SEKSYEN 5 – TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN SEMUA PENAJA/PLATINUM

Setiap Pemilik Perniagaan Amway (ABO) bertanggungjawab membina perniagaan Amway sendiri. Amway mengakui bahawa sokongan, latihan dan motivasi yang sewajarnya daripada Penaja/Platinum juga penting kepada pertumbuhan perniagaan Amway ABO bawahan yang berterusan. Walau bagaimanapun, aktiviti Penaja dan ABO atasan yang lain tidak boleh sesekali menjejaskan kebebasan dan usaha peribadi setiap perniagaan Amway atau mengganggu secara tidak wajar hubungan antara Amway dengan setiap ABO. ABO yang layak pada tahap Zamrud atau Intan hanya boleh menyokong dan berkomunikasi dengan ABO bawahan dalam Kumpulan Perniagaan Zamrud dan/atau Platinum yang layak seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 5.2.5 di bawah.

Tambahan pula, Seksyen 5 melarang penglibatan ABO atasan yang berlebihan atau tidak wajar yang juga boleh membawa kepada manipulasi Pelan Penjualan & Pemasaran Amway (Seksyen 4.20).

Amway berhak untuk menilai jenis dan kekerapan penglibatan ABO atasan untuk menentukan sama ada ia merupakan gangguan yang melanggar Peraturan Tatacara & Tingkah Laku.

5.1 Tugas dan Tanggungjawab Penaja:
ABO yang terlibat dalam aktiviti menaja atau yang menaja ABO haruslah:
5.1.1 Menjual Kit Perniagaan Amway yang tidak diubah kepada ABO yang ditaja, dan memaklumkannya tempoh masa yang diguna pakai untuk memulangkan Kit yang boleh dipulangkan bagi mendapatkan bayaran balik.
5.1.2 Mematuhi Kontrak ABO dan memenuhi semua keperluan yang dinyatakan dalam Kontrak ABO termasuk Polisi Perniagaan Amway.
5.1.3 Melatih dan memotivasi ABO yang ditaja menurut Polisi Perniagaan Amway, atau bekerjasama dengan ABO atasan Platinum untuk memastikan bahawa latihan dan motivasi ini berlaku.
5.1.4 Memastikan bahawa ABO yang mereka telah taja secara perseorangan mematuhi sepenuhnya Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway dan syarat-syarat Kontrak ABO termasuk Polisi Perniagaan Amway, dan semua undang-undang dan peraturan yang boleh diguna pakai.
5.1.5 Menggalakkan ABO yang mereka telah taja secara perseorangan untuk menghadiri mesyuarat dan majlis rasmi Amway.
5.1.6 Menjelaskan tanggungjawab dan kewajiban ABO di bawah Kontrak ABO, termasuk Polisi Perniagaan Amway dan arahkan ABO yang ditaja itu tentang cara mengendalikan Pemilikan ABO menurut Polisi Perniagaan Amway, selain Manual Perniagaan Amway dan bahan maklumat rasmi Amway yang lain.
5.1.7 Menyokong dan mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan mendidik serta memastikan bahawa ABO lain yang mereka telah taja secara perseorangan untuk melakukan perkara yang sama.
5.1.8 Melindungi hak-hak penajaan setiap ABO yang mereka telah taja secara perseorangan.
5.2 Tugas dan Tanggungjawab ABO pada Tahap Platinum dan Ke Atas:
Berikut adalah antara tanggungjawab dan fungsi ABO pada tahap Platinum dan Ke Atas:
5.2.1 Memastikan bahawa ABO yang mereka telah taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hinggalah ke Platinum yang seterusnya, mematuhi sepenuhnya Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway dan syarat-syarat Kontrak ABO termasuk Polisi Perniagaan Amway, dan semua undang-undang dan peraturan yang boleh diguna pakai.
5.2.2 Menggalakkan ABO yang mereka taja secara perseorangan dan ABO bawahan kepada ABO yang mereka taja itu, sehingga Platinum yang seterusnya, menghadiri mesyuarat dan acara rasmi Amway.
5.2.3 Menyokong dan mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan mendidik serta memastikan bahawa ABO lain yang mereka telah taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hinggalah ke Platinum yang seterusnya untuk melakukan perkara yang sama.
5.2.4 Melindungi hak-hak penajaan setiap ABO yang mereka telah taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hinggalah ke Platinum yang seterusnya.
5.2.5 ABO yang layak pada tahap Zamrud atau Intan mempunyai tanggungjawab tambahan berikut yang berkaitan dengan ABO bawahan dalam Kumpulan Perniagaan Zamrud dan/atau Platinum yang layak:
5.2.5.1 Menawarkan untuk berunding dan menyokong mereka selaras dengan ABO bawahan Zamrud dan/atau Platinum yang layak dalam kumpulan itu untuk mengukuhkan kejayaan perniagaan mereka.
5.2.5.2 Menggalakkan pematuhan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku.
5.3 Latihan dan Motivasi:
Melakukan atau memberikan akses untuk latihan dan motivasi yang mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, termasuk QAS yang digabungkan.
5.3.1 Untuk memenuhi kewajiban ini, Penaja boleh melatih sendiri ABO yang ditajanya atau mengaturkan sokongan daripada orang lain, termasuk ABO atasan Platinumnya di mana berkenaan, ABO yang layak dan diluluskan untuk menghasilkan dan menggunakan BSM untuk melatih, mendidik dan memotivasi ABO lain atau vendor pihak ketiga (“Penyedia Latihan”).
5.3.2 Jika Penaja memberikan latihan dan motivasi secara langsung, Penaja tetap bertanggungjawab di bawah Kontrak ABO untuk memastikan latihan dan motivasi yang mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan QAS tersedia untuk ABO yang ditajanya.
5.3.3 Jika aturan dibuat dengan ABO atasan Platinum atau ABO lain yang dibenarkan untuk memberikan latihan dan motivasi, maka ABO yang memberikan latihan dan motivasi itu akan bertanggungjawab di bawah Kontrak ABO supaya latihan dan motivasi berkenaan mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan QAS.
5.3.4 Jika aturan dibuat dengan Penyedia Latihan, maka Penaja atau ABO lain yang membuat aturan itu akan bertanggungjawab di bawah Kontrak ABO supaya latihan dan motivasi berkenaan mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan QAS