- |
ABO (Pemilik Perniagaan Amway): Kontraktor bebas yang mana Borang Permohonan Amwaynya telah diterima oleh Amway. |
|
|
- |
Pemilikan ABO: Pemilikan ABO adalah satu lagi cara untuk menjelaskan perniagaan Amway yang dikenal pasti melalui nombor ABO. |
|
|
- |
Kontrak ABO: Merujuk kepada Permohonan ABO bersama dengan dokumen-dokumen berkanun yang membentuk syarat-syarat perjanjian berkontrak antara ABO dan Amway. |
|
|
- |
ABO yang Bereputasi Baik: Untuk tujuan mentafsirkan dan menguatkuasakan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku sahaja, istilah “bereputasi baik” merujuk kepada ABO yang kini diberi kuasa oleh Amway untuk meletakkan dirinya sebagai ABO dan yang tingkah lakunya mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan Polisi Perniagaan Amway secara tersurat dan tersirat untuk setiap pasaran yang mempunyai kehadiran ABO; tidak terlibat dalam tingkah laku yang memberi kesan negatif kepada reputasi Amway, syarikat gabungan Amway dan ABO-nya; tidak terlibat dalam tingkah laku yang menyokong atau mempertahankan aktiviti ABO lain yang membahayakan sifat berterusan syarikat gabungan Amway atau sebaliknya tidak konsisten dengan kriteria lain yang dinyatakan di sini; tidak terlibat dalam tingkah laku yang tidak mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai di setiap negara dan yang tingkah lakunya tidak menunjukkan kepekaan budaya berdasarkan keadaan pasaran. |
|
|
- |
Amway: “Amway” merujuk kepada Amway Malaysia Sdn.Bhd./Amway B Sdn. Bhd. |
|
|
- |
Perniagaan Amway: Sebuah perniagaan, seperti yang dikenal pasti melalui nombor ABO dan Borang Permohonan Amway untuk Perlantikan sebagai ABO yang Sah bagi Produk Amway. |
|
|
- |
Kit Perniagaan Amway atau Pek Selamat Datang Amway: Koleksi bahan maklumat, alat bantu jualan atau bahan-bahan lain yang perlu dimiliki oleh ABO berkaitan dengan penerimaan permohonan mereka oleh Amway dan Kontrak ABO. |
|
|
- |
Peluang Perniagaan Amway: Produk, pemasaran, sokongan dan sistem imbuhan yang ditawarkan oleh Amway. |
|
|
- |
Polisi Perniagaan Amway: Peraturan dan polisi yang dinyatakan dalam bahan maklumat rasmi Amway, termasuklah Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan pelbagai polisi dan buletin lain yang mungkin disenggarakan oleh Amway dari semasa ke semasa yang tergabung melalui rujukan di dalam; (1) Kontrak ABO (2) Manual Perniagaan, dan (3) bahan maklumat atau komunikasi rasmi Amway yang lain. |
|
|
- |
Bahan Sokongan Perniagaan yang Dihasilkan oleh Amway (“Amway BSM”): BSM dihasilkan oleh, atau bagi pihak Amway. |
|
|
- |
Produk Amway: Semua barangan dan perkhidmatan, termasuk bahan maklumat dan bahan sokongan atau tambahan yang lain, yang dihasilkan oleh Amway Malaysia/Brunei untuk ABO. |
|
|
- |
Pelan Penjualan & Pemasaran Amway (“Pelan”): Sistem yang digunakan untuk mengira imbuhan Bonus dan pengiktirafan untuk ABO berasaskan jualan produk seperti yang diterangkan dalam Manual Perniagaan Amway dan bahan maklumat rasmi Amway yang lain. |
|
|
- |
Bonus: Ganjaran wang yang Amway bayar kepada ABO menurut Pelan Penjualan & Pemasaran Amway. |
|
|
- |
