABO sebaik sahaja ia menerima aduan yang disahkan.

1. ABO tidak boleh memancing ABO lain dari luar Barisan Penajaan atau Kumpulan Perseorangan mereka untuk mendaftar di bawah atau menyediakan prospek di pasaran baru. Berbuat demikian merupakan pelanggaran kontrak secara langsung antara Amway dan ABO, dan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Prinsip Dagangan yang diguna pakai di pasaran ABO. Amway menggalakkan ABO untuk mengikuti barisan penajaan asal mereka apabila memohon untuk mendapatkan kebenaran di pasaran baru.
2. Pengimportan, penggunaan, atau penjualan mana-mana bahan maklumat, pita atau Bahan Sokongan Perniagaan lain yang dihasilkan secara persendirian (termasuk penggunaan laman web, e-mel dan iklan atau komunikasi secara elektronik yang lain ) berhubung dengan perniagaan Amway yang tidak dikaji semula sebelum ini oleh Amway untuk digunakan dalam satu/setiap pasaran tertentu adalah tidak dibenarkan. Kebenaran dalam satu pasaran bukan secara automatik dianggap sebagai kebenaran untuk digunakan dalam SEMUA dan terutamanya pasaran baru atau belum dibuka.
3. Pengimportan sebarang produk Amway ke dalam pasaran bagi apa-apa sebab termasuk jualan, demonstrasi, atau paparan adalah dilarang. Pengimportan produk dan bahan-bahan promosi tanpa lesen import, pendaftaran, dan pelabelan yang betul boleh menyabitkan ABO yang melanggar dan Amway dengan denda yang berat, hukuman penjara, dan perampasan bahan dan produk, dan menjejaskan reputasi dan nama baik yang berkaitan dengan tanda dagangan dan jenama Amway. Ia juga boleh menjejaskan secara serius keupayaan Amway untuk membuka pasaran pada masa akan datang, atau untuk menawarkan rangkaian penuh produk.
4. Mengiklankan untuk mendapatkan bakal ABO di pasaran baru dalam mana-mana format adalah dilarang di kedua-dua pasaran baru dan pasaran tempatan ABO. Ini termasuk risalah, papan buletin, penyalahgunaan kad perniagaan, penerbitan jadual mesyuarat dan mencari liputan media. ABO tidak boleh mengambil bahagian dalam "pencarian prospek secara membuta tuli" dengan menggunakan buku telefon, senarai keahlian persatuan profesional, dan lain-lain. Dalam apa jua keadaan, ABO tidak boleh menggunakan kaedah komunikasi massa seperti spam (e-mel yang tidak diminta), saluran niaga dagang televisyen atau rangkaian komputer untuk mengiklankan peluang Amway.
5. ABO tidak boleh menyatakan mahupun membayangkan bahawa mereka adalah kakitangan atau wakil Amway Corporation atau mana-mana syarikat gabungannya, dan mereka juga tidak boleh mengatakan bahawa mereka adalah wakil eksklusif Amway di mana-mana negara tertentu.
6. Tiada "pra-permohonan" yang dikeluarkan oleh ABO atau mana-mana dokumen yang serupa yang didapati meminta bakal ABO menyertai barisan penajaan tertentu dibenarkan. "Borang Pendahuluan Diri", yang digunakan hanya untuk kegunaan dalaman ABO untuk mengumpul maklumat mengenai bakal ABO, mestilah TIDAK digunakan sebagai "pra-permohonan" dan tidak mengikat secara sah. Borang pendahuluan diri itu tidak perlu ditandatangani oleh bakal ABO dan salinan tidak boleh ditinggalkan dengan prospek. Borang pendahuluan diri dan penggunaannya mestilah tidak sesekali meminta atau mewajibkan prospek dalam apa jua cara.
7. Bakal ABO yang menjadi pemastautin pasaran bukan Amway tidak harus dijemput ke sebarang majlis yang ditaja oleh ABO atau syarikat yang dianjurkan sama ada di pasaran Amway atau bukan Amway.
8. Menunjukkan Pelan Penjualan Amway, mengimport, menjual produk yang Amway hasilkan, atau edarkan di pasaran yang belum dibuka adalah tidak dibenarkan.


