PERATURAN TATACARA & TINGKAH LAKU
SEKSYEN 1 – PENGENALAN
Peraturan Tatacara & Tingkah Laku (“Peraturan” atau “ROC”) mendefinisikan dan mewujudkan:
| 1. | Prinsip-prinsip tertentu yang harus dipatuhi dalam pembangunan dan penyenggaraan sesebuah Perniagaan Amway. |
| 2. | Hak-hak, tugas dan tanggungjawab setiap ABO. |
Terma dan syarat hubungan ini telah ditetapkan dalam:
| 1. | Kontrak ABO. |
| 2. | Manual Perniagaan, yang termasuk Peraturan Tatacara & Tingkah Laku ini. |
| 3. | Bahan maklumat, penerbitan, pemberitahuan atau komunikasi rasmi Amway yang lain. |
Walaupun Peraturan ini secara asasnya mendefinisikan hubungan antara Amway dan ABO, ia juga melibatkan hubungan sesama ABO. Objektifnya ialah:
| • | Memastikan peluang yang sama rata untuk ABO menerusi amalan perniagaan yang beretika dan bertanggungjawab. |
| • | Melindungi dan membina suasana yang kondusif bagi perniagaan Amway yang menguntungkan dan berjangka panjang. |
| • | Menggalakkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan ABO. |
| • | Mengekalkan faedah-faedah Pelan Penjualan & Pemasaran Amway secara adil bagi semua ABO. |
Dari semasa ke semasa, kandungan dokumen-dokumen ini boleh berubah. Amway akan memaklumkan tentang perubahan-perubahan tersebut kepada kepimpinan ABO. Setelah Amway membuat pemakluman akhir tentang perubahan-perubahan yang disampaikan kepada kepimpinan ABO, perubahan-perubahan tersebut kemudiannya akan disampaikan kepada semua ABO pada masa yang tepat dalam Achieve, Amagram Amway dan saluran komunikasi serta bahan maklumat rasmi Amway yang lain dan akan berkuat kuasa selepas ia diterbitkan. Demi mengekalkan matlamat dan tujuan Pelan Penjualan & Pemasaran Amway, Amway berhak secara mutlak untuk meminda, mengubah suai, menambah atau membatalkan mana-mana atau semua Peraturan ini, jika perlu.
