NOTIS PRIVASI AMWAY
1. | Notis Privasi Amway untuk Pemilik Perniagaan Amway (ABO) |
2. | Notis Privasi Amway untuk Pelanggan Istimewa Amway (APC) |
3. | Notis Privasi/Kuki Pelawat Laman Web Amway |
NOTIS PRIVASI AMWAY UNTUK PEMILIK PERNIAGAAN AMWAY (ABO)
Notis Privasi ini menjelaskan cara Amway Malaysia Sdn. Bhd. (No. 28, Jalan 223, 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia), dan Amway International Inc. (“AII”) (7575 Fulton Street East, Ada, Michigan 49355, Amerika Syarikat) (bersama, “Amway" atau “kami” atau “kita”) menggunakan data peribadi yang dikumpul atau diterima daripada para Pemilik Perniagaan Amway (“ABO” atau “anda”). Notis ini menjelaskan cara kami mengumpul atau menerima data peribadi anda, jenis data peribadi yang kami proses, cara kami menggunakan, berkongsi dan melindungi data ini, tempoh kami menyimpan data ini, hak anda berhubung pemprosesan data peribadi anda dan cara anda boleh menghubungi kami mengenai amalan privasi kami. Kami bertindak sebagai pengawal bersama berhubung data peribadi anda.
Cara Kami Mengumpul dan Menerima Data Peribadi daripada Anda
Apabila kami meminta anda memberikan kepada kami data peribadi anda, kami akan menyatakan sama ada penyediaan data peribadi itu adalah syarat statutori atau kontraktual atau syarat yang diperlukan untuk mengikat dan/atau memudahkan sesebuah kontrak, serta sama ada anda bertanggungjawab menyediakan data peribadi dan kemungkinan akibat kegagalan menyediakan data peribadi itu.
Amway mengumpul dan menerima data peribadi daripada Pelawat dalam pelbagai cara, seperti:
Pendaftaran. Amway mengumpul data peribadi anda melalui borang pendaftaran yang anda telah lengkapkan dan hantar kepada kami dalam bentuk kertas atau secara elektronik melalui laman web Amway (“Laman Web”) untuk menjadi ABO.
Log masuk sebagai ABO. Kami mengumpul data peribadi anda yang anda berikan kepada kami apabila menggunakan Laman Web jika anda telah log masuk ke Laman Web sebagai ABO. Sebagai contoh, kami mengumpul data peribadi anda semasa anda membeli produk atau perkhidmatan.
Menghubungi Kami. Apabila anda menghubungi kami melalui pelbagai saluran komunikasi yang disediakan di halaman web “Hubungi Kami” Laman Web, kami mengumpul data peribadi dan maklumat lain yang anda sediakan. Contoh data peribadi berkenaan termasuk alamat e-mel, nombor telefon atau borang dalam talian Amway.
Jenis Data Peribadi yang Kami Proses
Kami memproses data peribadi berikut yang berkaitan dengan anda:
• | Maklumat perhubungan (mis., nama, alamat surat-menyurat atau e-mel, pengendali media sosial, nombor faks dan telefon); |
• | Jika berkenaan, maklumat organisasi ABO (mis., nama syarikat yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan Amway, profesion serta butiran pemilikan dan pengurusan); |
• | Maklumat demografik seperti jantina, umur, kewarganegaraan, profesion, tarikh dan tempat lahir; |
• | Status perkahwinan |
• | Nombor pendaftaran ABO dan log masuk atau kelayakan akses (seperti ID Amway dan kata laluan); |
• | Pengenal negara, seperti pasport atau kad pengenalan (termasuk nombor, tarikh dikeluarkan, tempat dikeluarkan dan tarikh tamat), nombor cukai atau keselamatan sosial setakat mana yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang terpakai atau jika perlu untuk pelaksanaan tanggungjawab kontraktual; |
• | Maklumat pembayaran (mis., nombor akaun bank, kad debit atau kredit, pembekal perkhidmatan pembayaran); |
• | Maklumat prestasi ABO (mis., kelas, status, kelayakan kumpulan dan perseorangan di bawah Pelan Penjualan dan Pemasaran Amway serta sejarah bonus Amway); |
• | Pilihan produk, tabiat pembelian, sejarah pembelian dan tingkah laku berbelanja; dan |
• | Pilihan komunikasi. |
Kami boleh memproses data peribadi lain dalam keadaan luar biasa sahaja. Jika kami perlu memproses jenis data peribadi yang lain mengenai anda, kami akan memastikan anda dimaklumkan berhubung pemprosesan data peribadi berkenaan dan mempunyai asas undang-undang yang sah untuk berbuat demikain (mis., kebenaran anda).
