SEKSYEN 6 – PENGEKALAN BARISAN PENAJAAN

6.1 Perlindungan Barisan Penajaan:
Penjualan kepentingan pemilikan dalam Pemilikan ABO, memindahkan Pemilikan ABO, memerlukan kelulusan terlebih dahulu oleh Amway. Kelulusan ini haruslah mengikut budi bicara Amway yang mutlak.
6.1.1 Pemindahan ABO, dengan atau tanpa ABO bawahan yang ditajanya secara perseorangan dan ABO bawahan kepada ABO bawahan yang ditaja secara perseorangan itu, memindahkan penajaan Pemilikan ABO itu dari satu ABO kepada ABO yang lain.
6.1.2 Apabila Pemilikan ABO dijual, Pemilikan ABO tersebut haruslah kekal di kedudukan yang sama dalam Barisan Penajaan.
6.1.3 Pemindahan mungkin tidak boleh digunakan untuk menstruktur secara strategik atau secara buatan mana-mana bahagian Barisan Penajaan.
6.2 Pemindahan Individu:
Pemindahan individu melibatkan pemindahan seorang ABO tanpa mana-mana ABO yang beliau taja. Tanpa mengehadkan atau menyekat dalam apa-apa cara kuasa dan budi bicara Amway di bawah Seksyen 6.1 di atas:
6.2.1 Mana-mana ABO yang ingin menukar Penaja mestilah menghantar permintaan bertulis kepada Amway berserta dengan (1) pelepasan bertulis yang ditandatangani oleh semua ABO atasan sehingga dan termasuk Platinum yang pertama layak atau ke atas, dan (2) penerimaan bertulis daripada Penaja baru dan Platinum atau ke atas yang baru. Penerimaan bertulis daripada Penaja dan Platinum atau ke atas yang baru mengesahkan bahawa mereka akan memikul semua tanggungjawab ABO yang berpindah.
6.2.2 Amway juga akan menghubungi mana-mana Penaja Antarabangsa dan penerima Bonus Kepimpinan Antarabangsa dan akan membenarkan 30 hari untuk memberi komen.
6.3 Pemindahan Kumpulan:
Pemindahan kumpulan melibatkan pemindahan seorang ABO dengan semua atau beberapa ABO yang beliau taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja. Tanpa mengehadkan atau menyekat dalam apa jua cara kuasa dan budi bicara Amway di bawah seksyen 6.1 di atas.
6.3.1 ABO yang ingin berpindah kepada Penaja yang lain dengan semua atau sebahagian daripada ABO bawahan yang ditajanya secara perseorangan dan ABO bawahan kepada ABO bawahan yang ditaja secara perseorangan itu, mesti menghantar permintaan bertulis kepada Amway yang disertai dengan keizinan bertulis daripada semua ABO bawahan, yang ingin berpindah, sehingga ABO pertama yang layak pada tahap Platinum atau Ke Atas dan semua ABO atasan yang layak pada tahap Platinum atau Ke Atas sehingga dan termasuk ABO pertama yang layak pada tahap Zamrud atau Ke Atas.
6.3.1.1 Jika ABO atasan pertama yang layak pada tahap anugerah rasmi adalah Zamrud atau ke atas yang layak, persetujuan bertulis mestilah diterima daripada ABO seterusnya yang layak pada tahap Platinum atau ke atas yang merupakan ABO atasan dari Zamrud tersebut.
6.3.1.2 Amway kemudiannya akan memaklumkan Intan atasan pertama yang layak dan membenarkan 14 hari untuk memberi komen.
6.3.2 Permintaan pemindahan mestilah disertakan dengan persetujuan bertulis daripada semua ABO itu, termasuk mereka yang ditaja di peringkat antarabangsa, yang ingin dibawa bersama oleh ABO yang berpindah dan penerimaan bertulis ABO dalam Barisan Penajaan yang pemohon mahu dipindahkan.
6.3.2.1 Amway juga akan menghubungi mana-mana Penaja Antarabangsa dan penerima Bonus Kepimpinan Antarabangsa dan akan membenarkan 30 hari untuk memberi komen.
6.3.3 Tiada ABO yang pada masa ini diiktiraf oleh syarikat sebagai Pemimpin Kumpulan (contohnya, Penaja Perak, Penyandang Emas, Platinum, atau Delima, dsbnya) boleh dipindahkan dengan ABO yang beliau taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja di bawah Peraturan ini.
