ARTISTRY Skin Nutrition - Glosari Bahan
Bahan yang terkandung dalam rumusan ARTISTRY SKIN NUTRITION
Janji. Bukti. Ketenangan fikiran. Kami bekerja keras untuk menggunakan bahan sebaik mungkin. Anda juga berhak mengetahui bahan yang terkandung dalam produk yang anda guna. Sebab inilah kami mencipta panduan bahan yang terperinci yang memperkasakan rumusan kami.
Bahan Kami
Bahan Tanaman Nutrilite
Semua bahan pitonutrien yang mengagumkan ini diperoleh dari pokok yang ditanam di ladang Nutrilite™ yang disahkan organik di seluruh dunia. Setiap satu boleh dijejak sepenuhnya daripada biji benih hingga kulit. Ketahui tentang Kebolehjejakan

Biji Chia Putih
Tanaman Nutrilite di Rancho El Petacal, MexicoSalah satu makanan unggul yang paling kaya dalam alam semula jadi dan bahan utama ARTISTRY. Pitonutriennya membantu menyuburkan dan melindungi kecantikan kulit yang sihat.
Setiap tanaman memperoleh "sijil lahir" yang menjejaki kehidupannya dari biji benih hingga pengekstrakan.

Ceri Acerola
Tanaman Nutrilite di Fazenda Amway Nutrilite do BrasilCeri ini menghasilkan ekstrak yang kaya dengan antioksidan, padat dengan Vitamin C dan pitonutrien lain.
Setiap tanaman memperoleh "sijil lahir" yang menjejaki kehidupannya dari biji benih hingga pengekstrakan.

Buah Delima
Tanaman Nutrilite di Rancho El Petacal, MexicoKami membuktikan ekstrak kami yang kaya dengan antioksidan dapat membantu melegakan dan melindungi kulit daripada kerengsaan yang berpunca daripada 6 jenis pencemaran utama.
Setiap tanaman memperoleh "sijil lahir" yang menjejaki kehidupannya dari biji benih hingga pengekstrakan.

Bayam
Tanaman Nutrilite di Rancho El Petacal, MexicoBahan yang berkuasa yang membantu memperkuatkan kemampuan semula jadi kulit untuk mentenagakan diri sendiri dan membantu pembaikan sel kulit yang rosak secara semula jadi.
Setiap tanaman memperoleh "sijil lahir" yang menjejaki kehidupannya dari biji benih hingga pengekstrakan.
Tiada yang Anda Tidak Mahu
Kami berkomited memastikan keselamatan semua orang yang menggunakan produk kami. Bagi menyediakan rumusan Kesucian ARTISTRY, kami memilih untuk tidak menggunakan bahan tertentu dan kami sentiasa memantau supaya kami tahu lebih awal tentang penemuan terkini.
Dirumuskan tanpa:
- Paraben
- Ftalat
- Surfaktan sulfat (SLS, SLES)
Bahan-bahan Botani
Kami percaya penggunaan sumber pitonutrien semula jadi ialah cara terbaik untuk mencipta rumusan yang tulen, selamat dan mujarab. Pitonutrien botani kami diperoleh daripada tumbuhan. Dikumpulkan daripada bahan terbaik dalam alam semula jadi, anda pasti sangat yakin menggunakannya.

Aloe Vera
Ekstrak tumbuhan sukulen yang dapat membantu melegakan kulit.

Minyak Argan
Minyak campuran yang diperoleh secara semula jadi untuk membantu merapikan kulit.

Daisi Australia
Ekstrak bunga yang mempunyai manfaat antioksidan dan kelegaan yang ketara.

Beri hitam
Daripada daun beri hitam, ia dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan atau ketaktegangan.

Agave biru
Ekstrak tumbuhan sukulen yang dapat membantu menguatkan lagi tahap penghidratan semula jadi kulit.

Licorice
Ekstrak akar yang digunakan untuk menenangkan kulit.

Minyak Biji Meadowfoam
Emolien yang membantu menjadikan kulit terasa lembut dan halus.

