Penguat Menghidratkan ARTISTRY | Amway Malaysia

Kajian kami ke atas wanita di seluruh dunia mendedahkan bahawa kebanyakan wanita biasanya mengenal pasti tiga masalah kulit yang utama. Kerana itu, botol Personalized Serum telah direka secara khusus untuk menerima sehingga tiga Penguat.

Walau bagaimanapun, semuanya tentang pemeribadian. Jika seorang pelanggan benar-benar ingin menggunakan lebih banyak Penguat, beliau perlu membahagikan Serum Asas kepada dua botol Serum Asas yang berasingan, menyeduh dua Penguat ke dalam satu dan dua atau tiga ke dalam satu yang lain.

Kesemua Penguat bertindak secara berbeza bergantung pada manfaat yang ia berikan. Sesetengah hasil seperti kulit kelihatan lebih licin dapat dilihat dengan serta-merta. Lain-lain hasil seperti penambahbaikan dalam garis-garis halus dan kedutan serta pengurangan tompokan gelap menjadi lebih ketara dengan penggunaan berulangkali.

Bahan-bahan dari sumber Nutrilite yang ditanam di ladang organik kami sendiri adalah eksklusif kepada jenama Artistry. Begitu juga Teknologi Diseduh dengan Kuasa adalah eksklusif kepada ARTISTRY dalam industri kecantikan.

Penguat adalah kedap udara dan telah diimbangkan dengan nitrogen. Nitrogen adalah gas bukan toksik dan lengai (bermaksud ia tidak akan bertindak balas dengan bahan-bahan lain). Apabila penutupnya diaktifkan, tekanan (lebih kurang sebanyak di dalam tayar basikal) menggerakkan Penguat ke dalam Serum Asas dengan pusuan ketara dan bunyi whoosh akan kedengaran.

Tidak. Keberkesanan Penguat dimaksimumkan sebaik sahaja ia ditambah kepada Serum Asas yang dirumus khas. Penguat tidak seharusnya digunakan bersendirian.

Serum Asas semata-mata = 24ml
Serum Asas + 1 Penguat = 26ml
Serum Asas + 2 Penguat = 28ml
Serum Asas + 3 Penguat = 30ml

Bergantung kepada bilangan Penguat dan jumlah produk yang digunakan setiap penggunaan, adalah dijangkakan bahawa sebotol Personalized Serum yang baru dicampur dan digunakan sebanyak dua kali sehari, akan mempunyai kadar penggunaan 4-6 minggu.

Ujian klinikal, pengguna dan in vitro telah dilaksanakan untuk menyokong dakwaan keselamatan dan keberkesanan bagi Personalized Serum. Kajian telah dijalankan bagi memastikan formulanya sangat serasi, berkesan dan memenuhi kehendak pengguna.

Selain daripada Penguat Memejalkan, Personalized Serum tidak mengandungi sebarang bahan terbitan haiwan. Penguat Memejalkan mengandungi Kaviar Merah yang dianggap sebagai bahan terbitan haiwan.

Ya, parabens telah digunakan untuk mengawet Personalized Serum secara berkesan. Parabens adalah bahan yang digunakan secara meluas dan diiktiraf sebagai bernilai untuk mengawet kosmetik dan produk dandanan diri. Ia melindungi produk daripada pencemaran mikrob. Semua parabens yang digunakan secara komersial dikeluarkan secara sintetik, walaupun sesetengah parabens juga terdapat di dalam buah-buahan tertentu (sebagai contoh, beri biru dan lobak merah).

Parabens yang kini digunakan di dalam produk Amway adalah dibenarkan dan diluluskan untuk digunakan sebagai pengawet oleh pihak berkuasa kawalselia. Amway memantau secara aktif semakan saintifik mengenai parabens oleh pelbagai pihak berkuasa kawalselia di seluruh dunia agar kami mematuhi garis panduan, kami juga hanya menggunakan parabens yang dibenarkan di dalam produk kami.

Ya, Personalized Serum dianggap bebas haruman kerana tiada haruman atau agen penopengan dimasukkan sama ada ke dalam Serum Asas atau Penguat. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sesetengah bahan mempunyai bau semula jadinya sendiri.

Tiada bahan terbitan gandum atau barli telah dimasukkan ke dalam Personalized Serum. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kami tidak dapat menjamin bahawa bahan mentah kecantikan dan dandanan diri kami telah disimpan atau diproses dalam cara yang bebas daripada risiko pencemaran silang gluten.

Apabila disimpan dengan betul, anda tidak seharusnya melihat perubahan warna pada Personalized Serum selama 12 bulan selepas dicampur. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa Serum Asas yang belum dicampur mempunyai sedikit warna kekuningan disebabkan bahan-bahan botaninya – warna dan perubahan ini adalah disengajakan.