6.3.3.1 Bekas ABO Pemimpin Kumpulan boleh dipindahkan dengan ABO yang beliau taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja hanya jika lebih daripada 2 tahun penuh telah berlalu semenjak bulan yang terakhir yang mana ABO telah diiktiraf dalam erti kata yang sebenarnya, dengan syarat telah berlaku pematuhan prosedur yang telah digariskan di atas.
6.4 Tidak Aktif Enam Bulan:
ABO yang ingin menamatkan (dengan berhenti atau gagal untuk menyambung) Pemilikan ABOnya di bawah Penaja semasa beliau dan yang selepas itu menjadi tidak aktif untuk tempoh enam bulan atau lebih berturut-turut haruslah berhenti menjadi ABO yang diberi kuasa dan boleh, berikutan luputnya tempoh tidak aktif yang dinyatakan, memohon sebagai ABO baru di bawah Penaja baru. Tarikh Amway menerima surat berhenti bermulanya tempoh tidak aktif. Seseorang yang belum memperbaharui Pemilikan ABOnya akan dianggap sudah tamat tempoh dan mestilah kekal tidak aktif enam bulan dari permulaan bulan yang berikutnya.
6.4.1 Untuk menaja seorang ABO di bawah Peraturan ini, pemohon mestilah mengisi Kontrak ABO baru yang boleh diperoleh daripada Amway. Jika bukti aktiviti sepanjang tempoh enam bulan adalah berasas, Amway akan menolak untuk memberi penajaan di bawah Penaja baru. Hak ABO untuk mempertikaikan penajaan bekas ABO yang kini ditaja di bawah Penaja yang berbeza terhapus apabila dua tahun telah berlalu sejak tarikh Amway menerima permohonan di bawah Penaja baru.
6.4.2 Definisi Tidak Aktif:
Tidak aktif untuk tujuan Peraturan ini harus bermakna bahawa sepanjang tempoh tidak aktif, ABO haruslah benar-benar tidak aktif, yang bermakna ABO tersebut:
6.4.2.1 Tidak seharusnya membeli produk atau perkhidmatan Amway sebagai ABO untuk kegunaan peribadi (walaupun beliau boleh melakukan sedemikian sebagai pelanggan)
6.4.2.2 Tidak seharusnya menjual atau membekalkan mana-mana produk atau perkhidmatan Amway kecuali menurut polisi “beli balik”, tidak seharusnya terlibat dalam mana-mana fasa penjualan/pembelian produk (contohnya mengambil pesanan, membuat penghantaran atau menerima bayaran);
6.4.2.3 Tidak seharusnya menyampaikan Pelan Penjualan & Pemasaran Amway kepada mana-mana Prospek;
6.4.2.4 Tidak seharusnya memfailkan Niat untuk Meneruskan sebagai pelanjutan Pemilikan ABOnya; dan
6.4.2.5 Tidak seharusnya menghadiri mana-mana mesyuarat pengambilan ahli baru, latihan atau motivasi ABO baru yang dikendalikan oleh mana-mana ABO atau mana-mana mesyuarat yang ditaja oleh Amway;
6.4.2.6 Untuk tujuan Peraturan ini, perkara-perkara berikut TIDAK seharusnya membentuk aktiviti dan oleh itu, tidak mengganggu perjalanan tempoh tidak aktif enam bulan asalkan bekas ABO adalah sebaliknya tidak aktif:
6.4.2.6.1 Memperoleh dan/atau menyerahkan permintaan bertulis untuk pemindahan;
6.4.2.6.2 Memfailkan permintaan untuk mengkaji semua keputusan Amway oleh Panel Penilaian Antarabangsa; atau
6.4.2.6.3 Mengarahkan pertanyaan kepada Amway tentang status Pemilikan ABOnya.
6.4.2.7 Semasa tempoh tidak aktif, bekas ABO mestilah tidak menyertai sebarang aktiviti di bawah Pemilikan ABO lain menggunakan nama ibu bapa beliau, adik-beradik, atau lain-lain atau beliau akan diputuskan sebagai “aktif” untuk tujuan Seksyen ini.
