PERATURAN TATACARA & TINGKAH LAKU
SEKSYEN 7 – BAHAN SOKONGAN PERNIAGAAN (BSM)
Walaupun Amway tidak mewajibkan sesiapa pun untuk membeli BSM, ABO mungkin memutuskan yang mereka boleh memainkan peranan yang berguna dalam membina perniagaan yang menguntungkan atau mencapai matlamat. BSM adalah pilihan dan mana-mana ABO yang memilih untuk mempromosikan, menggunakan, menjual atau mengedarkan BSM mesti menekankan secara bertulis bahawa pembelian itu adalah secara sukarela dan mana-mana ABO yang membeli BSM boleh memulangkan BSM untuk mendapatkan bayaran balik penuh mengikut Polisi Bayaran Balik BSM yang dinyatakan dalam QAS. ABO tidak boleh dibebankan atau diwajibkan untuk membeli BSM atau diletakkan dalam keadaan yang tidak menguntungkan oleh ABO atasan atau ABO bawahan kerana memilih untuk tidak membeli atau menjual BSM. ABO tidak akan menerima pampasan, insentif atau manfaat daripada penjualan BSM, sama ada BSM yang dihasilkan oleh ABO atau pihak ketiga. Sebaliknya, ABO boleh menjual BSM hanya pada harga kos dan tidak sesekali pada harga yang melebihi harga tersiar yang diluluskan. ABO boleh merujuk pada QAS untuk arahan yang lebih khusus tentang harga bahan dan acara.
Semua BSM mesti mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan QAS, walau apa pun tujuan atau sumber BSM. BSM tidak boleh dijual kepada bukan ABO dan pembelian BSM tidak boleh digambarkan sebagai syarat untuk menjadi ABO. Amway tidak menyokong mana-mana BSM.
Atas budi bicara mutlaknya, Amway boleh menyemak mana-mana BSM dan menentukan sama ada ia sesuai digunakan di pasaran atau tidak. ABO bertanggungjawab untuk mematuhi semua undang-undang berkaitan kandungan, pengeluaran, pengedaran serta penjualan atau penggunaan BSM.
| 7.1 | ABO Sahaja: ABO boleh menghasilkan BSM yang membincangkan subjek umum yang bersifat “bagaimana caranya”; walau bagaimanapun, mereka mestilah menpunyai keterangan “Untuk ABO Sedia Ada Sahaja – Bukan untuk digunakan dengan Prospek”. |
||
|
|||
| 7.2 | Semakan: Sebelum pengedaran dan penggunaan, semua BSM harus diserahkan kepada Amway untuk disemak dan diberikan kebenaran seperti yang dinyatakan dalam QAS. Hasil semakan tersebut, Amway boleh menolak untuk memberikan kebenaran atau meminta mengikut budi bicara mutlaknya supaya BSM tersebut diubah suai dan/atau mengambil tindakan lain yang sesuai sebelum BSM tersebut digunakan. Selain haknya untuk meluluskan semua BSM, Amway juga boleh melakukan semakan berkaitan penggunaan dan layanan kepada nama Amway atau cap dagang, tanda khidmat, karya berhak cipta atau harta intelek lain yang dimiliki atau dilesenkan kepada Amway untuk memastikan pematuhan terhadap semua Peraturan dan QAS. Semakan mungkin termasuk tetapi tidak terhad pada, menghadiri (secara bersemuka atau elektronik) mesyuarat latihan dan pendidikan dan juga melakukan temu ramah dan tinjauan tentang ABO. ABO harus memberi Amway akses penuh ke BSM, termasuk, tanpa had, akses ke mesyuarat dan acara, semua kawasan laman web yang dilindungi kata laluan dan akses yang munasabah ke bahan, maklumat dan lokasi lain yang diperlukan atau bermanfaat untuk tujuan menjalankan sebarang semakan yang disebutkan di atas termasuk, tanpa had, semakan tersebut dilakukan untuk mengesahkan pematuhan ABO terhadap Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan QAS. ABO akan membalas pertanyaan dan bekerjasama tepat pada masanya terhadap sebarang semakan yang dilakukan oleh Amway berhubung dengan kewajipan mereka di bawah Kontrak ABO, Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan QAS. ABO harus bertindak secara jujur dan tidak boleh secara tidak munasabah menyekat akses ke sebarang bahan atau maklumat yang diminta oleh Amway. |
