Pernyataan Keselamatan, Privasi, Log masuk & Kata Laluan

Log masuk Privasi untuk ABO

Dasar Privasi ini menjelaskan bagaimana AMWAY Malaysia Sdn Bhd (kemudian daripada ini disebut “AMWAY”) menggunakan data yang dikumpul daripada Pemilik Perniagaan (“ABOs”) dan Ahli AMWAY. Ia menjelaskan bagaimana kami boleh mengumpul atau menerima data peribadi, jenis data peribadi yang boleh kami kumpul, bagaimana kami menggunakan, berkongsi dan melindungi data berkenaan, berapa lama kami menyimpan data berkenaan, hak anda dan bagaimana anda boleh menghubungi kami mengenai amalan privasi kami.


Bagaimana Kami Boleh Mengumpul atau Menerima Data Peribadi daripada Anda

- Pendaftaran
AMWAY mengumpul data peribadi anda melalui borang pendaftaran yang anda telah lengkapkan dan hantar kepada kami dalam bentuk kertas atau secara elektronik melalui laman web AMWAY (“Laman Web”) untuk menjadi ABO atau Ahli.
- Log masuk sebagai ABO atau Ahli
Kami boleh mengumpul data peribadi anda daripada anda, sebagai contoh, apabila anda memesan produk atau perkhidmatan jika anda log masuk Laman Web sebagai ABO atau Ahli.
- Menghubungi Kami
Anda boleh juga memilih untuk menghantar data peribadi anda dan maklumat-maklumat lain kepada kami melalui pelbagai saluran komunikasi yang disediakan di halaman “Hubungi Kami” di dalam Laman Web ini, sebagai contoh, alamat e-mel AMWAY, nombor telefon atau borang atas talian.
- Kuki
Kami boleh juga menggunakan kuki atau teknologi seumpamanya yang mengumpul penggunaan maklumat Laman Web tertentu apabila anda mengakses, melihat dan menggunakan Laman Web jika anda log masuk ke dalam Laman Web. Kuki ialah fail data yang diletakkan pada komputer atau peranti mudah alih apabila ia digunakan untuk melawat laman web. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kuki yang digunakan oleh AMWAY, sila baca “Notis Privasi Laman Web”.
Anda boleh mematikan kuki dalam tetapan pelayar (cth. di bawah ciri-ciri “Preferences” atau “Internet Options” pelayar anda). Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sesetengah ciri-ciri Laman Web tidak boleh berfungsi dengan baik jika anda mematikan penggunaan kuki. Untuk maklumat lanjut bagi mengurus atau memadamkan kuki, sila lawat http://www.allaboutcookies.org./.

Jenis Data Peribadi yang Kami Boleh Kumpul

Kami boleh mengumpul data peribadi berikut daripada anda:

Maklumat untuk dihubungi (cth. nama, alamat surat-menyurat atau e-mel, nombor faks dan nombor telefon);
Maklumat organisasi ABO atau Ahli (cth. nama syarikat ABO, profesyen dan pemilikan serta butiran pengurusan);
Jantina, umur, kewarganegaraan, tarikh dan tempat lahir;
Status perkahwinan;
Nombor pendaftaran ABO atau Ahli, nama pengguna dan kata laluan;
Butiran pasport (termasuk nombor, tarikh dikeluarkan, tempat dikeluarkan dan tarikh tamat) dan nombor Kad Pengenalan setakat mana yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang terpakai;
Maklumat pembayaran (cth., akaun bank berkenaan atau nombor kad kredit);
Maklumat prestasi ABO atau Ahli (cth., kelas, status, kelayakan kumpulan dan peribadi di bawah Pelan Penjualan dan Pemasaran AMWAY dan sejarah kewangan/bonus);
Produk pilihan, tabiat pembelian, sejarah pembelian dan tingkah laku berbelanja;
Pilihan komunikasi; dan
Penggunaan laman web oleh anda, alamat IP, jenis pelayar dan sistem pengendalian.


Kami boleh mengumpul data peribadi lain dalam keadaan tertentu sahaja. Jika kami perlu memproses sesuatu data peribadi mengenai anda, kami akan memastikan bahawa terdapat asas undang-undang yang sah untuk berbuat demikian (cth. kebenaran yang jelas).

Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi yang Kami Kumpul

Kami boleh menggunakan maklumat yang kami kumpul tentang anda untuk:

Mengurus pendaftaran sebagai ABO atau Ahli. Klik di sini untuk melihat Terma & Syarat pendaftaran anda sebagai ABO atau Ahli;
Membuka dan mengurus akaun atas talian anda dan memberi maklum balas kepada pertanyaan anda;
Memproses pesanan produk atau perkhidmatan anda;
Berkomunikasi dengan anda (cth., mengenai produk atau perkhidmatan yang kami tawarkan, atau bercadang untuk ditawarkan);
Mengendali, menilai dan mempertingkatkan perniagaan kami, termasuk dengan:
- Menilai kepuasan anda terhadap komunikasi, bahan, produk dan/atau perkhidmatan semasa kami;
- Membangunkan produk dan perkhidmatan baru serta menentukan keberkesanan pengiklanan kami; dan
- Mengesan dan menganalisis penggunaan produk, bahan dan/atau perkhidmatan oleh anda;
Mengesan, mendokumen dan menganalisis Barisan Penajaan;
Menilai prestasi anda di bawah Perjanjian Pendaftaran Peniagaan atau Ahli AMWAY dengan kami;
Memberi maklumat prestasi perniagaan kepada anda (cth., maklumat mengenai jumlah pembelian Barisan Penajaan, bonus yang diperoleh, tahap anugerah, ABO atau Ahli rujukan anda, dan organisasi ABO atau Ahli atasan anda di bawah Pelan Penjualan dan Pemasaran AMWAY);
Memberi nama, alamat, nombor telefon atau alamat e-mel anda kepada ABO atau Ahli dalam kedua-dua organisasi ABO atasan atau bawahan atau Ahli anda;
Memudahkan anda menggunakan Laman Web melalui penggunaan kuki (cth., untuk menawarkan fungsi troli pembelian, mengingatkan butiran log masuk dan pilihan bahasa, dll.);
Mempertingkat Laman Web, termasuk mengesan dan memantau penggunaan Laman Web oleh anda melalui penggunaan kuki, dan untuk mendiagnosis masalah perisian dan perkakasan yang kami guna;
Melaksanakan aktiviti perakaunan, pengauditan, bil dan kutipan;
Menguatkuasakan terma-terma dan syarat-syarat kontrak;
Melindungi dan mencegah daripada penipuan, urus niaga tanpa kebenaran, tuntutan dan tanggungan lain; dan
Mematuhi kehendak undang-undang yang terpakai, standard industri dan dasar kami.


Kami mungkin tidak dapat memberikan perkhidmatan di atas jika anda memilih untuk tidak memberi data peribadi anda.

Bagaimana Kami Boleh Berkongsi Data Peribadi

AMWAY tidak menjual, menyewa atau mendagangkan data peribadi anda. AMWAY boleh berkongsi data peribadi anda hanya dengan:

Entiti-entiti dalam kumpulan AMWAY yang kepadanya adalah semunasabahnya perlu atau wajar bagi AMWAY mendedahkan data peribadi;
ABO/Ahli dalam organisasi atasan atau bawahan bagi menyokong perniagaan anda dan/atau membenarkan komunikasi berhubung nasihat produk, nasihat pesanan dan maklumat produk bagi produk yang anda telah pesan daripada AMWAY; dan
Pihak berkuasa kerajaan atau pihak ketiga lain, jika dikehendaki di bawah undang-undang untuk melindungi hak, harta dan keselamatan orang lain atau kita sendiri.

Pemindahan Data Antarabangsa

Kami boleh memindahkan data peribadi yang kami kumpul mengenai anda kepada syarikat gabungan AMWAY yang lain atau entiti syarikat induk AMWAY, Alticor Inc yang lain. Ada di antaranya terletak di negara selain daripada negara di mana data berkenaan pada asalnya dikumpul. Undang-undang di negara berkenaan mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan data yang sama dengan negara di mana anda mula-mula memberikan data itu. Apabila kami memindahkan data peribadi anda ke entiti AMWAY di negara lain, kami akan melindungi data berkenaan sebagaimana dijelaskan dalam Dasar Privasi ini dan berdasarkan undang-undang yang terpakai.

Bagaimana Kami Melindungi Data Peribadi

Kami menyenggara perlindungan keselamatan teknikal dan organisasi yang bersesuaian direka untuk melindungi data peribadi yang anda berikan daripada kemusnahan, kehilangan, pindaan, akses, pendedahan atau penggunaan yang tidak disengajakan, menyalahi undang-undang atau tidak dibenarkan.

Berapa Lama Kami Menyimpan Data Peribadi

Kami menyimpan data peribadi selama mana difikirkan perlu untuk memenuhi tujuan kami mengumpul data (lihat atas di bawah “Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi yang Kami Kumpul”), kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.

