PEMATUHAN

Perniagaan Amway dibina berasaskan tradisi tatacara perniagaan yang beretika dan berintegriti. Di sini di Amway, kami tidak mahu anda melihat Peraturan Tatacara & Tingkah Laku sebagai sesuatu yang negatif. Peraturan ini dicipta untuk membantu anda dan kumpulan anda membina perniagaan yang berdaya maju dan menguntungkan. Ia bertujuan untuk melindungi ABO - bukan untuk mengawal mereka - dan juga melindungi Amway supaya syarikat boleh terus berkembang dan berjaya.

Peraturan ini sebenarnya adalah alat yang sangat berguna dalam perniagaan Amway anda - ia pada dasarnya menggariskan cara terbaik untuk menjalankan perniagaan anda bagi mendapatkan faedah dan ganjaran maksimum. Dalam Peraturan ini, anda akan mendapati banyak tip yang boleh membantu perniagaan anda berjaya! Sebagai contoh, Peraturan ini menggariskan:

- cara terbaik untuk mempromosikan perniagaan anda;
- cara memposisikan peluang perniagaan Amway;
- cara pemimpin boleh memberikan yang terbaik untuk membantu kumpulan mereka;
- cara menggunakan media sosial dan internet untuk memberi manfaat kepada perniagaan anda;
- dan banyak lagi tip!


Dengan mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, ABO menghidupkan nilai-nilai Amway. Amway bangga kerana memberikan satu peluang perniagaan yang saksama - ia adalah satu peluang untuk semua orang! Prinsip-prinsip kesaksamaan, keadilan dan kejujuran digambarkan dalam Peraturan, dan dengan mengenakannya ke atas semua ABO, persaingan yang adil dicipta dalam perniagaan.

Peraturan adalah rakan baik anda dan alat yang terbaik yang anda boleh gunakan untuk membantu anda membina perniagaan yang kukuh dan menjana pendapatan yang tinggi!