6.4.2.8 Apabila sama ada suami atau isteri adalah seorang ABO, kedua-duanya mestilah memenuhi keperluan tidak aktif enam sebelum boleh ditaja sekali lagi sebagai ABO.
6.4.2.9 Jika ABO yang menukar Penaja di bawah peraturan ini juga mempunyai mana-mana ABO yang ditaja di peringkat antarabangsa, ABO yang ditaja di peringkat antarabangsa beliau itu akan dilupuskan sebaik sahaja tempoh tidak aktif enam bulan telah bermula.
6.4.2.10 Jika ABO yang menukar Penaja di bawah Peraturan ini juga memiliki perniagaan Amway di pasaran lain, beliau mestilah memilih seorang daripadanya untuk menjadi Penaja Antarabangsa bagi Pemilikan ABO baru beliau apabila melengkapkan Kontrak ABO baru.
6.4.3 Tidak Aktif Dua Tahun: ABO yang berpindah ke atau yang selepas tidak aktif enam bulan atau lebih memohon untuk penajaan di bawah seorang Penaja dalam Barisan Penajaan yang berbeza menurut peruntukan dalam peraturan ini, mungkin tidak ditaja oleh mana-mana ABO yang sebelum ini berada di atasnya dalam Barisan Penajaan asal sehingga dan termasuk ABO pertama yang layak pada tahap Platinum atau ke atas, atau berada di bawahnya dalam bekas ABO yang beliau taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hinggalah ke dan termasuk ABO pertama yang layak pada tahap Platinum atau ke atas, melainkan sekurang-kurangnya dua tahun telah berlalu semenjak penamatan Pemilikan ABOnya.
6.4.4 ABO yang berpindah ke, atau yang selepas tidak aktif enam bulan atau lebih, ditaja di bawah Penaja dalam Barisan Penajaan yang berbeza menurut peruntukan dalam Peraturan ini, seharusnya tidak berhak untuk menaja dalam Barisan Penajaan yang baru mana-mana ABO yang sebelum ini berada di atasnya dalam Barisan Penajaan asal sehingga dan termasuk ABO pertama yang layak pada tahap Platinum atau ke atas, atau di bawahnya dalam bekas ABO yang beliau taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja, hinggalah ke dan termasuk ABO pertama yang layak pada tahap Platinum atau ke atas. Walau bagaimanapun, seseorang ABO yang telah tidak aktif dalam tempoh dua tahun selepas beliau berhenti boleh ditaja oleh mana-mana penaja, termasuk bekas Penajanya yang mungkin telah pun dipindahkan ke atau ditaja oleh Penaja yang berbeza.
6.4.5 ABO yang telah mengisytiharkan tidak aktif dalam satu pasaran boleh terus beroperasi sebagai seorang ABO di mana-mana pasaran lain yang mana beliau mempunyai Pemilikan ABO, semasa tempoh tidak aktifnya di pasaran lain.
6.4.6 ABO yang dahulunya ditaja angkat boleh menaja sekali lagi tertakluk pada perenggan 6.4.1, 6.4.2, 6.4.3, dan 6.4.4 dan syarat-syarat yang berikut:
6.4.6.1 Pada masa permohonan, bekas ABO mestilah menentukan sama ada beliau mahu atau tidak ditaja di peringkat antarabangsa atau ditaja angkat sekali lagi, dan
6.4.6.2 Bekas ABO mungkin tidak ditaja secara perseorangan oleh Penaja yang sebelum ini berada di atasnya dalam barisan penajaan angkat yang asal sehingga dan termasuk ABO pertama yang layak pada tahap Platinum atau ke atas, atau berada di bawahnya dalam Barisan Penajaan asalnya hinggalah ke dan termasuk ABO pertama yang layak pada tahap Platinum atau ke atas kecuali dua tahun atau lebih telah berlalu semenjak penamatan Pemilikan ABOnya.
6.4.7 Tindakan Pembetulan: Jika mana-mana peruntukan dalam Peraturan ini dilanggar, Amway boleh mengambil tindakan pembetulan, yang boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penamatan Pemilikan ABO yang melanggar, dan pemindahan bekas ABO yang beliau taja secara perseorangan dan ABO bawahan mereka yang ditaja dan/atau Jumlah Perniagaan yang dihasilkan semasa tempoh pelanggaran ke Barisan Penajaan yang sewajarnya.