Kemas Kini Dasar Privasi

AMWAY akan mengemas kini Dasar Privasi ini dari masa ke semasa. Kami akan memaklumkan anda sebarang perubahan ketara kepada Dasar Privasi di laman web AMWAY yang berkaitan, penerbitan rasmi AMWAY, atau melalui saluran komunikasi lain yang bersesuaian. Semua perubahan hendaklah berkuat kuasa daripada tarikh penerbitan, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam pemberitahuan berkenaan.

Hak Anda

Hak anda di bawah undang-undang terpakai boleh merangkumi akses kepada data peribadi yang kami proses mengenai anda, hak untuk membetulkan, memadam atau menyekat data peribadi berkenaan, dan hak untuk membantah kepada aktiviti pemprosesan data tertentu. Untuk melaksanakan hak tersebut, anda hendaklah membuat permohonan bertulis dengan menggunakan butiran di bawah untuk menghubungi kami.

Bagaimana Menghubungi Kami

Anda boleh hubungi kami dengan menghantar e-mel kepada syarikat gabungan tempatan anda jika anda mempunyai sebarang komen atau pertanyaan berhubung Dasar Privasi ini, jika anda ingin mengemas kini maklumat yang kami ada mengenai anda, atau untuk melaksanakan hak anda. Anda juga boleh menulis ke:

AMWAY (Malaysia) Sdn. Bhd.
28, Jalan 223, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Log masuk Privasi untuk Pelanggan

Notis Privasi Laman Web ini menjelaskan bagaimana AMWAY Malaysia Sdn. Bhd. (kemudian daripada ini disebut “AMWAY”) menggunakan data peribadi yang dikumpul atau diterima daripada pelawat (“Pelawat”) laman web ini (“Laman Web”). Ia menjelaskan bagaimana kami mengumpul atau menerima data peribadi, jenis data peribadi yang boleh kami kumpul, bagaimana kami menggunakan, berkongsi dan melindungi data ini, berapa lama kami menyimpan hak data berkenaan, dan bagaimana anda boleh menghubungi kami mengenai amalan privasi kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami mengumpul dan menggunakan data peribadi seseorang selain daripada Pelawat Laman Web, sila baca Dasar Privasi ABO/Ahli kami, jika anda seorang Pemilik Perniagaan AMWAY (“ABO”) atau Ahli/MemberPlus (yang termasuk maklumat mengenai bagaimana kami boleh menggunakan data peribadi apabila anda log masuk ke Laman Web sebagai seorang ABO atau Ahli/MemberPlus).

Bagaimana Kami Mengumpul atau Menerima Data Peribadi daripada Anda

AMWAY boleh mengumpul atau menerima data peribadi daripada anda dalam pelbagai cara apabila anda menggunakan Laman Web ini.

Anda boleh memilih untuk menghantar data peribadi anda dan maklumat lain kepada kami melalui pelbagai saluran komunikasi yang disediakan di halaman “Hubungi Kami” di dalam Laman Web ini, sebagai contoh, alamat e-mel, nombor telefon AMWAY atau borang atas talian.

Kami juga boleh menggunakan kuki atau teknologi seumpamanya yang mengumpul maklumat penggunaan Laman Web tertentu apabila anda mengakses, melihat dan menggunakan Laman Web. Kuki ialah fail data yang diletakkan pada komputer atau peranti mudah alih apabila ia digunakan untuk melawat laman web. Kami tidak membolehkan pihak ketiga meletakkan kuki pada peranti anda. Jadual berikut memberikan gambaran menyeluruh kuki yang mungkin kami gunakan dan mengapa kami menggunakannya.

Kuki berikut adalah penting untuk fungsi laman web kami.
Nama Kuki Tujuan
Cart-content Kuki ini menyimpan butiran troli untuk pelawat.
Kuki berikut adalah tidak penting untuk laman web kami berfungsi dan secara umumnya digunakan untuk memberi, menyenggara dan mempertingkatkan perkhidmatan kami. Kami tidak menetapkan mana-mana kuki berkenaan tanpa kebenaran anda.
Nama Kuki Tujuan
Language Kuki ini mengingatkan bahasa asal bagi pengguna
POLL_LV_ID_* Kuki ini menandakan bahawa pengguna telah melengkapkan undian
QUESTIONNAIRE_LV_ID* Kuki ini menandakan bahawa pengguna telah melengkapkan soal selidik
amway_language_code Kuki ini mengingatkan pilihan negara pengguna
preview_permission_profile* Kuki ini menyimpan tetapan asal untuk profil pengguna
preview_permission_attributes* Kuki ini menyimpan tetapan asal untuk sifat-sifat pengguna
footer_preview_* Kuki ini menyimpan tetapan asal untuk profil dan sifat-sifat pengguna
JSESSION Kuki ini membolehkan sesi teknikal dikesan.
CTSESSION Kuki ini membolehkan sesi teknikal dikesan.
Google Analytics, Coremetrics, Omniture, Tealeaf Kuki ini digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai penggunaan laman web kami oleh pelawat. Semua data yang dikumpulkan melalui kuki ini adalah tanpa nama dan bukan pengguna khusus. Maklumat termasuk bilangan pelawat ke laman, dari mana pelawat itu datang dan halaman mana yang mereka lihat.