PENALTI UNTUK AKTIVITI TANPA KEBENARAN DI PASARAN BUKAN AMWAY

PENALTI BOLEH TERMASUK SEBARANG TINDAKAN YANG DIFIKIRKAN WAJAR OLEH AMWAY. TINDAKAN PEMBETULAN BOLEH TERDIRI DARIPADA MENDIDIK SEMULA KUMPULAN YANG BERSALAH DAN/ATAU, MENOLAK PENERIMAAN/ PEMPROSESAN PERMOHONAN DI PASARAN BARU, DAN/ATAU PENGGANTUNGAN HINGGA KE PENAMATAN PERNIAGAAN PELANGGAR. TINDAKAN PEMBETULAN MUNGKIN MEMBERI KESAN NEGATIF TERHADAP BONUS TAHUNAN PELANGGAR, ANUGERAH PENGIKTIRAFAN DAN GANJARAN LAIN SEPERTI GIP, ANUGERAH BUKAN WANG TUNAI DAN FAA.

1. Aduan mengenai aktiviti yang tidak wajar hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada kakitangan Jabatan Jualan yang berkenaan (Tatacara & Peraturan Perniagaan dan Hubungan Perniagaan ABO) untuk semakan dan pengendalian berdasarkan kes demi kes. Amway boleh, mengikut budi bicaranya, membuat susulan ke atas sebarang aktiviti yang dilaporkan untuk membuat penentuan akan ketepatan dan kelangsungannya.
2. Penalti boleh termasuk sebarang tindakan yang difikirkan sesuai oleh Amway sehingga dan termasuk menolak permohonan untuk pasaran baru, penggantungan atau penamatan. Amway boleh mengenakan sekatan ke atas ganjaran dan pengiktirafan yang diperoleh daripada aktiviti yang tidak dibenarkan di pasaran yang belum dibuka dan boleh melarang ABO yang bersalah daripada memasuki pasaran baru.
3. Sekiranya berlaku tindakan penamatan, hak rayuan seperti yang diberikan oleh Prosedur Penguatkuasaan dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, Prinsip Perdagangan atau polisi yang berkaitan dalam syarikat gabungan Amway boleh digunakan oleh ABO.
4. Platinum bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua ABO dalam organisasi mereka yang terlibat dalam pasaran antarabangsa memahami Peraturan ini. Adalah menjadi tanggungjawab setiap ABO untuk mematuhi Polisi ini.
5. Pesalah mungkin dikehendaki untuk memberikan Amway senarai mel, lengkap dengan nama dan alamat, semua orang yang dicari/dihubungi oleh beliau sebagai bakal ABO hasil daripada aktiviti yang tidak dibenarkan.