6.5 Penjualan Pemilikan ABO:
ABO yang memiliki Pemilikan ABO, sama ada layak atau tidak sebagai Platinum atau ke atas boleh menjual Pemilikan ABOnya hanya kepada ABO lain yang diberi kuasa seperti yang dinyatakan dalam peraturan ini. Amway mengkehendaki bahawa syarat-syarat penjualan yang khusus dimasukkan dalam mana-mana perjanjian jualan. Bagi mengekalkan Barisan Penajaan, ABO yang menjual mestilah menawarkan Pemilikan ABOnya mengikut aturan keutamaan yang dinyatakan di bawah dan ABO yang berminat untuk membeli Pemilikan ABO itu mestilah memenuhi semua terma dan syarat seperti yang ditetapkan dalam Peraturan ini. Perniagaan yang dibeli haruslah kekal berasingan daripada perniagaan Amway pembeli yang lain dan Barisan Penajaan tidak seharusnya diubah dalam apa jua cara hasil daripada jualan itu.
6.5.1 Pilihan pertama untuk membeli adalah milik Penaja Antarabangsanya, yang mengekalkan sepanjang rundingan jualan untuk menjual Pemilikan ABO hak untuk mendapatkan yang sama dengan memenuhi harga dan syarat-syarat sebarang tawaran ikhlas yang diterima oleh dan dianggap boleh diterima kepada Penjual.
6.5.2 Pilihan kedua untuk membeli adalah milik Penaja Angkat tempatannya asalkan pilihan pertama belum dilaksanakan. Sekiranya ABO yang menjual tidak mempunyai Penaja Antarabangsa, Penaja tempatan mengekalkan sepanjang rundingan jualan untuk menjual Pemilikan ABO hak untuk mendapatkan yang sama dengan memenuhi harga dan syarat-syarat sebarang tawaran ikhlas yang diterima dan dianggap boleh diterima oleh Penjual;
6.5.3 Pilihan ketiga, boleh dijalankan asalkan pilihan pertama dan kedua di atas belum dilaksanakan, milik mana-mana satu daripada ABO yang ditaja secara perseorangan kepada Penjual;
6.5.4 Pilihan keempat, boleh dijalankan asalkan pilihan yang pertama, kedua atau ketiga di atas belum dilaksanakan, milik mana-mana Platinum atau ke atas yang layak sama ada ke atas atau ke bawah Barisan Penajaan hinggalah ke Intan yang layak seterusnya;
6.5.5 Pilihan terakhir, boleh dijalankan asalkan pilihan yang pertama, kedua, ketiga, atau keempat di atas belum dilaksanakan, milik mana-mana Zamrud yang layak pada masa itu.
6.5.6 Semua ABO yang membeli mestilah bereputasi baik seperti yang ditentukan oleh Amway. Semua jualan (kecuali harga) mesti disemak dan diluluskan oleh Amway sebelum ia menjadi muktamad. Amway berhak untuk meluluskan semua jualan mengikut budi bicaranya. Tiada perubahan dalam pemilikan akan dilaksanakan dan tiada perubahan hak milik perniagaan yang akan dimuktamadkan sehinggalah perjanjian jualan telah diterima dan diluluskan oleh Amway dan salinan perjanjian jualan yang akhirnya dilaksanakan diberikan kepada Amway untuk rekodnya.
6.5.7 Jika ABO ingin menjual Pemilikan ABOnya di bawah terma dan syarat yang berbeza daripada tawarannya yang pertama, Pemilikan ABO itu mestilah sekali lagi ditawarkan untuk dijual di bawah terma dan syarat yang telah disemak menurut aturan keutamaan pesanan yang dinyatakan di atas.