Cara Kami Menggunakan Data Peribadi yang Kami Kumpul
Kami hanya memproses data peribadi anda setakat yang diperlukan:
(i) |
Untuk pelaksanaan perjanjian dengan kami atau untuk mengambil langkah-langkah atas permintaan anda sebelum mengikat perjanjian dengan kami, termasuk untuk: |
||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||
(ii) |
Untuk mematuhi tanggungjawab undang-undang kami, termasuk untuk: |
||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||
(iii) |
Untuk tujuan kepentingan sah kami, termasuk untuk: |
||||||||||||||||||||||||
|
Apabila kami memproses data peribadi anda untuk tujuan ini, kami telah telah mengimbangi dengan teliti kepentingan organisasi kami terhadap hak perlindungan data anda. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi kami di PrivacyOffice@amway.com
Cara Kami Berkongsi Data Peribadi
Amway tidak menjual, menyewa atau mendagangkan data peribadi anda. Kami berkongsi data anda sesama kami sebagai pengawal bersama dan dengan:
• | Entiti berkaitan yang mengendalikan perniagaan jualan langsung di seluruh dunia di bawah nama syarikat Amway, kepada sesesiapa yang semunasabahnya perlu atau dikehendaki agar Amway mendedahkan data peribadi; |
• | ABO lain agar dapat menyokong perniagaan anda dengan Amway |
• | Pembekal penyelesaian infrastruktur atau platform atau perisian sebagai perkhidmatan, perkhidmatan pembangunan perisian, perkhidmatan penyelenggaraan sistem maklumat atau perkhidmatan pemasaran; |
• | Pembekal logistik; |
• | Pembekal perkhidmatan urus niaga kewangan; dan |
• | Pihak berkuasa kerajaan atau pihak ketiga lain, jika dikehendaki atau sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang atau secara munasabah perlu untuk melindungi hak, kepentingan undang-undang, harta atau keselamatan anda, orang lain atau kami sendiri. |
Pemindahan Data Antarabangsa
Kami memindahkan data peribadi yang kami kumpul mengenai anda kepada entiti dalam organisasi Amway serta pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang memproses data peribadi bagi pihak kami. Sesetengah syarikat dan pembekal perkhidmatan berkenaan berada di negara selain daripada negara yang data berkenaan pada asalnya dikumpul. Undang-undang di negara berkenaan mungkin tidak mempunyai tahap perlindungan data yang sama dengan negara di mana anda mula-mula memberikan data itu. Apabila kami memindahkan data peribadi anda ke negara lain, kami akan melindungi data berkenaan sebagaimana dijelaskan dalam Notis Privasi ini dan berdasarkan undang-undang yang terpakai
Untuk data peribadi yang berasal daripada EEA yang dipindahkan ke negara yang tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Eropah kerana memberikan tahap perlindungan data yang mencukupi, kami telah menyediakan perlindungan kontrak (berdasarkan Klausa Kontraktual Standard Suruhanjaya Eropah untuk pemindahan data di luar EEA) atau bergantung pada mekanisme perundangan yang setara bagi memastikan data peribadi anda kekal dilindungi. Untuk maklumat lanjut berhubung perlindungan yang telah kami sediakan untuk melindungi data peribadi anda semasa dipindahkan ke luar EEA (termasuk cara untuk mendapatkan salinan atau merujuk perlindungan ini), sila hubungi kami di PrivacyOffice@amway.com
Cara Kami Melindungi Data Peribadi
Kami menyelenggara perlindungan keselamatan teknikal dan organisasi bersesuaian yang direka bentuk untuk melindungi data peribadi yang kami proses daripada kemusnahan, kehilangan, pindaan, akses, pendedahan atau penggunaan yang tidak disengajakan, menyalahi undang-undang atau tidak dibenarkan.
Tempoh Kami Menyimpan Data Peribadi
Kami menyimpan data peribadi selama mana difikirkan perlu untuk memenuhi tujuan kami mengumpul data (lihat atas di bawah “Cara Kami Menggunakan Data Peribadi yang Kami Kumpul”), kecuali jika dikehendaki atau sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang. Sila hubungi kami menggunakan butiran perhubungan kami yang disediakan di bawah jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung amalan penyimpanan data kami.
Kemas kini Dasar Privasi Ini
Amway boleh mengemas kini Notis Privasi dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan anda sebarang pindaan penting kepada Notis Privasi ini di laman web Amway yang berkenaan, dalam penerbitan rasmi Amway, atau melalui saluran komunikasi lain yang bersesuaian. Semua perubahan akan berkuat kuasa mulai tarikh penerbitan, melainkan sebaliknya disediakan dalam pemberitahuan.
Hak Anda
Tertakluk kepada peruntukan perundangan yang relevan, anda mempunyai hak perlindungan data berikut:
• | Hak untuk mengakse |
• | Hak untuk pembetulan |
• | Hak untuk memadam |
• | Hak untuk mengehadkan pemprosesan |
• | Hak untuk kemudahalihan data |
• | Hak untuk menarik balik kebenaran |
• | Hak untuk membantah |
• | Hak untuk membuat aduan |
Cara untuk Menghubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, jika anda ingin mengemas kini maklumat yang kami ada mengenai anda, atau jika anda ingin melaksanakan hak perlindungan data anda, anda boleh hubungi syarikat gabungan tempatan anda melalui melalui e-mel ke mysales@amway.com atau melalui surat ke:
Amway Malaysia Sdn Bhd Attn: Business Conduct & Rules Department 28, Jalan 223, 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. |
atau anda boleh menghubungi Evy Loh di privacyoffice@amway.com