Sebelum dan selepas pengaktifan, Personalized Serum hendaklah disimpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari cahaya langsung. Jangan simpan Penguat di dalam peti sejuk sebelum pengaktifan. Sebelum pengaktifan, anda disyorkan menyimpan Penguat yang belum digunakan dengan labelnya tegak dan boleh dibaca.

Tidak. Kemunculan globul putih kecil itu adalah semula jadi dan tidak akan menjejaskan prestasi produk. Anda boleh cuba menggoncangkannya dengan kuat selama 15-30 saat lagi tetapi jangan bimbang jika ia tidak hilang – ia akan diagihkan sama rata oleh sistem pam semasa penggunaan.

Ya, Sebaik sahaja Personalized Serum dicampurkan, ia direka untuk digunakan setiap pagi dan malam.

Tidak. Serum Asas tidak direka untuk digunakan bersendirian. Guna 1, 2 atau 3 Penguat untuk memperibadikan rawatan kulit anda dan menangani keperluan penjagaan kulit menyeluruh anda.

Tidak. Penguat mestilah diseduh ke dalam Serum Asas untuk penggunaan yang betul.

Tidak. Penguat telah direka untuk bertindak hanya dengan Serum Asas sebagai sebahagian daripada koleksi ARTISTRY SIGNATURE SELECT Personalized Serum yang lengkap. Ini adalah penting berdasarkan perumusan, ujian dan pembungkusannya. Jangan cuba menyeduh mana-mana Penguat ke dalam serum ARTISTRY yang lain atau produk serum yang lain.

Botol Serum Asas telah direka untuk memuatkan isipadu sehingga tiga Penguat, dan masih mempunyai ruang yang secukupnya untuk membolehkan pencampuran yang sempurna. Jika anda hanya menggunakan satu atau dua Penguat, anda akan melihat ruang yang berlebihan tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat isipadu penuh dan nilai produk yang anda peribadikan untuk diri anda.

Tidak. Anda tidak boleh menambah berbilang penutup dari Penguat yang sama. Disebabkan formulanya yang berkepekatan tinggi, sebarang “penggandaan” boleh mengakibatkan kerengsaan dan ketidakselesaan. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan pelanggan untuk menggunakan sehingga tiga Penguat yang berlainan untuk mencipta Personalized Serum mereka bagi mencapai hasil yang maksimum.

Jangan bimbang! Walaupun tidak disyorkan menggunakan Penguat secara langsung pada kulit anda secara tetap, setitik kecil tidak menjadi masalah.

Tidak. Penutup Penguat adalah untuk penggunaan sekali sahaja dan telah direka untuk menghantar semua kandungannya ke dalam Serum Asas semasa pengaktifan di peringkat awal.

Tidak, jangan mengisi semula atau “menambah” botol Personalized Serum yang sebahagiannya telah digunakan. Ini tidak akan menghasilkan keseimbangan bahan-bahan yang sempurna dan boleh mengakibatkan kerengsaan atau ketidakselesaan. Sentiasa tambahkan Penguat baru bagi Serum Asas yang baru.

Teknologi Diseduh dengan Kuasa di dalam Penguat memberikan kedua-dua kesan yang boleh dilihat dan didengar apabila anda menambah Penguat ke dalam Serum Asas. Anda akan mendengar bunyi whoosh dan melihat pusuan produk. Sila ambil perhatian bahawa kesan visual akan berkurangan bagi Penguat ketiga, pastikan anda mendengar dengan teliti.

Ia adalah normal jika anda nampak sedikit sisa kandungan pada penutup kerana reka bentuk penutup Penguat itu. Pastikan arahan dipatuhi dengan teliti dan ia akan secara automatik melepaskan jumlah yang sesuai ke dalam botol.

Penutup Penguat direka untuk menyeduh kandungannya dengan serta-merta sebaik diaktifkan.

Disebabkan tekstur Serum Asas (yang lebih pekat dan mengkusyenkan daripada air), adalah penting untuk menggoncang campuran dengan kuat selama 60 saat selepas Penguat diseduh untuk mendapatkan produk yang bercampur dengan sebati.

Tidak, sebaik sahaja Personalized Serum dicampurkan dengan teliti selepas pengaktifan awal, ia tidak perlu digoncang lagi sebelum setiap penggunaan.

