SEKSYEN 3 – MENJADI ABO

3.1 Borang Permohonan ABO dan Kit Perniagaan:
Untuk menjadi ABO yang sah seperti yang sepatutnya yang mampu menjual produk dan perkhidmatan Amway serta menaja ABO lain, seseorang pemohon mestilah memohon untuk pengesahan daripada Amway dengan melengkapi dan menandatangani Borang Permohonan ABO serta memperoleh Kit Perniagaan Amway. Permohonan ABO yang lengkap mestilah dihantar kepada Amway serta-merta, dan diterima oleh Amway seperti yang disahkan menurut peruntukan dalam Seksyen 3.3. ABO tidak seharusnya mempersembahkan Peluang Perniagaan Amway sebagai apa sahaja selain daripada peluang perniagaan yang terbuka kepada warganegara Malaysia dan Brunei.
3.2 ABO Suami dan Isteri:
Individu yang merupakan suami dan isteri haruslah, apabila diterima oleh Amway, diberi pengesahan sebagai satu Pemilikan ABO. Seseorang yang pasangannya adalah ABO yang sah tidak layak untuk memohon sebagai ABO yang sah bagi Pemilikan ABO yang lain.
3.2.1 Amway boleh mengikut budi bicaranya yang mutlak menamatkan Pemilikan ABO jika Amway berpendapat (yang mana pendapatnya adalah muktamad) bahawa sebarang tindakan ABO dan/atau pasangannya (sama ada pasangannya adalah pasangan yang berdaftar ataupun tidak) didapati menyalahi mana-mana Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway.
3.2.2 Jika dua orang ABO, setiap seorang memiliki dan mengendalikan Pemilikan ABO di dalam Barisan Penajaan yang berbeza atau sama (tiada seorang pun berada pada tahap Platinum atau ke atas), berkahwin antara satu sama lain, satu Pemilikan ABO mesti ditamatkan.Jika seorang daripada pasangan yang baru berkahwin itu telah mencapai status Platinum atau ke atas, maka pasangan yang baru berkahwin itu boleh mengendalikan kedua-dua Pemilikan ABO, setiap satu yang mana akan, walau bagaimanapun, dikendalikan di dalam Barisan Penajaannya yang asal. ABO mesti memaklumkan Amway secepat mungkin.
3.2.3 Di dalam Pemilikan ABO suami dan isteri, jika pasangan berhenti dari Amway atas apa jua sebab selaras dengan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, Amway berhak untuk menamatkan Pemilikan ABO pasangan yang tinggal tanpa memberikan sebarang sebab musabab. Walau bagaimanpun, Amway boleh membenarkan pasangan yang tinggal untuk terus mengendalikan Pemilikan ABO di mana pasangan yang tinggal dan pasangan yang berhenti akan tertakluk kepada Peraturan Tatacara & Tingkah Laku ini dan terma dan syarat yang lain yang Amway patut dikenakan.
3.2.4 Suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri yang sah hanya boleh memilih seorang isteri untuk perkongsian suami dan isteri, tertakluk kepada perundangan tempatan yang sesuai. Isteri-isteri lain yang mahu menjadi ABO mestilah ditaja di bawah perkongsian suami/isteri ini.
3.3 Keperluan:
Tanpa mengehadkan hak-hak Amway, berikut adalah keperluan untuk menjadi seorang ABO atau memperbaharui Pemilikan ABO.
3.3.1 ABO mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
3.3.2 Mestilah bukan pasangan kepada ABO yang sah pada masa ini melainkan beliau layak di bawah 3.2.2.
3.3.3 Mestilah belum pernah ditamatkan kerana melanggar kontrak di bawah Pemilikan ABO terdahulu atau Pemilikan ABO dengan syarikat gabungan Amway yang lain; dan
3.3.4 Mestilah mematuhi Seksyen 6.4 dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku ini jika pemohon dahulunya beroperasi di bawah Pemilikan ABO yang telah ditamatkan atau tamat tempoh (dan belum lagi diperbaharui).
