Mari Kita Berbicara Tentang Air
Unsur yang terkandung dalam air, pelbagai cara untuk membersihkan air
dan tindakan yang benar-benar menjadikan air Jelas Lebih Baik

Pilih Air yang Betul
Di dalam Botol? Osmosis Berbalik? Dimasak? Beralkali? Termineral? Anda tentukan.

Temui Duo Dinamik Kami
Penuras Karbon e3 eSpring Baharu dan Teknologi LED UV-C sedia untuk membantu anda.
Apakah yang menyebabkan cirit-birit?
88% daripada kes cirit-birit di seluruh dunia ditaksir berpunca daripada air minum yang tidak selamat, sanitasi yang tidak mencukupi dan kotor.*
Penggunaan penulen air boleh membantu mengatasi isu ini. Peranti ini dapat menyingkirkan bahan cemar, termasuk bakteria, virus dan parasit berbahaya daripada air minuman dengan berkesan. Melabur dalam sistem penulenan air yang boleh dipercayai adalah langkah penting bagi mencegah cirit-birit dan memastikan akses kepada air minum yang selamat.
*Sumber daripada Water.orgAir Sihat untuk Kehidupan Sihat
Air adalah penting untuk kehidupan yang sihat. Itulah sebabnya keluarga di seluruh dunia memerlukan sumber yang boleh diharapkan untuk air minum yang tulen, berkualiti tinggi dan enak di rumah.
Memperkenalkan Penulen Air eSpring BAHARU
jenama sistem rawatan air rumah nombor satu di dunia dari segi jualan*¹
Menggunakan teknologi LED UV-C yang inovatif dan Penuras Karbon e3 eSpring yang dapat mengurangkan serta menghapuskan lebih banyak bahan cemar dan mikroorganisma dalam air minum dengan berkesan*²
Lihat dan rasakan perbezaannya!
*1 Berdasarkan kajian Verify Markets ke atas jualan global 2022.
*2 Penulen Air eSpring direka bentuk hanya untuk digunakan dengan air minum yang dianggap selamat untuk diminum oleh pihak berkuasa kesihatan awam tempatan.
Temui laluan baharu kami
untuk air yang lebih bersih dan lebih enak!

eSpring ialah jenama pertama dan satu-satunya jenama yang menawarkan sistem rawatan air karbon/UV atas kaunter yang disahkan oleh kesemua empat Standard NSF/ANSI: 42, 53, 55 dan 401.
Amway mempunyai 42 paten tambahan yang diberikan atau sedang menunggu di peringkat global untuk Penulen Air eSpring Baharu.
Dengan eSpring™ Baharu,
penukaran penuras
adalah semudah2-1-0
Dengan sistem penulen air reka bentuk baharu kami, anda boleh menukar penuras tersebut
dalam masa kurang daripada 2 minit.

2minit
Penukaran penuras

1kali
setiap tahun

0peralatan
diperlukan
Kemampanan dan Prestasi Terbina Dalam
Matlamat kami dalam membangunkan Penulen Air eSpring™ Baharu ialah mencipta sistem rawatan air yang baik untuk anda serta seluruh dunia.
Diambil daripada pengalaman global dan kepakaran kami dalam sistem penulen air, kami memahami manfaat yang begitu banyak daripada air bersih untuk anda dan alam sekitar. Penulen air kami menumpukan pada penggunaan teknologi hijau terkini bagi memastikan setiap rumah mempunyai penulen air yang boleh dipercayai untuk insan yang mereka sayangi. Jurutera eSpring telah meneliti sistem penulen air kami, dalam dan luar - mencari cara baharu untuk menggabungkan reka bentuk mampan dan penyelesaian semula jadi yang juga berkesan dan tahan lama.

Penggunaan Kurang Tenaga
eSpring Baharu menggunakan

Penggunaan Kurang Tenaga
eSpring Baharu menggunakan

Prestasi Berasaskan Tumbuhan
Teras Penuras Karbon e3 eSpring kami mengunakan karbon yang diaktifkan berasaskan tempurung kelapa berkualiti tinggi untuk mengurangkan bahan cemar dengan berkesan.*
*Penulen air eSpring direka bentuk hanya untuk digunakan dengan air minum yang dianggap selamat untuk diminum oleh
pihak berkuasa kesihatan awam tempatan.