Ya, ia adalah serasi secara estatik dan pelanggan digalakkan menggunakan Personalized Serum sebagai sebahagian daripada rejimen penjagaan kulit ARTISTRY yang lengkap. Walau bagaimanapun, apabila menambah sesuatu produk ke rutin penjagaan kulit anda, adalah sentiasa menjadi satu amalan yang baik untuk hanya memperkenalkan satu produk baru pada satu-satu masa dan menunggu sekurang-kurangnya seminggu sebelum memperkenalkan sebarang produk baru yang lain. Pelanggan hendaklah memperibadikan rutin penjagaan kulit berdasarkan kesensitifan kulitnya sendiri.

Langkah-langkah dalam rejimen biasa ialah: Membersih, Menyegar, Merawat, Melembap. Gunakan Personalized Serum selepas membersih dan menyegarkan, sebagai langkah Merawat, dan sebelum pelembap harian anda.

Disebabkan sifat Personalized Serum yang sangat pekat, adalah disyorkan anda menggunakan Personalized Serum dan regimen ARTISTRY anda yang lain sekurang-kurangnya selama seminggu selepas anda menambah sebarang formula PENJAGAAN KULIT INTENSIF. Kemudian, bergantung pada kesensitifan kulit anda, pertimbangkan untuk menambah satu produk PENJAGAAN KULIT INTENSIF pada satu-satu masa, sentiasa membenarkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum menambah produk yang lain. Jika anda mengalami sebarang ketidakselesaan atau kerengsaan, anda hendaklah berhenti menggunakan kombinasi Personalized Serum dan PENJAGAAN KULIT INTENSIF anda.

Ya, Personalized Serum telah diuji oleh pakar dermatologi dan menunjukkan ia selamat jika digunakan seperti yang diarahkan.

Tidak. Ia telah diuji dari segi alahan dan oleh pakar dermatologi. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, tidak begitu kuat pada kulit, tidak merengsa dan lembut.

Personalized Serum telah diuji dengan teliti ke atas sekumpulan individu yang berkulit sensitif. Dalam ujian ini, tiada bukti tindak balas alahan atau kerengsaan melampau. Walau bagaimanapun, kami mengakui bahawa tiada program ujian yang boleh menjamin bahawa semua individu yang ingin menggunakan produk ini tidak akan bertindak balas.

(PERHATIAN: Untuk pelanggan yang sangat prihatin mengenai kesensitifan, kami syorkan untuk mengurangkan kekerapan penggunaan Personalized Serum kepada sekali sehari atau hanya 1 pam setiap penggunaan. Pelanggan boleh perlahan-lahan meningkatkan penggunaan kepada dua kali sehari kerana kulit membentuk toleransi.)

Personalized Serum boleh digunakan di sekeliling mata tetapi ia tidak disyorkan bagi penggunaan secara langsung pada mata atau kelopak mata dan anda hendaklah mengelakkannya daripada terkena mata.

Formula Personalized Serum, Serum Asas dan Penguat telah diuji sepenuhnya dari segi keselamatan. Walau bagaimanapun, kulit setiap individu adalah berbeza. Adalah disyorkan bahawa pelanggan memperibadikan pilihan Penguatnya berdasarkan kesensitifannya (termasuk memilih kurang daripada 3 Penguat jika beliau sangat prihatin mengenai tindak balas kulitnya). Jika hasil penggunaan kombinasi Penguat terpilih dan Serum Asas mengakibatkan kemerah-merahan, ketidakselesaan atau kerengsaan, beliau hendaklah mengurangkan kekerapan penggunaannya atau berhenti menggunakan kombinasi itu.

Secara amnya, kami tidak mengesyorkan sebarang produk digunakan selepas selaran matahari atau sebarang rawatan kosmetik yang mengakibatkan keradangan yang melampau. Personalized Serum dan sebarang produk lain hanya boleh digunakan selepas keradangan sudah berkurangan. Pelanggan hendaklah berunding dengan doktor bagi penggunaan selepas rawatan pengelupasan kimia atau laser.

Kajian keselamatan kosmetik tidak dijalankan ke atas wanita hamil. Keputusan untuk menggunakan produk ini atau tidak hendaklah dibincangkan oleh wanita tersebut dengan doktor memandangkan keadaan kulit berubah ketika hamil.


added to your ditto
1 item added to 3 DITTO lists
Create a new ditto schedule
Ditto name
order recipient
Search Contacts | (0)Total
Create a new ditto schedule
Go Back to Previous Screen
QUICKFIND:
NAME
TYPE
ID NUMBER
Andrew Allen
IBO
123124124124
Andrew Hackman
IBO
123124124124
Andrew Frisch
IBO
123124124124
SELECT CUSTOMERS/IBO:
NAME
TYPE
ID NUMBER
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
RECIPIENT LIST: (5)Total
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Status Inventori
Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.