Proses Berhenti dan Memohon Semula

A. BERHENTI
Pemberitahuan kepada penaja dan Platinum atasan apabila ABO menamatkan Pemilikan ABO mereka yang membolehkan penaja/Platinum untuk membuat susulan dengan ABO tersebut.
Senario Apa yang AMWAY akan lakukan
ABO Biasa
1. Pemberitahuan akan dihantar kepada bekas LOS:
a) Penaja,
b) latinum (disalin).
2. Memproses urusan berhenti/SA112 selepas 14 hari dari tarikh notis.
Penyandang Perak (SP) dan ke atas
(termasuk mantan/bekas SP dan ke atas dalam tempoh 2 tahun yang lalu)
1. Pemberitahuan akan dihantar kepada bekas LOS:
a) Penaja,
b) Platinum dan Intan (disalin).
2. Memproses urusan berhenti/SA112 selepas 14 hari dari tarikh notis.
Pemberitahuan kepada bekas penaja dan Platinum apabila bekas ABO dari LOS mereka memohon semula. Nama Platinum baru itu akan dimaklumkan di dalam notis.
B. MEMOHON SEMULA
Pemberitahuan kepada bekas penaja dan Platinum apabila bekas ABO dari LOS mereka memohon semula untuk menjadi ABO. Nama Platinum baru itu akan dimaklumkan di dalam notis.
Senario Apa yang AMWAY akan lakuka
ABO Biasa
(dalam tempoh 2 tahun dari bulan tamat tempoh atau tarikh berhenti)
1. Memproses permohonan semula.
2. Pemberitahuan akan dihantar kepada bekas LOS:
a) Penaja,
b) Platinum (disalin).
3. Nama penaja Platinum baru akan dimaklumkan di dalam pemberitahuan.
Penyandang Perak (SP) dan ke atas
(termasuk mantan/bekas SP dan ke atas dalam tempoh 2 tahun yang lalu)
1. Pemberitahuan akan dihantar kepada bekas LOS:
a) Penaja,
b) Platinum dan Intan (disalin).
2. Memproses selepas 14 hari dari penyerahan.
3. Nama penaja Platinum yang baru akan dimaklumkan di dalam pemberitahuan.
Pergerakan Kumpulan
1. Memantau dan memproses sehingga permohonan semula / SA88 yang ketiga (ke-3).
2. Permohonan semula yang keempat (ke-4) dan ke atas tidak akan diterima melainkan kedua-dua Platinum dan LOS itu bertemu.


Kami menyeru ABO agar mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku AMWAY (AROC), menurut maksud yang tersirat dan yang tersurat di dalam peraturan ini demi memupuk persekitaran yang kondusif bagi perniagaan AMWAY.

Pemotongan Hargan dan Membekal Produk Kepada Kumpulan Lain

Menjual Secara Beretika

Jualan adalah merupakan bahagian penting untuk mewujudkan perniagaan Amway yang berjaya. Walau bagaimanapun, untuk menjual secara beretika bermakna menjalankan perniagaan dengan ABO atasAN, ABO bawahan, pelanggan dan syarikat anda dengan integriti dan selaras dengan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway. Ini membina kepercayaan, keyakinan dan rasa hormat dalam kalangan semua dan memastikan pertumbuhan yang berterusan.

Sebagai pemimpin dalam organisasi anda, anda bertanggungjawab untuk memastikan tatacara perniagaan yang beretika diajar dan digunakan dalam organisasi anda. Syarikat tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana ABO atas ketidakpatuhan terhadap Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway dan yang menjalankan perniagaan mereka dengan cara yang menjejaskan ABO lain.

Dilarang Membekal Produk kepada Kumpulan Lain

ABO dilarang daripada menjual atau membekalkan produk kepada ABO dalam Barisan Penajaan yang lain. Ini dirujuk sebagai "membekal produk kepada kumpulan lain ". Amalan itu sama seperti "mencuri" kerana ia menafikan Barisan Penajaan itu akan hak PV/BV mereka.


Peraturan B-1 menyatakan bahawa:

“Tiada Pengedar yang seharusnya terlibat dalam membeli atau membekal kepada kumpulan lain. "Membeli atau membekal kepada kumpulan lain" berlaku apabila Pengedar membekalkan produk edaran /atau perkhidmatan Amway kepada Pengedar lain yang bukan berada dalam Barisan Penajaan beliau.

Pengedar dalam satu Barisan Penajaan mesti membeli produk dan perkhidmatan AMWAY sahaja dan bahan maklumat Amway yang dibekalkan terus daripada Penaja beliau sehingga Platinum atasan atau Amway.

Pengedar mestilah tidak membekalkan produk dan perkhidmatan AMWAY kepada Pengedar lain yang bukan dalam Barisan Penajaan.”