Paparan Menarik, Kurang Mengganggu
Panel paparan pada eSpring Baharu telah direka bentuk untuk memasuki mod jimat tenaga, “mati lampu” apabila air daripada penulen air kami tidak mengalir.

Tiada Sisa Lampu UV
Dalam mereka bentuk semula eSpring Baharu, kami telah menambah baik penurasan dengan mengasingkan Penuras Karbon e3 daripada LED UV-C. Sistem baharu ini adalah lebih mampan kerana LED UV-C telah direka bentuk untuk tahan sehingga 10 tahun* - menghapuskan keperluan untuk melupuskan lampu UV setiap tahun.
*Data yang dikongsi mungkin berbeza berdasarkan penggunaan.
Satu botol air plastik sahaja boleh mengambil sehingga
450 tahun untuk terurai.*
Sebaliknya, isi semula botol anda yang boleh diguna semula dengan air yang bersih dan enak
daripada penulen air terkini kami, dan lakukan perubahan yang lestari di dunia!
Setiap tahun, satu Penuras Karbon e3 eSpring merawat sehingga 5,000L air **...
...bersamaan sehingga 10,000 botol air plastik sekali guna bersaiz 500mL yang mungkin akan dibuang!

Pensijilan & Anugerah Antarabangsa

Amway ialah syarikat pertama yang memiliki sistem rawatan air dengan teknologi LED UV-C yang disahkan oleh NSF dengan Standard 55 NSF/ANSI untuk pengurangan mikrob Kelas B.

Amway memperoleh Mohor Emas Persatuan Kualiti Air kerana produk rawatan air pengguna yang hebat.

Frost & Sullivan
eSpring Amway telah memperoleh Anugerah Kepimpinan Strategi Kompetitif Asia-Pasifik (APAC) 2023 untuk tahun ke-14 berturut-turut.

Disahkan Halal
Sistem Penulen Air eSpring baharu, Penuras Karbon e3 dan Prapenuras kini disahkan Halal dengan jaminan pematuhan kepada undang-undang Islam untuk pengguna yang prihatin.
Pensijilan & Anugerah Antarabangsa

Amway ialah syarikat pertama yang memiliki sistem rawatan air dengan teknologi LED UV-C yang disahkan oleh NSF dengan Standard 55 NSF/ANSI untuk pengurangan mikrob Kelas B.

Amway memperoleh Mohor Emas Persatuan Kualiti Air kerana produk rawatan air pengguna yang hebat.

Frost & Sullivan
eSpring Amway telah memperoleh Anugerah Kepimpinan Strategi Kompetitif Asia-Pasifik (APAC) 2023 untuk tahun ke-14 berturut-turut.

Jenama Dipercayai
eSpring Amway telah diberikan Anugerah Emas untuk Penulen Air di Anugerah Jenama Dipercayai Reader's Digest 2024 untuk tahun ke-19 berturut-turut.

Disahkan Halal
Sistem Penulen Air eSpring baharu, Penuras Karbon e3 dan Prapenuras kini disahkan Halal dengan jaminan pematuhan kepada undang-undang Islam untuk pengguna yang prihatin.

Aplikasi Telefon
Kekal Berhubung dengan
aplikasi Amway™ Healthy Home
Pantau Penulen Air eSpring™ baharu, Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY™ dan Atmosphere Mini™, kesemuanya melalui Aplikasi Amway™ Healthy Home*, di mana sahaja anda berada.
- Mendapat peringatan penukaran penuras
- Memesan penuras terus daripada aplikasi
- Memantau penggunaan air dan udara
- Mendapat kemas kini perisian automatik
- Mencari maklumat produk dan video panduan
- Mengaktifkan waranti peranti Amway anda
Cara Memasang eSpring Baharu Anda
Senarai Bahan Cemar, Waranti & Panduan Pemasangan

Senarai Bahan Cemar
Berikut ialah bahan yang anda tidak boleh minum.

