SEKSYEN 8 – PENYAMPAIAN PELAN PENJUALAN & PEMASARAN AMWAY

8.1 Mestilah Tidak Memberi Tanggapan yang Palsu:
Apabila menjemput prospek untuk mendengar penyampaian Pelan Penjualan & Pemasaran, seseorang ABO tidak seharusnya secara langsung atau tidak langsung:
8.1.1 Memberi tanggapan bahawa Pelan Penjualan & Pemasaran Amway berkait dengan peluang pekerjaan (menurut Seksyen 4.11);
8.1.2 Membayangkan bahawa jemputan adalah ke acara sosial;
8.1.3 Menyelindungi jemputan sebagai “kaji selidik pasaran;”
8.1.4 Mempromosikan acara sebagai “seminar cukai;” seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 8.3.3;
8.1.5 Mempromosikan Peluang Perniagaan Amway sebagai hubungan perniagaan dengan seseorang, syarikat atau organisasi selain daripada Amway sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 4.23.1 subperkara (e) di atas;
8.1.6 Menyatakan secara langsung atau tidak langsung bahawa produk sedemikian adalah hanya satu rangkaian produk yang diedarkan melalui atau sebagai sebahagian daripada pembrokeran, konsainan, atau perniagaan perantaraan yang dikendalikan oleh seseorang, syarikat atau organisasi selain daripada Amway;
8.1.7 Menyatakan secara langsung atau tidak langsung bahawa Peluang Perniagaan Amway, ABO atau produk dan perkhidmatan yang diperdagangkan melalui Amway adalah sebahagian daripada mana-mana perniagaan selain daripada Peluang Perniagaan Amway seperti yang didefinisikan dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan bahan maklumat rasmi Amway;
8.1.8 Gagal menyatakan dengan tegas berkaitan dengan jemputan sedemikian sifat sebenar penyampaian sedemikian dan bahawa penyampaian tersebut adalah tentang Pelan Penjualan & Pemasaran Amway dan Peluang Perniagaan Amway; atau
8.1.9 Terlibat dalam mana-mana gambaran yang salah secara langsung atau tidak langsung tentang Peluang Perniagaan Amway dan hubungan ABO dengan Amway dan sifat Perniagaan Amway, atau meninggalkan mana-mana maklumat yang sewajarnya dijangka diperlukan untuk menilai dengan betul Peluang Perniagaan Amway, produk dan perkhidmatan Amway oleh seseorang yang menerima jemputan sedemikan atau menghadiri atau sebaliknya menyertai penyampaian atau acara tersebut.
8.1.10 Atau dalam apa-apa cara lain melanggar Seksyen 4.23 di atas.
8.2 Hubungan Pertama Dengan Prospek:
Adalah melanggar Peraturan Tatacara & Tingkah Laku atau Polisi Perniagaan Amway jika ABO mengelirukan atau gagal memberitahu Prospek tentang sifat aktiviti ABO dan oleh itu, pada hubungan pertama dengan Prospek, ABO mesti:
8.2.1 Memperkenalkan dirinya dengan nama;
8.2.2 Memberitahu yang dirinya seorang ABO;
8.2.3 Memperkenalkan Amway dengan sewajarnya dan hubungan ABO itu dengan Amway;
8.2.4 Menyatakan tujuan hubungan, seperti penjualan Produk Amway dan/atau pengenalan Prospek kepada Peluang Perniagaan Amway;
8.2.5 Benar dan jujur apabila menerangkan Pelan Penjualan & Pemasaran Amway, produk dan/atau perkhidmatannya; dan
8.2.6 Memberi maklum balas yang benar dan jujur serta penuh ketelusan dan berterus terang terhadap sebarang pertanyaan yang diajukan oleh Prospek tentang Peluang Perniagaan Amway, produk dan perkhidmatan Amway, ABO atau Amway.
8.3 Etika Penajaan:
Dalam mencari penyertaan prospek dalam Pelan Penjualan & Pemasaran Amway, ABO yang menaja mestilah mematuhi Seksyen 4.23 dan juga yang berikut:
8.3.1 Mestilah tidak menyebut bahawa Pemilikan ABO yang berjaya boleh dibina dalam bentuk “kelab pembelian borong”, di mana satu-satunya produk yang dibeli dan dijual adalah yang dipindahkan kepada ABO lain untuk kegunaan peribadi mereka.
8.3.2 Mestilah tidak menyebut bahawa jualan runcit atau pemasaran produk oleh ABO adalah tidak diperlukan.
8.3.3 Mestilah tidak mempromosikan faedah potongan cukai sebagai alasan terbaik dan utama untuk menjadi ABO.
8.3.4 Mestilah tidak menyatakan bahawa perniagaan ini adalah peluang untuk “cepat kaya” yang mana kejayaan mudah dicapai dengan memerlukan sedikit atau tiada langsung dari segi usaha dan masa. Sekiranya ABO yang lain digunakan sebagai contoh kejayaan, kejayaan ABO itu mestilah boleh ditentusahkan dan dibuktikan.
8.3.5 Mestilah tidak menggunakan mana-mana kaedah komunikasi penyiaran termasuk pengeposan besar-besaran, telepemasaran, pengiklanan nasional atau antarabangsa, radio, televisyen, khidmat faksimili, rangkaian komunikasi komputer, termasuklah Internet, atau mana-mana cara lain yang mana hubungan peribadi dengan prospek tidak wujud. Pengiklanan dibenarkan dalam konteks terhad seperti yang diterangkan dalam Standard Komunikasi Digital.
8.3.6 ABO mestilah tidak memberi gambaran yang salah tentang hubungan antara Amway dan mana-mana syarikat lain yang bergabung dengan Amway.
8.4 Tiada Wilayah Eksklusif:
ABO tidak harus memberi gambaran bahawa terdapat wilayah eksklusif ditawarkan. Gambaran sedemikian merupakan pelanggaran syarat-syarat Pemilikan ABO.
8.5 Tiada Kemestian untuk Membeli:
ABO tidak seharusnya menyuruh Prospek membeli produk dan/atau perkhidmatan dan/atau bahawa wang pendahuluan diperlukan jika ingin menyertai, dan mahupun terdapat yuran dalam bentuk kursus latihan, seminar, acara sosial atau aktiviti yang serupa bagi mendapatkan hak untuk menyertai, kecuali untuk Kit Perniagaan Amway. Adalah melanggar syarat kontrak ABO dan Pemilikan ABO untuk membuat gambaran sedemikian.