Jika ada niat untuk memberikan produk AMWAY sebagai hadiah kepada seseorang yang merupakan seorang ABO dari Barisan Penajaan yang lain, hadiah atau produk itu perlu dipesan daripada Barisan Penajaan penerima. Ini akan memastikan PV/BV diberikan kepada Barisan Penajaan yang betul untuk pengiraan bonus yang betul serta kelayakan. Mengambil semula produk untuk mengelakkan tindakan pembetulan, adalah sama dengan gangguan terhadap Barisan Penajaan. Ia juga akan menjejaskan hubungan antara Syarikat dan pelanggan/ABO itu.

Tiada Pemotongan Harga

Seseorang ABO berhak mendapatkan keuntungan runcit bagi perkhidmatan peribadi yang anda berikan kepada pelanggan anda kerana keuntungan runcit adalah sebahagian daripada program ganjaran Amway. Pemotongan harga didefinisikan sebagai menjual pada harga di bawah harga pelanggan atau ABO seperti yang dicadangkan oleh Amway.

Pemotongan harga bukan sahaja menafikan anda ganjaran yang anda berhak dapat, bahkan menyebabkan peluang yang sama untuk orang lain membina perniagaan Amway mereka turut dinafikan. Tambahan pula, ia menurunkan nilai produk kami, memberikan pelanggan kami nilai tanggap atau harga yang lebih rendah bagi produk-produk ini. Tatacara yang tidak beretika seperti itu tidak akan membantu anda mewujudkan perniagaan yang menguntungkan dan berjangka panjang.

Akibat Ketidakpatuhan

Syarikat memandang serius amalan sedemikian kerana ia menjejaskan kehidupan ABO yang lain. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan pembetulan yang tegas untuk melindungi kepentingan semua ABO.

Kami meminta kerjasama anda untuk melaporkan sebarang insidens melalui e-mel di MyHelpDesk@amway.com, dan memberikan bukti salah laku kepada pihak syarikat.

Peraturan Tidak Aktif Enam Bulan - 6MIR

Peraturan Tatacara & Tingkah laku Amway diwujudkan untuk mendukung standard tingkah laku yang perlu bagi menyokong dan memelihara faedah-faedah Pelan Penjualan & Pemasaran Amway secara sama rata kepada semua Pemilik Perniagaan Amway (ABO).


PERATURAN TIDAK AKTIF ENAM BULAN

Integriti Barisan Penajaan adalah merupakan sebahagian daripada Pelan Penjualan & Pemasaran Amway. Peraturan Tidak Aktif Enam Bulan berfungsi untuk melindungi Barisan Penajaan dan untuk memastikan ABO mampu membina perniagaan Amway yang kuat dan stabil. Oleh itu, Amway akan tegas menguatkuasakan peraturan ini.

Peraturan Tidak Aktif Enam Bulan bermula dari bulan selepas bulan tamat tempoh atau tarikh ABO berhenti daripada Pemilikan ABO, yang mana lebih awal. Amway mendefiniksan tarikh berhenti sebagai tarikh penerimaan keputusan berhenti itu.

Tanggungjawab pematuhan terletak pada bekas ABO berkenaan. Ia juga merupakan tanggungjawab Penaja dari Barisan Penajaan yang baru untuk mengesahkan bahawa Peraturan Tidak Aktif Enam Bulan telah dipatuhi dengan sewajarnya sebelum bekas ABO menandatangani Borang Permohonan SA88. Jika pelanggaran Peraturan Tidak Aktif Enam Bulan telah dibuktikan dengan sewajarnya, tindakan pembetulan seperti pemindahan kumpulan dan PV/BV kembali ke Barisan Penajaan asal akan diambil terhadap ABO berkenaan.


​​​​​​​Contoh 1: Luput

ABO A tidak menyerahkan Niat untuk Meneruskan merangkap Langganan AMAGRAM™ (ITCCAS) selepas tamat tempoh Pemilikan ABO beliau pada Mac 2010. Oleh itu, tempoh Peraturan Tidak Aktif Enam Bulan bermula dari 01 April 2010 dan berakhir pada 30 September 2010. ABO A boleh mendaftar SELEPAS 30 September 2010, iaitu dari 01 Oktober 2010 dan seterusnya.