Anda boleh mematikan kuki dalam tetapan pelayar anda (cth., di bawah ciri-ciri “Preferences” atau “Internet Options” pelayar anda). Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sesetengah ciri-ciri Laman Web tidak boleh berfungsi dengan baik jika anda mematikan penggunaan kuki. Untuk maklumat lanjut tentang cara mengurus atau memadamkan kuki, sila lawat http://www.allaboutcookies.org./.

Jenis Data Peribadi yang Kami Boleh Kumpul

Melalui kuki yang disenaraikan di atas di bahagian “Bagaimana Kami Boleh Mengumpul atau Menerima Data Peribadi daripada Anda” kami boleh mengumpul maklumat berhubung penggunaan laman web oleh anda, alamat IP, jenis pelayar dan sistem pengendalian. Selain itu, untuk memproses pembelian atas talian anda, kami boleh mengumpul maklumat pembayaran anda dan maklumat berkenaan pilihan produk serta tingkah laku pembelian anda.

Di samping itu, melalui saluran komunikasi yang disediakan di halaman “Hubungi Kami” di dalam Laman Web ini, kami boleh mengumpul maklumat anda seperti nama, alamat e-mel, alamat, nombor telefon dan nombor faks anda. Anda boleh juga secara sukarela memberikan maklumat lain yang berkaitan dengan pertanyaan atau komen anda. Walau bagaimanapun kami mengesyorkan supaya anda tidak memberikan data peribadi yang selanjutnya selain yang diperlukan dalam usaha kami memberi maklum balas yang sesuai kepada pertanyaan atau komen anda.

Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi yang Kami Kumpul

Kami menggunakan data peribadi anda untuk:

i. menangani komen atau pertanyaan anda,
ii. memproses pembelian atas talian anda,
iii. menghubungkan anda dengan Pemilik Perniagaan AMWAY,
iv. memperbaiki Laman Web, termasuk mempertingkatkan pengalaman pengguna dan
v. mendiagnosis masalah dengan pelayan kami.


Kami mungkin tidak dapat memberikan perkhidmatan di atas jika anda memilih untuk tidak memberi data peribadi anda.

Jika anda mendaftar sebagai Pelanggan

Kami boleh mengumpul data peribadi seperti berikut daripada anda jika anda mendaftar sebagai Pelanggan:

Maklumat untuk dihubungi (cth., nama, alamat surat-menyurat atau e-mel, nombor faks dan nombor telefon);
Tarikh lahir;
Kata laluan;
Maklumat cukai setakat yang dikehendaki oleh undang-undang terpakai;
Maklumat pembayaran (cth., akaun bank berkenaan atau nombor kad kredit);
Pilihan produk, tabiat pembelian, sejarah pembelian dan tingkah laku berbelanja;
Pilihan komunikasi.


Kami boleh mengumpul data peribadi lain dalam keadaan tertentu sahaja. Jika kami perlu memproses sesuatu data peribadi mengenai anda, kami akan memastikan bahawa terdapat asas undang-undang yang sah untuk berbuat demikian (cth. kebenaran yang jelas).

Kami boleh menggunakan maklumat yang kami perolehi daripada anda untuk:

Mengurus pendaftaran anda sebagai Pelanggan;
Membuka dan mengurus akaun atas talian dan memberi maklum balas kepada pertanyaan anda;
Memproses pesanan produk atau perkhidmatan anda;
Berkomunikasi dengan anda;
Memberi nama, alamat, nombor telefon atau alamat e-mel anda kepada ABO anda;
Memudahkan anda menggunakan Laman Web melalui penggunaan kuki (cth., untuk menawarkan fungsi troli pembelian, mengingatkan butiran log masuk dan pilihan bahasa, dll.);
Mempertingkat Laman Web, termasuk mengesan dan memantau penggunaan Laman Web melalui penggunaan kuki, dan untuk mendiagnosis masalah perisian dan perkakasan yang kami guna;
Melaksanakan aktiviti perakaunan, pengauditan, bil dan kutipan; dan
Mematuhi kehendak undang-undang yang terpakai, standard industri dan dasar kami.