Meadowsweet
Ekstrak herba yang dapat membantu memastikan keseimbangan kulit berminyak.

Ekstrak Oat
Ekstrak oat yang diperoleh secara semula jadi untuk membantu memejalkan kawasan mata yang halus.

Protein Oat
Protein kaya nutrien yang menghalus dan melicinkan permukaan kulit dengan lembut.

Pitoplankton
Bahan dari laut yang dapat menyerap lebihan minyak sambil mengekalkan penghidratan semula jadi kulit.

Biji Quinoa
Ekstrak bijian yang dapat membantu mengurangkan kemunculan gelung hitam di mata.

Alga Merah
Ekstrak tumbuhan laut yang dapat membantu melawan penyahhidratan kulit.

Rosemary
Ekstrak daun untuk membantu menguatkan perintang kulit untuk pelembapan yang berpanjangan.

Shea Butter
A moisturising salve to soften and smooth skin.

Silvervine Fruit
A skin-clarifying fruit extract to help restore dull, aged skin.

Shiso Perilla
Ekstrak botani yang dapat membantu melegakan kulit.

Bunga Tea Olive
Bunga yang harum semerbak dan kaya dengan antioksidan.

Tembikai
Ekstrak buah yang dapat membantu melindungi kulit daripada kerosakan yang berpunca daripada radikal bebas.

Witch Hazel
Penjernih liang daripada sumber semula jadi yang dapat membantu mengimbangkan tahap keminyakan kulit.
Tiada yang Anda Tidak Mahu
Kami berkomited memastikan keselamatan semua orang yang menggunakan produk kami. Bagi menyediakan rumusan Kesucian ARTISTRY, kami memilih untuk tidak menggunakan bahan tertentu dan kami sentiasa memantau supaya kami tahu lebih awal tentang penemuan terkini.
Dirumuskan tanpa:
- Paraben
- Ftalat
- Surfaktan sulfat (SLS, SLES)
Bahan-bahan Sains
Penggunaan bahan yang diperoleh secara saintifik membolehkan kami menguatkan lagi kesan bahan unggul semula jadi dan menghasilkan campuran manfaat yang sempurna mengikut keperluan anda. Semua sudah diuji dan disahkan secara menyeluruh untuk memastikan ia tulen, selamat dan mujarab.

Asid Amino
Agen pembersihan sederhana kuat yang dapat menyingkirkan bendasing dengan lembut.

Carnosine
Peptida yang memberikan perlindungan terhadap cahaya biru dan cahaya inframerah yang merosakkan kulit.

Gliserin
Humektan yang diperoleh secara semula jadi untuk membantu memberikan lembapan yang mendalam semasa pembersihan.

Asid Hialuronik
Molekul pengekal lembapan untuk membantu melicinkan garis-garis halus dan kedutan.

Micelles
Molekul seperti magnet yang menarik dan membuang bendasing.

Peresap Optik
Partikel peresap mikrocahaya memberikan kecerahan serta-merta.

Peptida
Molekul asid amino yang boleh membantu melicin, memejal dan menghilangkan kesembapan pada penampilan kulit.

Prebiotik
Ekstrak pengimbangan mikrobiome dapat membantu menyokong fungsi pelindung kulit.

Protein Beras
Membantu mencegah kerosakan pada sistem sokongan kulit dan melindungi anda daripada tanda-tanda penuaan.

Vitamin E
Antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi kulit daripada radikal bebas.
Zink PCA
Serbuk yang dapat membantu mengawal minyak untuk penampilan tanpa kilatan.
Tiada yang Anda Tidak Mahu
Kami berkomited memastikan keselamatan semua orang yang menggunakan produk kami. Bagi menyediakan rumusan Kesucian ARTISTRY, kami memilih untuk tidak menggunakan bahan tertentu dan kami sentiasa memantau supaya kami tahu lebih awal tentang penemuan terkini.
Dirumuskan tanpa:
- Paraben
- Ftalat
- Surfaktan sulfat (SLS, SLES)