6.5.8 Semua ABO yang membeli mestilah memenuhi kriteria yang berikut seperti yang ditetapkan sewajarnya oleh Amway. Kegagalan untuk memenuhi kriteria berikut akan bertindak seolah-olah tawaran untuk membeli telah ditarik balik atau pilihan untuk membeli tidak pernah dilaksanakan:
6.5.8.1 Memiliki kepakaran yang mencukupi dalam perniagaan bagi menunjukkan pemahaman yang lengkap dan tepat dalam Pelan Penjualan & Pemasaran Amway dan Peluang Perniagaan Amway;
6.5.8.2 Memiliki pemahaman dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku yang lengkap dan tepat dan menunjukkan kesanggupan untuk mematuhinya;
6.5.8.3 Memiliki sumber yang mencukupi untuk mengendalikan Pemilikan ABO penjual dan untuk memberi latihan dan sokongan yang perlu;
6.5.8.4 Memiliki pemahaman dalam mana-mana faktor pasaran yang berkaitan yang boleh memberi impak kepada pengendalian Pemilikan ABO penjual; dan
6.5.8.5 Pada masa ini tidak terlibat dalam mana-mana pertikaian atau mempunyai sebarang konflik yang boleh memberi impak kepada keupayaannya untuk mengendalikan Pemilikan ABO penjual.
6.5.9 Bonus Pencapaian Bulanan yang terakru kepada perniagaan selepas tarikh jualan akan dibayar kepada pemilik baru. Bonus Tahunan (seperti Bonus Zamrud dan Intan) harus dibayar seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Jualan seperti yang diberi kuasa oleh Amway. Semua anugerah yang sebelum ini diberikan kepada perniagaan tersebut tidak akan dipindahkan kepada pemilik baru. Kelayakan untuk anugerah bagi perniagaan tersebut akan ditentukan hanya melalui aktiviti-aktiviti yang berlaku selepas tarikh jualan.
6.6 Peraturan Satu Perniagaan Amway:
Seorang ABO boleh memiliki, mempunyai kepentingan, menjadi penandatangan atau disenaraikan sebagai orang yang dilantik untuk menjalankan tugas atau wakil kepada hanya satu Pemilikan ABO, kecuali seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 6.6.1 – 6.6.5. Hanya di bawah keadaan-keadaan berikut seseorang ABO boleh mempunyai kepentingan pemilikan dalam lebih daripada satu Pemilikan ABO:
6.6.1 Apabila dua ABO berkahwin dan seorang atau kedua-duanya telah memperoleh tahap Platinum atau ke atas sebelum berkahwin menurut Seksyen 3.2.2;
6.6.2 Apabila Pemilikan ABO yang sedia ada membeli Pemilikan ABO lain menurut Seksyen 6.5;
6.6.3 Apabila seseorang ABO (pemindah), bagi memudahkan pemindahan Pemilikan ABOnya sekiranya beliau meninggal dunia, meminta untuk menyerahkan Pemilikan ABO itu kepada ABO lain menurut Seksyen 10; atau
6.6.4 Apabila ABO yang sedia ada mewarisi Pemilikan ABO menurut Seksyen 10.
6.6.5 Sekiranya ABO memiliki atau mempunyai kepentingan pemilikan dalam dua atau lebih Pemilikan ABO menurut peraturan ini, Amway akan terus mengiktiraf Pemilikan ABO tersebut sebagai Pemilikan ABO yang berasingan dan hanya akan mengiktiraf kedua-duanya sebagai Pemilikan ABO yang berasingan untuk semua tujuan termasuk, untuk tujuan anugerah dan Bonus.
6.7 Penggabungan dan Penyatuan Pemilikan ABO:
Penggabungan atau penyatuan dua atau lebih Pemilikan ABO yang sedia ada disebabkan oleh tindakan mengiakan yang disengajakan oleh pihak pemilik tidak harus dibenarkan yang mengakibatkan Pemilikan ABO yang bergabung memperoleh mana-mana tahap pencapaian.
6.7.1 Hanya penggabungan atau penyatuan hasil daripada kegagalan untuk memfailkan borang Notis Niat untuk Memperbaharui, penamatan, berhenti, kematian (tiada pelantikan pewarisan oleh waris), atau beberapa kejadian tidak sengaja atau punca di luar kawalan mana-mana pemilik, harus dibenarkan, dengan syarat, walau bagaimanapun, bahawa perniagaan yang bergabung itu mempunyai kurang daripada dua (2) cabang yang layak. Penggabungan yang dibenarkan mestilah tidak dilaksanakan sehinggalah yang sama telah disemak dan diluluskan oleh Amway.
6.7.2 Dalam apa jua keadaan, Amway tidak akan meluluskan penggabungan yang mengakibatkan seorang ABO mendapat tahap anugerah yang lebih tinggi.