3.3.5 Mestilah bukan kakitangan syarikat jualan langsung pada masa permohonan awal atau sewaktu tempoh sah beliau sebagai ABO.
3.3.6 Mestilah seorang warganegara Malaysia atau Brunei atau pemastautin yang telah diberikan hak oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk menjalankan perniagaan di Malaysia dan Brunei.
3.3.6.1 Menetap di negara yang sama dengan tempat perniagaan didaftarkan, jika ini adalah perniagaan Amway yang pertama bagi individu itu dalam mana-mana pasaran di mana Amway beroperasi. Syarikat mengekalkan budi bicara untuk membenarkan pendaftaran melebihi batasan.
3.3.7 Mestilah bukan seseorang yang sedang menjalani hukuman penjara atau sebaliknya dikurung dalam mana-mana pusat pemulihan atau mempunyai rekod sabitan lampau atas kesalahan yang berkaitan dengan pengeluaran (dan/atau) perdagangan barangan tiruan, iklan palsu, pengendalian perniagaan haram, pengelakan cukai (atau) penipuan pelanggan, atau kesalahan berkaitan penipuan peruntukan aset, tidak amanah dalam memperuntukkan aset (atau) pemilikan aset yang menyalahi undang-undang.
3.4 Penerimaan atau Penolakan Permohonan atau Pembaharuan ABO:
Amway berhak menerima atau menolak mana-mana Permohonan ABO. Begitu juga, Amway berhak untuk enggan menerima mana-mana permintaan untuk Memperbaharui dan boleh membatalkan Pemilikan ABO jika aktiviti-aktiviti seseorang ABO tidak mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau jika ABO itu tidak Bereputasi Baik atau tidak mematuhi keperluan dalam Seksyen 3.3.
3.5 ABO Beroperasi melalui Entiti Sah:
Satu pihak bagi Kontrak ABO boleh memohon kepada Amway untuk mengendalikan Pemilikan ABO melalui entiti yang sah, dengan syarat ia mematuhi keperluan dan syarat tertentu, termasuk di mana munasabah di sisi undang-undang tujuan utama entiti ialah pengendalian Peluang Perniagaan Amway. Hubungi Amway untuk maklumat terkini. Orang yang menandatangan Kontrak ABO bagi pihak entiti yang sah mestilah wakil yang sah bagi entiti sah tersebut dan mestilah secara peribadi memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan dalam Seksyen 3.3. Entiti sah mungkin dikehendaki untuk menyerahkan, selain dokumen-dokumen lain, bukti kewujudan dan kelayakan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti yang dijangkakan dalam Kontrak ABO, bukti pematuhan keperluan pendaftaran yang boleh diguna pakai, satu dokumen (seperti Borang Pengesahan untuk Entiti Sah) yang mengandungi pelbagai maklumat tentang dan perjanjian antara entity sah dan pengasas serta pengurusan entiti sah, atau maklumat dan dokumentasi lain yang serupa seperti yang Amway mungkin minta.
3.6 Tarikh Pengesahan:
Tarikh pengesahan sebagai ABO Amway ialah apabila Permohonan ABO telah diproses dan diterima oleh Amway.
3.7 Amalan Penajaan yang Dilarang:
Penaja tidak seharusnya mengenakan terhadap Prospek, atau mana-mana ABO, sebagai syarat untuk menerima bantuan daripada Penaja dalam pengembangan Pemilikan ABO seseorang, syarat-syarat seperti:
3.7.1 Membeli mana-mana produk atau perkhidmatan tertentu.
3.7.2 Mengekalkan inventori minimum yang khusus.
3.7.3 Membeli mana-mana “pek permulaan” “keputusan” atau “pek” atau “kit” lain yang bukan dihasilkan oleh Amway.
3.7.4 Membeli bahan maklumat, alat bantu audio visual atau bahan-bahan lain.
3.7.5 Membeli tiket untuk dan/atau menghadiri atau menyertai rali, seminar atau mesyuarat lain.
3.8 Tempoh dan Peluputan:
Sesuatu Pemilikan ABO akan luput atau mungkin ditamatkan menurut syarat-syaratnya kecuali tempohnya diperbaharui menurut Seksyen 3.9 dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan Polisi Perniagaan Amway. Seperti yang dinyatakan dalam Kontrak ABO, Pemilikan ABO akan luput pada ulang tahun pertama permohonan asalnya kecuali ia telah ditamatkan lebih awal oleh ABO atau Amway.
3.8.1 Peraturan Beli Balik: Apabila berlaku peluputan atau penamatan Kontrak ABO secara sukarela, ABO boleh memohon kepada Amway untuk mengembalikan inventori produk Amway yang tidak terjual yang mungkin beliau miliki, dengan syarat produk-produk sedemikian adalah dalam keadaan baru, asal dan belum digunakan. Amway akan membeli semula produk tersebut pada kos semasa ABO membeli produk Amway tersebut daripada Amway, menurut polisi yang ada (sila rujuk Manual Perniagaan). Sekiranya Pemilikan ABO ditamatkan akibat salah laku ABO, Amway akan mempunyai budi bicara untuk membeli semula produk di bawah Peraturan Beli Balik.
3.9 Pembaharuan:
Pemilikan ABO boleh diperbaharui atas budi bicara Amway dengan syarat ABO tidak melanggar atau menyalahi Peraturan dan Polisi Amway dan syarat-syarat Kontrak ABO di mana-mana pasaran. Untuk layak mendapat pelanjutan, ABO mestilah menyerahkan (setiap tahun) notis kepada Amway meminta Pemilikan ABO diperbaharui (setiap tahun). Jika diterima oleh Amway, sebarang pelanjutan tempoh Kontrak ABO dan Polisi serta Peraturan Amway akan berkuat kuasa dari tarikh pelanjutan dan termasuklah dua belas bulan selepas itu. Syarat-syarat pelanjutan sedemikian haruslah menjadi syarat-syarat Kontrak ABO berkuat kuasa pada masa pelanjutan. Tanpa mengehadkan budi bicara Amway untuk menolak pelanjutan Pemilikan ABO, yang berikut secara automatik akan membatalkan ABO daripada pelanjutan Pemilikan ABO-nya.
3.9.1 ABO menjalankan perniagaan dengan cara yang bertentangan dengan reputasi dan kepentingan Amway; atau
3.9.2 ABO tidak mematuhi atau melanggar Pemilikan ABO dalam tempoh 12 bulan sebelum tempoh pelanjutan diminta; atau
3.9.3 Kegagalan untuk memenuhi keperluan yang digariskan dalam Seksyen 3.3 Peraturan Tatacara & Tingkah Laku ini.
3.9.4 Pembaharuan Lewat: Amway tidak bertanggungjawab untuk memulihkan hubungan penajaan ABO dengan ABO bawahan dan/atau APC jika Amway menerima pembaharuan lewat ABO. Selanjutnya, sebaik sahaja tempoh tangguh tamat untuk bukan pembaharuan, hak ABO ke atas sebarang bonus dan/atau pembayaran lain akan dilucut hak, tanpa mengira bila hak ABO itu timbul.
3.10 Penamatan:
ABO boleh menamatkan Pemilikan ABO pada bila-bila masa dengan memberi notis penamatan secara bertulis kepada Amway di alamat Amway. Amway boleh menamatkan Pemilikan ABO pada bila-bila masa dengan memberi notis penamatan secara bertulis kepada ABO di alamat khusus beliau jika beliau gagal mematuhi Polisi Perniagaan Amway, termasuk Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, Pelan Penjualan & Pemasaran Amway dan polisi-polisi lain yang disenggarakan oleh Amway dan yang telah dimasukkan dalam Kontrak ABO.