Bahan Sokongan Perniagaan (“BSM”): Definisi untuk BSM bertujuan untuk ditafsirkan secara luas dan bermaksud semua produk dan perkhidmatan, dalam talian dan juga luar talian (termasuk tetapi tidak terhad pada buku, majalah dan bahan bercetak lain; bahan maklumat; laman web dan halaman media sosial; audio, video, penstriman langsung dan media digital; blog, audio siar dan aplikasi mudah alih; rali, mesyuarat dan seminar pendidikan), yang: (i) direka untuk mencari dan/atau mendidik Prospek, pelanggan atau bakal pelanggan tentang produk dan perkhidmatan Amway atau untuk menyokong, melatih, memotivasi dan/atau mendidik ABO atau (ii) yang menggabungkan atau menggunakan satu atau lebih nama atau cap dagang Amway, tanda khidmat, karya berhak cipta atau harta intelek lain yang dimiliki atau dilesenkan kepada Amway atau (iii) sebaliknya ditawarkan dengan rasa penggabungan, hubungan, atau perkaitan yang jelas atau tersirat dengan Amway. |
|
|
- |
Komunikasi Digital: Komunikasi digital adalah penghantaran teks, data, imej, video, suara dan maklumat lain secara elektronik (umumnya menggunakan komputer atau peranti mudah alih) termasuk, tanpa had, sebarang siaran atau penerbitan yang dibuat dalam ruang digital termasuk e-mel, video, penstriman langsung, podcast, blog post, aplikasi mudah alih (apps), pengiklanan, forum, laman web, dan melalui sebarang media sosial atau platform mesej, contohnya Facebook®, Instagram®, Line®, Snapchat®, Telegram®, Twitter®, WeChat®, WhatsApp® atau YouTube®. |
|
|
- |
Standard Komunikasi Digital (“DCS”): Dokumen yang diterbitkan oleh Amway dan dipinda dari semasa ke semasa, mengandungi istilah-istilah yang mesti dipatuhi oleh ABO apabila berurusan dalam sebarang komunikasi digital berkenaan peluang Amway, produk Amway atau perkhidmatan Amway (secara langsung atau tidak langsung). DCS digabungkan sepenuhnya ke dalam dan boleh dikuatkuasakan sebagai sebahagian daripada Peraturan Tatacara & Tingkah Laku. |
|
|
- |
Cabang: ABO bawahan dan semua ABO lain yang merupakan ABO bawahan kepada ABO itu. |
|
|
- |
Barisan Penajaan (“LOS”): Struktur organisasi ABO yang diwujudkan melalui hubungan berkontrak yang dimiliki oleh setiap ABO dengan Amway. |
|
|
- |
Maklumat LOS: Termasuk semua maklumat yang mendedahkan atau berkaitan dengan semua atau sebahagian daripada penyusunan berstruktur bagi ABO dalam lingkungan Barisan Penajaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada bilangan ABO dan data pengenalan perniagaan ABO lain, maklumat hubungan peribadi ABO, maklumat prestasi perniagaan ABO, dan semua maklumat yang dihasilkan atau diperoleh daripadanya, dalam bentuk sekarang atau pada masa akan datang. |
|
|
- |
Platinum: ABO yang telah mencapai satu tahap aktiviti perniagaan tertentu seperti yang dinyatakan dalam Pelan Penjualan & Pemasaran Amway. |
|
|
- |
Prospek: Bakal ABO atau pelanggan. |
|
|
- |
Standard Jaminan Kualiti (“QAS”): Dokumen yang diterbitkan oleh Amway dan diubah dari semasa ke semasa, merangkumi Standard Program dan Standard Kandungan kerana syarat-syarat tersebut didefinisikan dalam QAS yang secara kolektif mengandungi proses, keperluan, subjek yang berkenaan, pemesejan, kandungan dan bahan untuk BSM, komunikasi ABO dan kenyataan yang berkaitan dengan perniagaan Amway. QAS digabungkan sepenuhnya di dalam dan boleh dikuatkuasakan sebagai sebahagian daripada Peraturan Tatacara & Tingkah Laku ini.
|
|
|
- |
Penaja: Ia boleh jadi satu daripada tiga hubungan ini: |
|
|
|
i. |
Penaja Perseorangan: |
ABO yang memperkenalkan dan menaja Prospek ke dalam Peluang Perniagaan Amway; |
ii. |
Penaja Antarabangsa: |
ABO yang memperkenalkan Peluang Perniagaan Amway kepada prospek dari pasaran lain dan beliau menjadi (“Penaja Antarabangsa”) apabila prospek ini mendaftar dan ditaja angkat oleh ABO lain dalam pasaran itu. |
iii. |
Penaja Angkat: |
Seorang ABO dari syarikat gabungan Amway di pasaran lain yang ditugaskan untuk memberikan latihan dan sokongan kepada ABO yang Ditaja di Peringkat Antarabangsa. |
|