Kami mungkin tidak dapat memberikan perkhidmatan di atas jika anda memilih untuk tidak memberi data peribadi anda.

Bagaimana Kami Boleh Berkongsi Data Peribadi

AMWAY tidak menjual, menyewa atau mendagangkan data peribadi anda. AMWAY boleh berkongsi data peribadi anda hanya dengan:

Entiti-entiti dalam kumpulan AMWAY yang kepadanya adalah semunasabahnya perlu atau wajar bagi AMWAY mendedahkan data peribadi;
Pemilik Perniagaan AMWAY, bagi membenarkan komunikasi berhubung nasihat produk, nasihat pesanan, maklumat produk bagi produk yang anda telah tempah daripada AMWAY dan Peluang Perniagaan AMWAY; dan
Pihak berkuasa kerajaan atau pihak ketiga lain, jika dikehendaki di bawah undang-undang atau secara munasabah perlu untuk melindungi hak, harta dan keselamatan orang lain atau kita sendiri.

Pemindahan Data Antarabangsa

Kami boleh memindahkan data peribadi yang kami kumpul mengenai anda kepada syarikat gabungan AMWAY yang lain atau entiti syarikat induk AMWAY, Alticor Inc yang lain. Ada di antaranya terletak di negara selain daripada negara di mana data berkenaan pada asalnya dikumpul. Undang-undang di negara berkenaan mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan data yang sama dengan negara di mana anda mula-mula memberikan data itu. Apabila kami memindahkan data peribadi anda ke negara lain, kami akan melindungi data berkenaan sebagaimana dijelaskan dalam Notis Privasi ini dan berdasarkan undang-undang yang terpakai.

Bagaimana Kami Melindungi Data Peribadi

Kami menyenggara perlindungan keselamatan teknikal dan organisasi yang bersesuaian direka untuk melindungi data peribadi yang anda berikan daripada kemusnahan, kehilangan, pindaan, akses, pendedahan atau penggunaan yang tidak disengajakan, menyalahi undang-undang atau tidak dibenarkan.

Berapa Lama Kami Menyimpan Data Peribadi

Kami menyimpan data peribadi selama mana difikirkan perlu untuk memenuhi tujuan kami mengumpul data (lihat atas di bawah “Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi yang Kami Kumpul”), kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.

Pautan ke Laman Web Lain

Laman Web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web yang diselenggarakan oleh pihak ketiga yang mana maklumat dan amalan privasi adalah berbeza daripada kami. Kami tidak bertanggungjawab atau bertanggungan ke atas maklumat atau amalan privasi yang digunakan oleh pihak ketiga berkenaan. Kami mengesyorkan anda membaca pernyataan privasi semua laman web pihak ketiga sebelum menggunakan laman web berkenaan atau menghantar sebarang data peribadi atau sebarang maklumat lain pada atau melaui laman web berkenaan.

Kemas Kini Notis Privasi Laman Web

AMWAY berhak menukar Notis Privasi Laman Web pada bila-bila masa. Jika kami meminda Notis Privasi Laman Web, kami akan mengemas kini tarikh kuat kuasa dan perubahan berkenaan akan berkuat kuasa sebaik sahaja diposkan. Kami mengesyorkan anda agar selalu menyemak Notis Privasi Laman Web.

Hak Anda

Hak anda di bawah undang-undang terpakai boleh merangkumi akses kepada data peribadi yang kami proses mengenai anda, hak untuk membetulkan, memadam atau menyekat data peribadi berkenaan, dan hak untuk membantah kepada aktiviti pemprosesan data tertentu. Untuk melaksanakan hak tersebut, anda hendaklah membuat permohonan bertulis dengan menggunakan butiran di bawah untuk menghubungi kami.

Bagaimana Menghubungi Kami

Anda boleh hubungi kami dengan menghantar e-mel kepada syarikat gabungan tempatan anda jika anda mempunyai sebarang komen atau pertanyaan berhubung Dasar Privasi ini, jika anda ingin mengemas kini maklumat yang kami ada mengenai anda, atau untuk melaksanakan hak anda. Anda juga boleh menulis ke:

AMWAY (Malaysia) Sdn. Bhd.
28, Jalan 223, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.