Sumber Produk
Semua aset eSpring yang anda ingini dan banyak lagi.

Waranti & Daftar Unit Anda
Kami lindungi anda dan eSpring anda.
Penulen Air & Aksesori
Penyelenggaran Mudah dengan eSpring

Penuras Karbon e3 eSpring
SKU 122943M
Berkesan mengurangkan lebih 170 bahan cemar dan mengekalkan mineral bermanfaat seperti kalsium dan magnesium untuk air yang lebih bersih, lebih sihat dan lebih enak rasanya.

Prapenuras Penulen Air eSpring
SKU 127063M
Menyingkirkan mendapan dan zarah besar bagi mencegah penyumbatan pramatang Penuras Karbon e3 eSpring.

Kepala Paip Tambahan Penulen Air eSpring
SKU 125627Z
Unit eSpring anda boleh dipasang di bawah sinki (di bawah kaunter) dengan penggunaan Kepala Paip Tambahan Penulen Air eSpring.

Set Tiub Penulen Air eSpring
SKU 127064Z
Gantikan set tiub anda setiap 2 tahun seperti yang disyorkan untuk prestasi penurasan air yang optimum.

Pengalih Gantian Penulen Air eSpring
SKU 127065Z
Injap yang mengawal aliran air mengikut kedudukan pemegangnya.

