PENDAFTARAN ABO

Anda hendaklah:

i. Memberi maklumat yang benar, tepat, terkini dan lengkap mengenai diri anda seperti yang dikehendaki dalam borang Pendaftaran.
ii. Mengekalkan dan mengemaskinikan data Pendaftaran untuk memastikan ia benar, tepat, terkini & lengkap.


Semua ABO mesti menggunakan kata laluan, yang anda akan perlukannya, bersama-sama dengan nombor pengenalan yang Amway akan berikan kepada anda untuk log masuk ke kawasan-kawasan yang dilindungi kata laluan Laman Web ini. Anda hendaklah mengekalkan kerahsiaan sebarang nombor pengenalan, PIN atau kata laluan yang disediakan. Anda hendaklah dengan segera memberitahu Amway sebarang penggunaan yang tidak dibenarkan Pengenal pasti ini, atau sebarang pelanggaran keselamatan yang lain. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang berlaku di bawah Pengenal pasti ini. Amway tidak bertanggungjawab atas sebarang penyalahgunaan akaun anda oleh seseorang yang menggunakan Pengenal pasti anda.