SEKSYEN 11 – PELANGGARAN KONTRAK; PROSEDUR
11.1 |
Prosedur |
|
11.1.1 |
Penyiasatan: Apabila Amway percaya bahawa pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan Amway telah berlaku, akan berlaku, atau menandakan mungkin akan berlaku, Amway boleh menyiasat aktiviti ABO yang menjadi isu. Amway boleh melakukan penyiasatan ini dengan inisiatifnya sendiri atau apabila diminta oleh ABO lain yang telah menghantar aduan bertulis seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 11.1.2. |
|
|
11.1.2 |
Aduan oleh ABO: Seseorang ABO yang percaya bahawa ABO lain telah melanggar Polisi Perniagaan Amway dan/atau Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, atau yang mempunyai pengetahuan peribadi tentang aktiviti-aktiviti yang membawa kepada pelanggaran yang didakwa, haruslah memaklumkan Amway secara bertulis tentang pelanggaran yang didakwa itu dan semua fakta yang berkaitan dengannya. Salinan pemakluman ini haruslah diberikan sama ada oleh ABO atau Amway kepada Platinum atasan ABO. |
|
|
|
11.1.2.1 |
Apabila menerima notis ini, Amway akan memaklumkan kepada ABO yang betul tentang aduan dan meminta maklum balas serta-merta. |
|
|
11.1.2.2 |
Jika aduan dan maklum balas tidak mengandungi fakta yang mencukupi untuk membuat keputusan, maklumat tambahan boleh diminta daripada mana-mana pihak oleh Amway. |
|
|
11.1.2.3 |
Apabila Amway percaya bahawa ia mempunyai maklumat yang mencukupi berkenaan fakta dan keadaan yang berkaitan dengan aduan tersebut, Amway akan memutuskan sama ada berlaku pelanggaran Polisi Perniagaan Amway atau pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku yang lain dan akan mengambil tindakan yang betul menurut Seksyen 12. |
|
|
|
11.1.3 |
Pemberitahuan Tindakan: |
|
11.1.3.1 |
Amway akan menyerahkan surat keputusan kepada ABO yang melanggar peraturan tersebut, dan juga kepada Penaja dan Platinum atasan yang pertama bagi ABO yang didakwa itu. Surat keputusan akan menyenaraikan aduan-aduan khusus, menggariskan tindakan pembetulan yang harus diambil dan jika wajar, menetapkan had masa untuk ABO mematuhinya. |
|
|
11.1.3.2 |
Sebarang notis haruslah: |
|
11.1.3.2.1 |
Dipos, die-mel atau difaks atau dihantar dengan surat berdaftar atau kaedah lain yang dapat ditentusahkan dan dibenarkan oleh undang-undang ke alamat atau faks yang Amway mempunyai rekod untuk ABO. Dakwaan tentang kegagalan ABO menerima notis tidak harus melewatkan tindakan oleh Amway; dan |
|
|
11.1.3.2.2 |
Jika boleh diguna pakai, nyatakan Seksyen(-seksyen) Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau peruntukan lain dalam Kontrak ABO yang dicabuli atau dilanggar oleh ABO; dan |
|
|
11.1.3.2.3 |
Menyatakan tarikh tindakan sedemikian akan berkuat kuasa; dan |
|
|
11.1.3.2.4 |
Jika boleh diguna pakai, nasihati ABO tentang peluangnya untuk mendapatkan Semakan Semula keputusan Amway oleh Panel Penilaian. |
|
|
|
Penepian Dakwaan: ABO yang mengetepikan mana-mana dakwaan terhadap Amway akibat daripada atau berkenaan mana-mana tindakan yang Amway ambil di bawah Pemilikan ABO dan/atau peraturan ini. ABO yang ditamatkan keahlian atau dikenakan tindakan lain akibat pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan Amway tidak boleh membuat tuntutan terhadap Amway yang timbul daripada atau berkaitan dengan penamatan atau tindakan lain yang dikenakan itu.