Kit Pendakap Lekapan Dinding Penulen Air eSpring
SKU 127068Z
Pasangkan Penulen Air eSpring anda
pada dinding anda menggunakan
alatan ini. Ini akan memberikan Penulen
Air eSpring anda penampilan yang bersih, profesional dan menjimatkan
ruang kaunter.
Soal Jawab
Amway berpengalaman hampir 40 tahun dalam mereka bentuk dan menjual sistem rawatan air titik penggunaan. Kami memperkenalkan sistem penurasan air di dapur yang pertama menggunakan penuras blok karbon, lampu ultraungu dan teknologi pemantauan elektronik yang digabungkan dalam satu unit. Penulen Air eSpring Baharu berkembang daripada sistem rawatan air pertama itu.*
Setakat 2021, ABO telah menjual lebih daripada 10 juta unit rawatan air di 48 negara dan wilayah. eSpring ialah jenama sistem rawatan air di rumah nombor satu di dunia dari segi jualan**.
Penulen Air eSpring Baharu memanfaatkan teknologi penulenan air yang terkini, bersama dengan penambahbaikan berfokuskan pelanggan pada reka bentuk, pemasangan dan penyelenggaraan kami.
Teknologi Penulen Air eSpring Baharu menampilkan teknologi LED UV-C, cara baharu yang termaju untuk merawat air. Jurutera kami membantu mempelopori penggunaan LED UV-C untuk sistem kegunaan rumah. LED UV-C ialah sumber tenaga tahan lama yang direka bentuk untuk bertahan sehingga 10 tahun.
Air lebih bersih, lebih selamat Gabungan kuasa Penuras Karbon e3 dan teknologi LED UV-C kami membekalkan air yang bersih dan enak rasanya. LED UV-C berkesan memusnahkan sehingga 99.9% bakteria, virus dan sista bawaan air. Penuras Karbon e3 berkesan mengurangkan 170+ bahan cemar, termasuk PFOA dan PFOS, mikroplastik dan farmaseutikal. Ia meningkat daripada 160+ dalam model kami yang sebelumnya
Penuras Karbon e3 Tiga lapisan penurasan premium:
- Prapenuras memerangkap zarah yang lebih besar seperti mendakan kerak, kotoran, sedimen, pasir dan habuk
- Pelindung Pertahanan menangkap zarah halus seperti mikroplastik, asbestos dan patogen bawaan air; menambah baik kejernihan air.
- Blok Karbon berkesan mengurangkan farmaseutikal, plumbum, merkuri, VOC, PFOA dan PFOS, racun perosak, racun herba dan banyak lagi.
Kemampanan - Penuras Air eSpring Baharu menggunakan 25% kurang tenaga apabila digunakan secara aktif berbanding model kami yang sebelumnya. LED UV-C direka bentuk untuk bertahan sehingga 10 tahun, jadi tiada pelupusan lampu UV tahunan. Dengan purata penggunaan tahunan, Penuras Karbon e3 merawat sehingga 5,000L air setiap tahun - bersamaan dengan 10,000 botol air plastik sekali guna 500mL.
Reka Bentuk - eSpring Baharu mempunyai 16% jejak lebih kecil dan direka bentuk agar sesuai diletakkan pada dinding atau penahan percikan. Ia menampilkan paparan unit dipertingkat yang menunjukkan hayat penuras, status LED UV-C dan ketersambungan, secara ringkas dan intuitif.
Pengalaman tersambung - Aplikasi Amway Healthy Home baharu kami membolehkan pengguna memantau hayat penuras dan statistik penggunaan, memesan penuras, memuat turun video panduan dan manual produk, mendaftarkan peranti Amway dan banyak lagi. Aplikasi ini juga disegerakkan dengan Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY™ dan Atmosphere Mini™. Pelanggan boleh memastikan air dan udara rumah mereka selamat dan bersih - semuanya dari peranti pintar mereka.
Kadar aliran kini ialah 0.7 gpm (2.65L/min). Kadar aliran yang sedikit berkurangan ini membolehkan lebih banyak bahan cemar dituras. Kebanyakan pelanggan tidak akan menyedari kadar aliran yang dikurangkan dan mereka akan menghargai peningkatan bilangan bahan cemar yang dituras oleh Penulen Air eSpring Baharu. Anda masih boleh mengisi botol air boleh guna semula 1L dalam masa kurang daripada 25 saat!
Hayat penuras diukur dengan isipadu yang dituras (5,000L) dan tempoh masa ia dipasang dalam sistem (1 tahun). Penuras Karbon e3 diuji secara menyeluruh untuk menyokong dakwaan prestasi bagi 5,000L penggunaan air. Sebaik sahaja penuras dipasang dan basah selama setahun, prestasinya mula menurun secara beransur-ansur. Untuk melindungi pengguna dan memastikan unit memenuhi semua dakwaan prestasi, penuras dianggap telah tamat hayatnya sebaik sahaja ia mencapai 5,000L atau 1 tahun.
Dengan mengasingkan sistem LED UV-C daripada karbon, eSpring Baharu mempunyai laluan air yang lebih panjang. Laluan yang lebih panjang ini membolehkan peningkatan prestasi dan juga menyebabkan lebih banyak bunyi air kedengaran berbanding dengan sistem semasa.
Carta ini menunjukkan mengapa kami lebih menonjol berbanding sistem lain - untuk prestasi, kecekapan, kemampanan dan kemudahan.
eSpring Baharu
- Mengurangkan bahan cemar DAN mengekalkan mineral bermanfaat
- Cekap tenaga
- Akses mudah kepada air terus dari paip
- Enak rasanya
- Botol air plastik sekali guna tidak diperlukan
Pesaing
- Osmosis Songsang
- Penuras Lekapan Kepala Paip
- Air Botol
- Sistem osmosis songsang boleh membazirkan sehingga 80% daripada air masuk. Air daripada kebanyakan sistem osmosis songsang kekurangan mineral melainkan dimineralkan semula
- Lekapan kepala paip boleh jadi perlahan dan menyusahkan serta mungkin mengurangkan lagi sedikit bahan cemar
- Air botol biasanya dijual di dalam botol plastik sekali guna
- Amway ialah syarikat pertama yang mempunyai sistem rawatan air dengan teknologi LED UV-C yang diperakui oleh NSF untuk Standard 55 NSF/ANSI bagi pengurangan mikrob Kelas B.
- Penulen Air eSpring Baharu disahkan NSF mengikut standard berikut: Standard 42, 53, 55 dan 401 NSF/ANSI.
- Penulen Air eSpring Baharu memperoleh Mohor Emas Persatuan Kualiti Air untuk produk rawatan air pengguna yang hebat.