Contoh 2: Berhenti
Amway menerima keputusan ABO B berhenti pada 12 Disember 2009 walaupun tempoh Pemilikan ABO beliau tamat yang sebenar hanyalah pada Mac 2010. Oleh itu, Peraturan Tidak Aktif Enam Bulan bermula dari 12 Disember 2009 dan berakhir pada 11 Jun 2010. ABO B boleh mendaftar SELEPAS 11 Jun 2010, iaitu dari 12 Jun 2010 dan seterusnya.

Hak Harta Intelek - IP

Polisi ini diterbitkan oleh Amway Malaysia Sdn Bhd dan lesennya adalah di bawah Hak Cipta 2001 Amway.

Amway memiliki dan menguruskan hak-hak harta intelek Amway dan lain-lain harta intelek yang berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, NUTRILITE, eSpring, ATMOSPHERE, ARTISTRY, SATINIQUE, BODY SERIES, GLISTER, COLOUR CREATION, ALLANO, SUDZY, TROPICAL HERBS, BEE TREASURES, DISH DROPS, iCOOK, dan QUEEN.

1. Ringkasan
ABO boleh berkongsi/tweet semula/pos semula pautan dari laman web Amway Malaysia dan akaun media sosial Amway yang rasmi dalam rangkaian tertutup/persendirian untuk pelanggan dan ABO yang sedia ada dalam LOS yang sama sahaja.
ABO tidak boleh mengubah suai kandungan produk atau dakwaan oleh Amway untuk sebarang kegunaan, sama ada untuk berkongsi atau tujuan komersial.
ABO boleh menggunakan Hak cipta, Nama dagang, Cap dagang Amway mengikut Undang-undang Tanda Dagangan dan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway.
ABO tidak dibenarkan untuk menggunakan mana-mana Tanda Dagangan dalam nama domain atau URL atau akaun nama dalam media sosial.
2. Perubahan
Syarikat boleh membuat perubahan kepada Seksyen ini dari semasa ke semasa. Sila ikuti maklumat terkini untuk memastikan anda mematuhi Polisi kami.
3. Pelanggaran Harta Intelek
Amway menghormati harta intelek orang lain dan kami meminta ABO kami untuk melakukan perkara yang sama, menurut Undang-undang Tanda Dagangan dan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway.

Perkara Utama tentang Penggunaan Harta Intelek Pihak Ketiga oleh ABO

  • ABO tidak seharusnya menggunakan tanda dagangan, hak cipta, atau harta intelek Amway atau syarikat gabungan Amway yang lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Amway.
  • ABO perlu memahami kepentingan kebenaran yang betul dan penggunaan harta intelek pihak ketiga.
  • ABO hendaklah mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway berkaitan dengan penggunaan harta intelek pihak ketiga, sebagai sebahagian daripada pematuhan semua undang-undang dan peraturan tempatan.
  • ABO tidak seharusnya merekodkan (audio atau video) mesyuarat atau majlis Amway tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Amway.
  • Tanpa lesen yang betul, ABO tidak seharusnya menggunakan tanda dagangan, hak cipta atau harta intelek pihak ketiga yang lain berhubung dengan perniagaan Amway mereka.
  • Tanpa lesen yang betul, video tidak boleh dimuat naik ke internet atau diedarkan melalui e-mel.


Jika anda percaya bahawa harta intelek Amway telah dilanggar, sila tulis kepada kami di mysales@amway.com dengan tajuk subjek, "Pelanggaran Harta Intelek [Nombor Pemilikan ABO Anda]". Sila berikan dalam e-mel, maklumat pelanggaran itu seperti pautan ke butiran pelanggaran, butiran pelanggar, dan gambar pelanggaran itu supaya Amway boleh membuat susulan mengenai perkara itu.

Pemulangan dan Bayaran Balik

Amway Promise


AMWAYPROMISE ialah platform komunikasi perlindungan pengguna global kami. Matlamat kami adalah untuk memberikan perkhidmatan pelanggan dan perlindungan pengguna yang paling menyeluruh dalam industri jualan langsung.