3.11 Jemputan Terhad kepada Suami dan Isteri sahaja:
Jemputan untuk menyertai seminar perniagaan, lawatan insentif dan acara-acara lain yang dikendalikan oleh Amway akan hanya diberikan kepada ABO yang sah dan pasangan yang sah dan berdaftar untuk setiap Pemilikan ABO. Individu-individu ini akan disenaraikan dalam rekod Amway.
3.11.1 Namun begitu, Amway mengikut budi bicara mutlaknya, mungkin memberikan jemputan kepada dua individu lain untuk setiap Pemilikan ABO dan bukannya suami dan isteri yang dirujuk dalam Peraturan 3.11, dengan syarat ia dilakukan mengikut polisi Kehadiran dan Layanan Generasi Kedua di Acara Anugerah Bukan Wang Tunai.
3.12 Konspirasi; Pendorong untuk Pelanggaran:
ABO tidak seharusnya berkomplot dengan orang lain untuk melanggar atau mendorong pelanggaran mana-mana Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan Amway atau mendorong atau cuba mendorong ABO lain untuk melanggar mana-mana Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan Amway. Sebarang aktiviti sedemikian akan dianggap sebagai pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan Amway.
3.13 Melampaui Skop Pemberian Kuasa:
ABO tidak seharusnya melampaui skop pemberian kuasa yang diberi selaras dengan Kontrak ABO. Sebarang aktiviti sedemikian akan dianggap sebagai pelanggaran Kontrak ABO.
3.14 Representasi dan Waranti:
ABO tidak seharusnya membuat sebarang representasi atau pernyataan palsu kepada Amway, mahupun mendorong Amway untuk mengikat Kontrak ABO di bawah dakwaan palsu, mahupun melanggar sebarang pernyataan atau waranti yang dinyatakan dalam kontrak ini atau mengikut undang-undang. Sebarang aktiviti sedemikian akan dianggap sebagai pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan Amway.
3.15 Berbilang Pelanggaran:
Ia merupakan pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan Amway bagi seseorang ABO yang membiarkan mana-mana pelanggaran masih tidak dibetulkan selepas pemakluman daripada Amway tentang kewujudan pelanggaran Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan Amway yang sama, atau berbilang, serentak, berturutan atau berulang kali.
3.16 Aktiviti Pemilik Perniagaan Amway Tanpa Kebenaran di Pasaran Belum Dibuka:
Setiap ABO mempunyai Kontrak ABO yang membenarkan ABO untuk terlibat dalam aktiviti di negara dan wilayah yang dijelaskan dalam Kontrak ABO tersebut (“Pasaran Telah Dibuka”). Sebarang aktiviti yang dilakukan untuk memajukan perniagaan Amway di mana-mana negara atau wilayah selain daripada “Pasaran Telah Dibuka” dianggap “Aktiviti Tanpa Kebenaran” dan dilarang sama sekali. ABO tidak boleh melakukan aktiviti tanpa kebenaran di pasaran yang belum dibuka oleh Amway (juga merujuk pada Polisi Aktiviti ABO Tanpa Kebenaran di Pasaran Belum Dibuka yang tersedia di laman web).
3.17 Pemintasan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku:
Sekiranya cubaan untuk memintas atau bertindak bertentangan dengan niat dan semangat Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, Amway boleh pada bila-bila masa mengambil tindakan pembetulan mengikut budi bicaranya.
3.17.1 Semua ABO akan tertakluk kepada Prosedur Penguatkuasaan yang ditetapkan dalam Manual Perniagaan dengan syarat Amway berhak dengan jelas untuk menamatkan, pada bila-bila masa dan dengan berkuat kuasa serta-merta, pengesahan seseorang ABO yang telah memberikan maklumat palsu dalam Permohonan atau yang telah menerima pengesahan sebagai seorang ABO dan melanggar Peraturan ini atau yang telah berkelakuan dalam cara yang menurut pendapat Amway mencemarkan Pelan Penjualan & Pemasaran Amway.