ARTISTRY Skin Nutrition - Mengenai Kami

Suplemen Untuk Kulit Anda
Sama seperti badan kita yang memerlukan nutrisi supaya kekal sihat, kulit pun memerlukannya — jadi, pelbagai produk kami berfungsi sebagai suplemen untuk kulit anda. Ia dapat mengubah penampilan anda dan menyerlahkan Kecantikan yang Sihat lagi unik.
Jaminan Panduan Kami
Semua nilai ini adalah asas jenama ARTISTRY dan semua produk kami, daripada penjagaan kulit dan solekan hingga haruman dan penjagaan badan. Ia inspirasi kami, fokus harian kami dan sumber semangat kami.
![]() |
Dikuasakan oleh Sains Kulit yang Maju + Pitonutrien |
![]() |
Dicipta dengan Pitonutrien Nutrilite yang Suci dan Boleh Dijejak |
![]() |
Disesuaikan Untuk Anda |

Penyelidikan Termaju
Kumpulan Inovasi & Sains (I&S) ARTISTRY kami terdiri daripada kakitangan penyelidikan dan perkembangan termasuk pemegang PhD dan pakar-pakar lain. Mereka sentiasa melakukan penyelidikan inovatif yang mengkaji sains Kecantikan yang Sihat—dan sudah berdekad lamanya mereka berbuat demikian. Hanya beberapa syarikat yang boleh menandingi kedalaman dan keluasan pengetahuan sains kami.
Berbilang Bidang Penyelidikan
Para saintis kami ialah pakar dalam setiap bidang utama dalam kajian kulit, daripada fisiologi kulit hingga toksikologi, botani hingga biokimia. Jadi, kami dapat mendekati Kecantikan yang Sihat daripada setiap sudut. Identiti kami bukan setakat sebuah syarikat kosmetik kerana kami bukan hanya membaca artikel saintifik, kami juga MENULIS artikel saintifik. Selama bertahun-tahun kami beroperasi, kerja inovatif kami dalam bidang kecantikan mendapat pengiktirafan dan kami memiliki lebih daripada 200 paten di seluruh dunia.
Pangkalan Data Imej Muka Global Amway
Sepanjang dua dekad lalu, para saintis Amway sudah menghimpun salah satu pangkalan data imej muka yang paling besar dan paling tuntas di dunia. Menggunakan teknik yang inovatif, kami mengimbas dan menganalisis lebih daripada 32,000 muka yang berbeza dari seluruh dunia menggunakan kaedah standard. Dengan gabungan data pengguna, teknologi ini memberikan pemahaman yang mendalam tentang kulit, cara penuaannya dan kemujaraban produk penjagaan kulit ARTISTRY kepada para saintis dan penyelidik klinikal Amway. Hari ini, Pangkalan Data Imej Muka Global Amway semakin meluas dan merupakan sumber tiada tandingan yang dapat mendorong daya inovasi produk baharu untuk ARTISTRY.
Kerjasama Global
Kami bekerjasama dengan para penyelidik terkemuka di seluruh dunia untuk memastikan kami dapat mencapai semua idea paling baru. Semua hubungan ini, berasaskan rasa hormat-menghormati, merangkumi kerjasama rapat dengan pusat akademi yang terkemuka seperti Universiti Michigan, Universiti Kebangsaan Seoul dan Universiti Yale.