Industri jualan langsung dikawal sendiri oleh Kod Etika yang digariskan oleh Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Dunia (WFDSA) yang menyatakan bahawa syarikat jualan langsung dan penjual bebas tidak boleh menggunakan amalan jualan yang mengelirukan atau tidak adil.

Kebanyakan negara juga mempunyai kod etika Persatuan Jualan Langsung sendiri yang disesuaikan dengan Kod WFDSA di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Amway mematuhi kod ini melalui perlindungan penggunanya dan disepadukan AMWAYPROMISE di bawah tonggak berikut:

Peluang Berkos Rendah dan Berisiko Rendah
Menjanjikan syarat pembelian sifar dan bayaran pendaftaran minimum untuk pemilik perniagaan baru.
Kami percaya bahawa semua orang berhak mendapat peluang untuk maju. Itulah sebabnya kami berjanji untuk sentiasa menyediakan peluang yang berkos rendah dan berisiko rendah.
Jaminan Kepuasan 100%
Membantu memastikan kepuasan terhadap produk atau peluang kami.
Jika anda tidak mendapat apa yang anda jangkakan daripada peluang Amway atau produk Amway – beritahu kami dan kami akan berusaha dengan gigih untuk memastikan anda berpuas hati 100%.
Program Waranti
Ketenangan fikiran dengan produk Amway.
Kami yakin dengan kualiti produk tahan lama yang kami tawarkan. Jika produk anda mempunyai masalah, kami menyediakan pelbagai program servis, pembaikan dan waranti inovatif yang membolehkan anda menangani sebarang kemusykilan yang mungkin ada dengan mudah.
Perkhidmatan Pelanggan
Sokongan yang anda boleh harapkan.
Kami tahu bahawa anda pasti mempunyai soalan untuk diajukan dan kami ada jawapannya. Untuk ABO dan pengguna, Amway komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik, sama ada secara bersemuka, melalui telefon atau dalam talian.
Hak untuk Mengetahui
Pengetahuan adalah kuasa.
Kami berjanji untuk berkomunikasi dengan jelas dan memudahkan akses semua maklumat yang berkaitan dengan perlindungan pengguna di atas dan juga Polisi Beli Balik Inventori dan Tempoh Bertenang.

- Jaminan ini tidak diguna pakai untuk produk yang telah sengaja dirosakkan atau disalahgunakan, produk edaran AMWAY yang memberikan tempoh masa tertentu untuk pemulangan, dan produk-produk yang dilindungi oleh waranti bertulis nyata.
- Produk tahan lama AMWAY (Barangan Harga Tinggi) seperti Sistem Rawatan Air eSpring, Penulen Udara ATMOSPHERE, dan rangkaian Sistem Penggera Rumah tidak dilindungi oleh Jaminan Kepuasan AMWAY, tetapi dengan waranti pengilang yang berasingan.
- Semua produk AMWAY yang dijual di Malaysia dan Brunei Darussalam tidak mengandungi uri, daging babi atau terbitannya.
1. AMWAY menerima pemulangan barangan BV tetapi tidak menerima pemulangan bahan maklumat, alat audio visual, penyemat dan plak, borang, aksesori, dan barangan promosi lain dan alat bantu jualan untuk penggantian atau untuk bayaran balik melalui Baucar Kredit daripada ABO yang beroperasi.
2. Barangan Personal Shoppers Catalogue dan produk tahan lama AMWAY (Barangan Harga Tinggi) seperti Sistem Rawatan Air eSpring, Penulen Udara ATMOSPHERE, dan Sistem Penggera Rumah dan rangkaian iCOOK tidak dilindungi oleh Jaminan Kepuasan AMWAY, tetapi dengan waranti pengilang yang berasingan.
3. AMWAY tidak akan menerima pemulangan sebarang barangan yang pada masa ini tidak boleh dijual. Produk yang NLA (Tidak Dijual Lagi) tidak boleh dikembalikan.