6.8 Perceraian, Pemisahan, atau Pembubaran yang Lain:
Bila sesebuah perniagaan diarahkan untuk dipisahkan atau dibahagikan akibat perceraian, pembubaran sesebuah perbadanan atau perkongsian (di mana sesuai), pemisahan atau pembahagian itu mestilah dicapai dalam cara yang tidak akan memberi kesan yang buruk terhadap kepentingan dan/atau pendapatan ABO dalam Barisan Penajaan. Sewaktu proses pembahagian atau pemisahan, kedua-dua belah pihak tidak harus mentadbirkan atau mengendalikan, bersama-sama atau berasingan, mana-mana Pemilikan ABO lain tanpa persetujuan bertulis yang nyata daripada Amway.
6.8.1 Perceraian: Apabila perceraian pasangan suami isteri yang mana seorang daripadanya merupakan penandatangan Kontrak ABO, Amway akan terus mengiktiraf penandatangan Kontrak ABO sebagai ABO dan akan membayar Bonus dan memberi anugerah dan ganjaran kepada ABO tersebut sahaja. Amway akan terus menganggap Pemilikan ABO tersebut sebagai entiti tunggal dan untuk tujuan kontrak ini individu-individu yang sebelum ini pernah berkahwin adalah masih terikat dengan Seksyen 3.2, 3.11 dan 4.14 kerana ia membincangkan isu-isu pasangan. Sebarang persetujuan antara pasangan yang bercerai yang berkaitan dengan keuntungan daripada Perniagaan Amway seorang daripada pasangan itu mestilah ditangani oleh pasangan yang bercerai itu. Tanpa persetujuan bertulis yang nyata daripada Amway, penyelesaian tidak harus dilakukan untuk membahagikan keuntungan atau untuk berkongsi anugerah dan ganjaran antara pasangan yang bercerai.
6.8.2 Pembubaran Entiti Sah yang Mengendalikan Pemilikan ABO: Tanpa perjanjian bertulis daripada Amway, kecuali diberitahu sebaliknya, sebelum pembubaran entiti sah yang merupakan penandatangan Kontrak ABO, Kontrak ABO boleh diserahkan kepada wakil bagi entiti sah yang diberi kuasa yang menandatangani Kontrak ABO asalnya bagi pihak syarikat, atau Pemilikan ABO boleh dijual menurut Seksyen 6.5 dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku. Kegagalan sama ada untuk menyerahkan Kontrak ABO kepada wakil yang diberi kuasa atau untuk menjual Pemilikan ABO menurut Seksyen 6.5 dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku akan mengakibatkan penghentian Pemilikan ABO menurut Seksyen 14 dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku.
6.9 Pelupusan Pemilikan ABO:
Jika seseorang ABO menamatkan Pemilikan ABOnya dengan Amway, atau gagal untuk memohon pelanjutan Pemilikan ABO dalam tempoh masa yang dikehendaki, atau meninggal dunia tanpa meninggalkan waris yang sanggup dan dapat memikul tanggungjawab untuk Pemilikan ABO tersebut, Amway mengikut budi bicaranya yang mutlak, haruslah memutuskan masa depan Pemilikan ABO menurut Seksyen 14.
6.10 Tidak Bersaing/Larangan Melakukan Pemancingan:
(a) Tidak Bersaing:
Seorang ABO, yang sedang atau telah layak pada tahap Platinum atau Ke Atas, tidak boleh, sepanjang kewujudan kontrak Pemilikan ABO dengan Amway dan dalam tempoh 6 bulan setelah penamatan kontrak Pemilikan ABO dengan Amway, terlibat dalam atau menjalankan sebarang perniagaan atau perkhidmatan, secara langsung atau tidak langsung, yang boleh dianggap bersaing dengan atau serupa dengan perniagaan Amway, sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain di Malaysia dan Brunei.
(b) Tidak Memancing:
Seorang ABO tidak boleh, sepanjang kewujudan kontrak Pemilikan ABO dengan Amway dan dalam tempoh 24 bulan setelah penamatan kontrak Pemilikan ABO dengan Amway, sama ada untuk akaunnya sendiri atau untuk akaun orang lain di Malaysia dan Brunei, memancing, mendorong, cuba memancing, cuba mendorong atau menarik mana-mana ABO di Malaysia dan Brunei daripada Amway.