Pitonutrien Tanaman Nutrilite
Pitonutrien ialah bahan utama rumusan ARTISTRY. Bagi mendapatkan bahan terbaik yang kaya dengan pitonutrien, sudah tentu kami akan mencari sumber yang paling kami percaya: ladang Nutrilite.
Apakah Pitonutrien?
Pito ialah perkataan Greek yang bermakna tumbuhan. Inilah makna sebenar pitonutrien: nutrien tumbuhan — nutrien yang dihasilkan secara semula jadi oleh tumbuhan. Ia sangat sesuai untuk penjagaan kulit kerana ia berkuasa (dalam alam semula jadi, tumbuhan menghasilkannya untuk membesar, kekal sihat dan melindungi diri) dan juga bersifat semula jadi.
Pitonutrien mengandungi pelbagai lapisan molekul yang bermanfaat, daripada vitamin hingga sebatian lain. Anda mungkin pernah mendengar tentang betacarotene, Omega3 dan resveratrol, tetapi wujud berpuluh ribu lagi molekul lain.
Produk ARTISTRY SKIN NUTRITION mengandungi Botani Tanaman Nutrilite
Setiap produk ARTISTRY diperkaya dengan satu atau lebih banyak botani tanaman Nutrilite — kerjasama yang unik antara dua jenama yang dipercayai ramai.
Jenama Nutrilite diasaskan pada tahun 1934 oleh Carl Rehnborg, yang menggabungkan pendekatan holistik dengan nutrisi yang baik dan dilengkapi pemahaman mendalam tentang kepentingan pitonutrien. Hari ini, ARTISTRY ialah satu-satunya jenama kecantikan di dunia ini yang bekerjasama dengan Nutrilite, jenama jualan nombor satu di dunia yang menjual vitamin berasaskan tumbuhan dan suplemen pemakanan*.
*Disahkan oleh Global Data berdasarkan data pada tahun 2019.
Malahan, kebanyakan tumbuhan yang digunakan untuk pitonutrien ARTISTRY ditanam di ladang Nutrilite yang disahkan organik. Di kemudahan khusus ini, tumbuhan ditanam secara mampan dan teliti supaya dapat menghasilkan tumbuhan yang tulen dan kaya dengan nutrien. Kemudian, tumbuhan diproses dengan cermat untuk mendapatkan pati ekstrak pitonutriennya.
145+ Tahun Pengalaman di dalam Setiap Botol
Produk ARTISTRY yang diseduh dengan bahan tanaman Nutrilite melambangkan kemuncak gabungan pengalaman selama 145 tahun — lebih 85 tahun kepimpinan dalam bidang nutrisi dan kesejahteraan, serta lebih 60 tahun kepakaran dalam bidang sains kulit dan kecantikan. Gabungan ini menghasilkan perkongsian yang berbeza berbanding syarikat kecantikan yang lain di dunia ini.
Warisan Holistik dan Kecantikan yang Sihat ARTISTRY
Lebih 60 tahun, idea Kecantikan yang Sihat sentiasa sebati dalam sanubari kami. Susur-galur kami bermula dengan Edith Rehnborg, pelopor usahawan wanita, dan suaminya Carl Rehnborg, pengasas produk Nutrilite. Bersama-sama, mereka menggabungkan kecantikan, sains dan nutrisi terbaik untuk mencipta pendekatan kecantikan yang holistik. Matlamat Edith ialah menyediakan penyelesaian kecantikan sambil menambah baik kesejahteraan. Kami berbangga kerana kami dapat meneruskan legasinya pada hari ini.
Setiap wanita ialah individu yang unik dan karya seni tersendiri.
- Edith Rehnborg, Pengasas ARTISTRY

Warisan Inovasi Kami

1958
Edith Rehnborg, isteri pengasas Nutrilite, Carl Rehnborg, melancarkan siri kosmetiknya sendiri - Edith Rehnborg Cosmetics sebagai sebahagian daripada syarikat Nutrilite.

1958
Edith Rehnborg, isteri pengasas Nutrilite, Carl Rehnborg, melancarkan siri kosmetiknya sendiri - Edith Rehnborg Cosmetics sebagai sebahagian daripada syarikat Nutrilite.

1959
Amway ditubuhkan pada 9 November 1959.

1959
Amway ditubuhkan pada 9 November 1959.

1968
Generasi pertama Artistry Color Cosmetics dicipta oleh syarikat Amway.

1968
Generasi pertama Artistry Color Cosmetics dicipta oleh syarikat Amway.

1972
Edith Rehnborg Cosmetics and ARTISTRY disatukan di bawah nama ARTISTRY, dan jenama ini mengekalkan semua produk utama daripada setiap siri.

1972
Edith Rehnborg Cosmetics and ARTISTRY disatukan di bawah nama ARTISTRY, dan jenama ini mengekalkan semua produk utama daripada setiap siri.

1976
Jenama ARTISTRY dijual secara global dan diperluaskan dalam pasaran Australia, Hong Kong, Malaysia, Perancis, Belanda, United Kingdom dan Jerman Barat.

1976
Jenama ARTISTRY dijual secara global dan diperluaskan dalam pasaran Australia, Hong Kong, Malaysia, Perancis, Belanda, United Kingdom dan Jerman Barat.

1980s - 90s
Amway membuka loji kosmetik yang canggih di Ada, Michigan.
Teknologi penjagaan kulit, produk penjagaan badan dan koleksi solekan inovatif baharu dicipta dan dilancarkan.
Perluasan global jenama ARTISTRY diteruskan di Asia, Eropah dan Amerika Selatan.

1980-90

1995
Produk ARTISTRY dilancarkan dalam 28 pasaran di seluruh dunia termasuk Indonesia, Portugal, Argentina, Republik Czech, Slovakia, dan Uruguay.

1995
Produk ARTISTRY dilancarkan dalam 28 pasaran di seluruh dunia termasuk Indonesia, Portugal, Argentina, Republik Czech, Slovakia, dan Uruguay.

2000s
ARTISTRY skincare introduces collections still loved today: Creme L/X, INTENSIVE SKINCARE, YOUTH XTEND, and more.
Our signature “crescendo” packaging is introduced, introducing Artistry™ to a new generation.

2018
ARTISTRY meraikan ulang tahun ke-50 dengan pelancaran ARTISTRY Studio edisi New York.

2018
ARTISTRY meraikan ulang tahun ke-50 dengan pelancaran ARTISTRY Studio edisi New York.

2021
Kecantikan yang Sihat ARTISTRY mengubah cara kita melihat kecantikan.
Kecantikan yang sihat dilahirkan dengan pelancaran ARTISTRY SKIN NUTRITION yang menawarkan pelbagai produk yang berfungsi sebagai suplemen kulit yang jelas dapat mengubah kesihatan kulit.